Sunday, 20 January 2013

Rumahku syurgaku..... Alhamdulillah kembali semula ke rumah yang telah 7 hari ibu tinggalkan. Ibu telah 'bercuti' ke Melaka bersama Haziq. Seronoknya dapat pulang ke rumah sendiri.
Ibu sampai petang semalam lebih kurang pukul 5.30 petang. Macam biasa, sampai aje depan rumah check dulu taman cenoni ibu. Aduhai...... rumput dah panjang. Pokok2 dah tinggi. Wah...kena cari masa ni!!!. Lepas kemas beg dan barang2 lain terus kemas rumah. Walaupun penat tapi mata ni tak tahan kalau tengok yang bersepah2 .
Habis kemas, lepak kepenatan . Tak dinnerpun. Makan buah dan minum yogurt macam biasa. Aan urus anaknya,Haziq. Jadi ibu free.  Baring depan tv menonton drama hujung minggu sendirian. Yang lain semua tidur awal.
Pagi ni ibu dah bersihkan kedua-dua bilik kecil. Semua dah beres. Nanti lepas masak untuk lunch plan nak gosok baju dan pergi rumah abah. Apa khabar orang tua tu..... Dah seminggu tak jumpa abah. Ok nak buat bubur kegemaran abahlah hari ni. Tapi ibu tak suka buat bubur ni sebab persediaannya ambil masa agak lama dan buat ibu zzzzzzzzz..... Tapi keranamu abah akan kuusahakan juga.
Ibu tinggalkan permata hati dengan doa berikut. Doa ni baik untuk mengatasi sifat marah...

"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air air yang sejuk.Ya Allah bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran"
(Riwayat al-Tarmizi )

Semoga hujung minggu ini memberi kebahagiaan kepada semua insan yang ibu kasihi ♥♥♥♥♥

Friday, 18 January 2013

Sunyi

Sudah hampir setengah jam berlalu, ibu masih berjaga selepas menunaikan solat sunat. Entah kenapa tiba2 terasa sedih dan sayu. Terbayang wajah2 orang yang dikasihi. Terasa jauh daripada mereka tetapi sangat dekat  di hati. Keadaan sunyi dan tenang di sekeliling menguatkan ingatan ibu terhadap mereka. Luahan rasa di alam maya ni diharap dapat mengurangkan rindu terhadap mereka. Sekurang2nya dapatlah ibu melelapkan mata sebelum fajar menjelma. Keheningan ini buat ibu menginsafi diri. Beri ibu banyak ruang untuk berfikir. Mungkin kesibukan waktu siang tidak memberi ruang dan peluang untuk ibu menyelami apa yang benar2 ada dalam jiwa dan minda ibu. Alhamdulillah ibu masih dapat menikmati perasaan halus  ini, kerana inilah bukti kehadiran kasih sayang tanpa rasa benci sesama insan. Hanya doa dan harapan yang ibu mohon dari-Nya semoga semua insan yang ibu kasih berada dalam rahmat-Nya...amin.

Thursday, 10 January 2013

Suara hati ibu

Alhamdulillah.....baru selesai solat sunat ditemani cucu cilik yang tak pernah bosan berkepit dengan nenek A. Hari ni ibu berjaya menjahit langsir untuk tingkap depan rumah adik ibu. Anak saudara ibu akan melangsungkan perkahwinannya pada 2 MAC ni. Ibu telah menghulurkan tangan untuk membantu adik ibu menjahit langsir untuk rumahnya. Tak susahpun sebab patternnya simple aje. Banyak juga yang perlu dijahit sebab ada day and night curtains. Ibu mula menjahit agak awal juga takut2 ada halangan nanti kesian mereka.
Tiap kali menjahit sudah pastilah Haziq akan menyelit. Nak duduk atas ribalah, tolong pusingkan roda imbang mesin jahit ibulah. Yang paling kecoh apabila ibu membentang fabrik untuk mengukur panjang langsir. Ketika ibu sedang sibuk meratakan fabrik, tup...tup...Haziq dah ada bersila atas fabrik dengan koleksi kereta mainannya. Masa mood ibu ok tak ngapalah tapi apabila dahi dah mula berpeluh siaplah Haziq kena jerkah.

Petang tadi mr hubby bawa kami ronda2 sekitar taman berdekatan. Dah lama ibu tak pergi meronda pada waktu petang. Release  tensionlah konon. Dalam kehidupan kita ni nak bina ladang pahala tak sukar tapi apabila hati dibelenggu prasaan negatif maka berkeladaklah jiwa dan hati. Apabila usia menginjak senja ni kepingin sekali punya jiwa yang tenang dan bahagia serta dapat membahagiakan orang di sekeliling  ibu. Sekarang ni memang ibu dalam proses koreksi diri ibu.Mudah2an dipermudahkan niat suci ibu.

Berbalik kepada kisah menjahit langsir, masalah utama ibu adalah untuk mendapatkan garisan lurus dan rata serta dapat tension mata jahitan yang betul. Kali ni sebab niat membantu orang lain semua kerja dipermudahkan. Wah.....kali ini ibu menyiapkan jahitan ibu smoothly. Kalau ada kekurangan, sorrylah izat.....

Ibu ni ada kelemahan dalam  pengagihan tugas. Sejak bertugas sebagai pendidik lagi selalu aje jadi pak sanggup..... Bukan lemah dengan pujuk rayu atau gila glamor tapi lebih kepada tak sampai hati. Dahulu semasa mengajar, ibu selalu dilantik sebagai guru teknologi. Ibu suka betul dengan tugas tu. Apabila ada pertandingan bahan bantu mengajar (BBM) ibu turut sibuk membantu teman2 yang ditugaskan menyediakan bahan. Tolong sikit2 aje. Kalau teman2 tu lelaki, siaplah ibu kena tolong daripada A sampai Z. Kita yang menjadi panik nak mengejar dateline, member relaks aje. Itulah kelebihan kaum Adam, tak gentar dengan ugutan.

Walaupun terpaksa bersengkang mata tapi seronok melihat hasilnya. Ibu bertuah kerana anak2 ibu berbakat juga jadi banyak kerja ibu mereka bantu. Kak long yang selalu jadi mangsa. Apapun kredit patut ibu berikan kepada mr hubby kerana  beliau sentiasa ada andai ibu memerlukan bantuan. Tak pernah merungutpun. Suatu ketika, berhari2 ibu pulang lewat malam dari sekolah kerana  menyiapkan bahan untuk pertandingan. Anak2 jadi peneman manakala suami membereskan tugas di rumah. Special delivery untuk lunch dan dinner oleh suami yang dikasihi.  Mana nak dapat layanan istimewa macam ni ? Itulah keluhan teman2 yang selalu menumpang ration ibu.

Oklah.....memori indah ni, ibu nak share dengan permata hati. Ibu tahu mereka akan dapat mengingati saat2 itu andai mereka membaca entri ibu kali ini.
Esok ibu nak berpuasa sunat jadi nak zzzzzzz.... Cukuplah untuk malam ini. Selamat malam permata hati......

Wednesday, 9 January 2013

Rumahku Syurgaku

Alhamdulillah baharu sahaja selesai rutin untuk hari ini. Jam di dinding dah pukul 11 malam. Sebelum ibu masuk tidur selalunya ibu pastikan anak, suami dan cucu kesayangan sudah ready untuk tidur. Yang sukar diuruskan sudah tentulah Haziq, cucu ibu. Sebelum tidur dah tukarkan pakaian tidur dan pampers . Susu 2 botol. Makciknya panggil berulang kali baru dia naik atas katil. Silap-silap tak tidur juga. Sebab musababnya????? Ada 'bekalan baru' dalam pampers. Haziq suka membuang pada waktu malam. Kalau makcik baik hati, relakslah neneknya. Kalau tidak neneklah kena uruskan.

Rutin rumahtangga taklah berat manapun tetapi memerlukan komitmen . Tak mahu buatpun tak menjadi problem. Tapi bagi ibu peranan ibu penting untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Melihat suami tenang dan anak-anak gembira apabila berada di rumah, ibu rasa cukup bahagia.Dah tak perlu dah mencari kebahagiaan di luar sana. Bayangkan segala keperluan mereka dah tersedia, rumah sentiasa kemas dan bersih. Biarlah letih sedikit asalkan semua terurus.

Cuma mereka kena tahan telinga sikitlah sebab ibu suka berleter. Bukanlah perfectionist tetapi mahu mendidik. Ibu dapat lihat kesannya. Permata hati yang telah berumahtangga pandai mengurus rumahtangga mereka. Alhamdulillah....syukur ya Allah.....

Ibu mahu permata hati faham dan mengerti ungkapan " rumahku syurgaku " sebenar2nya. Betapa kasih sayang dalam sesebuah rumah itu akan membawa keberkatan kepada penghuninya. Ibu juga mahu mereka tahu betapa dalam hati ibu ada posisi untuk setiap orang. Rasa saling mengharap di antara ahli keluarga akan menyemarakkan kasih sayang . Walaupun dah berpuluh tahun hidup dalam sebuah rumah yang sama, kita masih rasa rindu apabila berpisah dan sentiasa berkira2 untuk bertemu segera.
Emo pula ibu.... Sekadar luahan hati ajee...

Sudah jauh malam. Ibu juga perlu rehat yang cukup untuk meneruskan kehidupan esok. Mudah-mudahan Allah mengizinkan pertemuan kita esok..insha allah.
Untuk renungan permata hati , ibu titipkan maksud ayat daripada surah Al-Araf ayat 34  :

Dan bagi setiap umat ada ajalnya (masa kehancurannya) . Apabila ajal itu sudah datang tidak dapat mereka meminta dikemudiankan atau didahulukan walau sesaatpun.
Selamat malam permata hati........

Sunday, 6 January 2013

Diari Ibu

Kali akhir update blog ibu pada 30 Disember yang lalu. Tak tahu ngapa jadi malas tiba-tiba nak menulis...... Nak kata sibuk, taklah sibuk sangat. Rutin rumah tangga macam biasa aje. Mood swings kot... Yang paling ketara reasonnya ialah cucu ibu yang mungil tu dah pandai berebut tab ibu ni. Jadi terpaksa sembunyi- sembunyi kalau hendak guna.

Sejak kebelakangan ni, ibu agak sibuk dengan urusan keluarga. Apabila ada masa terluang, ibu dan adik ibu ke rumah abah untuk bertanya khabar. Bulan depan anak saudara ibu akanmelangsungkan perkahwinan. Jadi, secara tak langsung ibu bertanggung jawab membantu dalam urusan walimatulurus itu.
Tak susah manapun sebab ibu suka dengan apa yang ibu buat.

Walau sibuk macam manapun, aktiviti hujung minggu bersama permata hati Aan dan Aya satu kemestian. Hanya dua orang ni yang sentiasa ada kerana anak-anak yang lain tinggal jauh dari tempat tinggal ibu. Entah kenapa tiba-tiba ibu berasa rindu akan mereka. Nasib baiklah ada foto-foto mereka sebagai pengubat rindu. Macam inilah kalau dah jadi nenek. Dulu masa anak-anak kecil, merungut penat, bingit dan tak cukup tidur. Apabila dah dewasa risau kalau tak bekerja. Lepas tu sibuk suruh cepat-cepat kahwin.  Akhirnya tinggallah atuk dan nenek di rumah. Sunyi dan sepi.....

Lepas isyak tadi kami keluar. Destinasi.....ronda-ronda bandar PD. Ooops.....ada pasar malam awal bulan. Cuma sekali sebulan. Peniaga Cina yang memenuhi ruang perniagaan di sini. Kami suka jalan-jalan di pasar malam ni kerana ada sesuatu yang mencuri perhatian kami bertiga. Setiap kali ke sini, mata kami liar mencari mereka. Seorang nyonya cina yang sudah uzur menolak troli. Dalam troli tu ada seorang pemuda cina OKU bersesak-sesak dengan sistem audio sedang memegang mikrofon mendendangkan lagu mandarin. Suaranya tak sedap ....perit telinga siapa yang mendengar. Banyak jugalah kutipan yang mereka dapat. Maklumlah rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah. Mula-mula dulu kami berasa geli hati apabila terdengar aje suara pemuda tu. Lama-kelamaan tiap kali terpandang  mereka berdua perasaan sedih dan hiba menyelinap ke jiwa ibu. Melihat wajah uzur nyonya tua dan anaknya membayangkan betapa mereka berusaha  untuk meneruskan kehidupan tanpa menanti rezeki datang bergolek. Rupa-rupanya buka ibu aje yang terkesan di jiwa , Aan dan Aya begitu juga. Semenjak itu, tiap kali ada peluang kami akan ke pasar malam itu.