Sunday, 31 March 2013

Diari ibu

Aslamualaikum dan selamat pagi.. Ibu baru pulang dari Gerik rumah anak sulung ibu . Kali terakhir ke sana last Jun. Kali ni tergerak nak pergi apabila kak long call kata kak eca demam. Mula-mula hati batu ni tak tercuitpun dengan cerita kak long tu tapi malam tu sebelum tidoq teringat pula kat mereka. Kesian cucu ibu. Cuti sekolah dan uminya sibuk tak dapat bercuti.

Pagi-pagi esoknya ,cepat-cepat suarakan kepada mr hubby tentang niat ibu untuk ziarah cucu di Gerik. Yang best about mr hubby ni, tak pernah menghampakan ibu. Boleh aje.... Apa lagi ibupun berkemas macam lipas kudung ( kenapa lipas kudung jadi perumpaan?) Mula-mula kemas rumah dulu. Itu wajib bagi ibu. Kemudian bereskan laundry. Kalau boleh,ibu tak mahu susahkan anak ibu yang tinggal di rumah tu. Kemudian masak lauk yang simple tapi kegemaran Aya, sambal ayam. Lepas tu pack barang untuk dibawa ke Gerik. Kalau bepergiaan dengan cucu, alamatnya barang-barang yang dibawa double daripada biasa. Dah siap kemas...kena tunggu Haziq bangun.. Sikenit ni bangunnya agak lewat terutama kalau kita nak keluar awal pagi. Macam dah jadi habit dia pula.
Macam tu macam ni, pukul 12.30 tgh baru kami bergerak. Cuaca agak panas. Alhamdulillah perjalanan agak smooth. Mr hubby dapat memandu dengan baik. Cucu pula tak meragam. Dia ni suka sight seeing. Kalau dalam kereta, suka memandang ke luar menikmati pemandangan. Tak perlu susu atau makanan. Cukuplah air Ribena . Neneknya, sekejap-kejap zzzzzz.... tapi most of the time jagalah. Kena temankan mr hubby yang memandu, nanti kalau dia terlena susah kami...  Alhamdulillah jam 7 petang lebih kurang kami sudah berada di luar pagar rumah kak long.
Oklah nanti ibu ceritakan aktiviti kami di Gerik dalam entri lain. Pagi ni ada banyak house chore yang perlu dibereskan.
Kepada permata hati, selamat menikmati hujung minggu anda......

Saturday, 23 March 2013

Diari ibu

Selamat pagi..... Pagi ni tak dapat buat banyak kerana ibu jari tangan kanan sakit. Entah ngapa tak tahu. Bisa sangat... Jadi buat kerja yang ringan-ringan aje.
Ibu mengemas almari baju ibu. Sambil tu periksa pakaian yang dah tak sesuai atau dah tak mahu dipakai. Tiba- tiba mata terpaku kat sehelai kebaya  songket berwarna merah. Alahai.... baju yang dipakai pada hari persandingan pada 5 Disember 1976.  Dasyat tu....kualiti kain yang langsung tidak terjejas. Ibu ambil dan tunjukkan kepada hubby. Tahu-tahu aje orang lelaki ni... komennya......... . Usikannya menyebabkan ketawa ibu berpanjangan. Itu belum lagi komen permata hati. "Ma , belum tentu sebahagian badan ma dapat masuk". Ibu tahu kenyataan itu ditujukan kepada saiz ibu yang dan bertukar dari S kepada XL. Bayangkanlah 37 tahun yang lalu dengan sekarang.
Momen indah pada saat itu  mengamit kenangan . Doa ibu moga ikatan kasih sayang kami berpanjangan dan sentiasa dalam redha Allah....

Monday, 18 March 2013

Yang didengar.... ;)

Sifat orang munafik, dia riak apabila bersolat. Kenapa kita bersolat? Untuk mendapat keampunan dan kerana kita ni hamba Allah untuk menunjukkan sifat kehambaan. Sifat riak itu bukan ditentukan oleh orang lain tetapi dalam hati individu itu sendiri. Riak dalam solat menyebabkan solat tidak diterima.

Bacaan fatehah dalam solat , wajib. Justeru perlu dibaca dengan betul. Solat yang sempurna mesti berdasarkan ilmu bukan berdasarkan ikut-ikutan. Kita kena sentiasa review solat kita. Jangan ego seolah-olah sudah cukup mahir kerana dah lama mengerjakan solat. Setiap hari solat kita mesti ditambah nilai. Pastikan solat yang kita buat solat yang ada ilmu. Belajar solat mesti berguru.

Syarat sah solat perlu sentiasa diambil kira. Mengambil wudhu perlu dititikberatkan. Tidak sempurna wudhu ,tidak sah solat. Ibu dan ayah perlu ambil berat solat anak- anak mereka. Selain itu pastikan perkara atau sumber2 yang kita gunakan dalam kehidupan kita datang daripada sumber yang halal. Ini penting untuk mendapatkan solat yang sempurna dan khusyuk.
Rujuk surah Ankabut ayat 45 - perintah Allah tentang solat.
Solat itu ibadah praktikal.
Rujuk juga surah Mukmin ayat 1 hingga 7
Solat wajib diqadha andai pernah ditinggalkan. Mengikut ustaz buatlah setakat mampu. Pakaian dalam solat hendaklah sempurna iaitu menutup aurat.
Memperoleh solat yang berkualiti-
♥Solatlah dalam keadaan merendah diri dan mengharapkan solat kita   diterima oleh Allah.
♥Mohon maaf  jika ada melakukan kesalahan kepada orang lain.
♥Jangan mengulangi maksiat atau dosa-dosa yang pernah dilakukan.
♥Menyayangi orang miskin dan banyakkan bersedekah.
♥Perbanyakkan solat sunat untuk menampung solat wajib.

Setiap kali melakukan solat, tanya diri kita adakah solat kita ketika itu sampai kepada Allah? Belajar dan teruslah belajar untuk memperbaiki kesalahan dalam solat agar solat kita tidak kosong.

Friday, 15 March 2013

Sekilas pandang......

Rasulullah s.a.w bersabda, "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya".

Bahasa paling mudah ialah apabila  kita bercerita tentang keburukan seseorang. Perbuatan ini sering kita lakukan apabila kita marah,jealous atau dah memang sikap yang datang dari jiwa keladak...

Dosa mengumpat hanya layak dimaafkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak memaafkan, dosa itu akan kekal dan bersedialah untuk menerima pembalasannya di akhirat. Ini part yang paling sukar... Andai individu yang diumpat tu ada berdekatan dapatlah kita approach dia nak minta maaf. Itupun kalau ada gut nak buat macam tu.. Ada orang berani buat tapi tak berani tanggung. Kalau orang yang diumpat di luar jangkauan. Macam mana tu???? Kadang2 apabila menonton tv, mulut sedap ajee menyusun ayat -ayat busuk mengata atau mencaci sesedap rasa selebriti atau mana2 individu yang terpacul di kaca tv. Bayangkan di akhirat nanti kita tercari-cari mereka untuk memohon kemaafan. Kalau tidakpun, tunggulah Allah balas perbuatan kita tu dengan mendedahkan keaiban kita kepada orang lain.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Hujarat, ayat 12,
"Wahai orang yang beriman!  Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan
( supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagjan daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang  daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? ( Jika demikian keadaan mengumpat ) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. ( Oleh itu, patuhilah larangan yang tersebut ) dan bertakwalah kamu kepada ALLAH Penerima taubat lagi Maha Mengasihani."

Petikan daripada buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah :

Rasulullah s.a.w pernah ditanya, "Apakah kelakuan yang paling banyak dilakukan sehingga menyebabkan seseorang itu masuk ke syurga?"
" Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak."

Kemudian Rasulullah s.a.w ditanya lagi, "Apakah kelakuan yang menyebabkan seseorang itu masuk ke neraka ?
Rasulullah s.a.w menjawab, "Kejahatan mulut dan kemaluannya."
- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Apa-apa yang ibu titipkan dalam entri ini sebenarnya untuk mengingatkan diri ibu dan juga permata hati . Walaupun kita jarang bersua kerana jarak dan kekangan masa, ibu yakin permata hati akan meluangkan masa untuk membaca dan mengambil ikhtibar daripada entri ibu ni.. 

Semoga kita sentiasa berpesan-pesan kepada kebaikan dan sentiasa melihat kekurangan diri agar dapat memperbaiki kelemahan. Insyaallah......

Selamat malam permata hati semoga lenamu dalam rahmat-Nya......

Thursday, 14 March 2013

Diari ibu

Selamat pagi....Dalam waktu yang terbatas, ibu mencuri2 untuk membaca. Tertarik dengan isu yang dikemukakan oleh ketua editor majalah Solusi. Menurut beliau, cinta sesama manusia bukan segala2nya. Cinta yang dipuja2 itu akhirnya sirna setelah diuji dalam alam rumah tangga. Sementara belum dapat, dipuji dan dipuja, tetapi setelah dapat, segala kemanisannya hilang.

Menurut beliau lagi, Imam Ghazali menegaskan bahawa hanya Allah yang berhak menerima cinta kerana hanya Dia yang mempunyai segala sebab untuk dicintai. Jika manusia tidak mencintai Allah iu adalah kerana kurangnya pengenalan manusia terhadap Allah- tak kenal maka tak cinta.

Cinta yang kecil ialah cinta makhluk. Tetapi cinta akan bernilai dan besar hanya apabila didasarka  kepada cinta Allah. Cinta itu yang dilahirkan oleh Allah ke dalam hati. Cinta bukan dari mata turun ke hati, sebaliknya dari hati turun ke mata dan lain2 anggota. Itulah cinta yang benar , suci lagi murni. Itulah cinta yang dikhususkan untuk manusia beriman sesuai dengan martabatnya sebagai hamba Allah dan khalifah.

Cinta itu selamanya indah kerana ia dicipta oleh Allah - Tuhan yang indah suka kepada keindahan......

Wednesday, 13 March 2013

Gugurnya Perwira Negara

Diari ibu

Aslammualaikum dan selamat pagi.. Bersyukur dengan nikmat-Mu . Pagi ini diberi kesihatan untuk memulakan kehidupan seperti hari2 yang lalu. Rasa sedih masih menyelubungi jiwa ibu dengan berita gugurnya seorang lagi anggota keselamatan negara kita dalam pertempuran dengan militan di Lahad Datu Sabah dalam Ops Daulat. Mudah2an rohnya di tempatkan bersama para syuhadah.

Monday, 11 March 2013

Muhassabah diri

Selamat pagi.......alhamdulillah masih dapat menghirup udara pagi. Syukran ya Allah. Dalam meniti usia ni, banyak lagi liku2 kehidupan yang sedang dilalui atau sudah dilalui. Liku2 kehidupan yang banyak berkaitan dengan hati,perasaan dan jiwa. Allah menilai hati kita dari satu sudut yang sangat berbeza dengan cara manusia menilainya. Manusia lebih menilai dari sudut duniawi, material... Allah menilai kita dari hati kita. Allah memandang kita dengan penuh kasih sayang, menanti kita meminta,merintih,merayu kepada-Nya. Kita ni buat sesuatu kerana Allah atau sebab2 lain.. Mungkin sudah sampai masanya ibu mencari  lebih mendalam maksud kerana Allah.
Oklah mahu menunaikan solat isyrak. Mudah2an ibu lebih tenang dan terus istiqamah dalam usaha mengkoreksi diri.

Thursday, 7 March 2013

Diari ibu

Selamat pagi....pagi ni ibu rasa bersemangat sikit tak tahu kenapa. Masih awal lagi nak ke dapur.  Ikim fm dari radio comel ibu menjadi teman setia . Anjakan paradigma....besar benar bunyi perkataan tu kan? Kelemahan ibu dari dulu ,cepat bosan. Rutin harian kalau sama aje setiap hari akan menimbulkan rasa bosan. Simpton bosan ibu senang aje nak kenal pasti. Kalau dah mula malas dan asyik tidur aje...ah.. itu tandanya. Tidur tu sebenarnya nak kumpul semangat dan merancang apa yang nak dibuat.
Mengemas rumah dan mengalih kedudukan perabot strategi pertama. Lepas tu tukar rutin harian. Bukan tukar apa.......cuma tukar timing dan teknik. Alhamdulillah. Setakat ini kebanyakan anjakan yang dibuat ke arah yang lebih baik. Ibu dah mula menunaikan solat sunat Isyrak sebelum sunat Dhuha. Kalau dulu pandang sepi aje kat solat sunat ni tapi sekarang cuba istiqomah dalam menunaikannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Sesiapa solat subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat, adalah baginya pahala seperti Haji dan Umrah yang sempurna.

Itu dia !!! Betapa besar ganjaran Allah beri. Ibu faham bukan mudah untuk melakukannya walaupun nampak mudah. Bagi yang bekerja, kekangan masa. Sebenarnya bagi ibu, seorang suri rumah juga ada kekangan. Mudah2an Allah permudahkan urusan kita dan kita terus istiqomah.
Selamat bertugas kepada semua permata hati..

Wednesday, 6 March 2013

Kenduri

Dalam kehidupan kita ni sebenarnya tiada apa yang berlaku secara kebetulan. Semuanya telah ada dalam perancangan Allah. Dia pemilik seluruh alam ini, Maha mengetahui tentang  setiap makhluk di atas muka bumi ini. Selaku hamba-Nya , kita menerima segala ketetapan -Nya dengan redha demi memperoleh redha-Nya juga. Pada masa yang sama kita digalakkan memohon doa kepada-Nya untuk meminta yang baik2 . Allah itu Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.