Setiap kelahiran yang ibu lalui pasti ada momen indah yang berlaku. Ketika ibu hamilkan Suraya,ibu kerap didatangi jururawat dari klinik berdekatan. Suatu pagi seperti biasa ibu dilawati seorang jururawat. Beliau mendapati kandungan ibu
tidak dapat dikesan degupan jantungnya.
Apa lagi, jururawat yang sudah hampir pencen itu panik lalu segera menelefon ambulan. Ketika itu ibu biasa-biasa sahaja. Agak keberatan untuk pergi kerana suami ibu sedang bertugas dan 2 orang anak ibu masih kecil. Tiada siapa yang dapat diharap untuk menguruskan mereka sementara abang dan kakaknya masih di sekolah ketika itu. Desakan jururawat tidak mampu ibu tolak. Nasib ibu baik kerana anak jiran ibu ada di rumah ketika itu.

Walaupun ibu tidak yakin dengan kemampuannya memandangkan dia lelaki tetapi ibu tawakal sahaja. Setelah meninggalkan pesanan, ibu menaiki ambulan untuk ke Hospital Melaka. Peristiwa yang paling terkesan di hati ibu sehingga kini adalah ketika melihat 2 orang anak kecil ibu berlari-lari mengejar ambulan yang ibu naiki.Aduh.....macam cerita dalam filem pula. Mereka pasti tidak ingat peristiwa itu sebab ibu tidak pernah bercerita hal tersebut.Tadi ibu ceritakan kepada Suraya. Dia ketawa. Ibu senyum sahaja kerana sebenarnya ibu sedih kalau teringatkan peristiwa itu.
Hari ini ibu tidak mahu menulis panjang lebar tentang anak ibu yang bongsu ni. Hari ini ialah hari lahirnya yang ke 25 tahun. Sudah dewasa puteri ibu ini. Ketika bekerja sangat serious tetapi apabila berada di rumah hmm....... tidak ubah seperti anak manja yang mahu diberi perhatian. Seorang mak saudara yang penyayang tetapi tegas.
Suraya merupakan idola Haziq, cucu nenek yang tinggal bersama kami. Apa sahaja yang diajar oleh Mak Su, Haziq cepat dapat.
Ibu doakan semoga Suraya sentiasa mendapat rahmat dan hidayah daripada-Nya .
Pasal jodoh......... sensitif !!!!!!!!!!!!! Biar masa yang menentukan. Tetapi ustaz beritahu jodoh dan ajal untuk setiap insan itu sudah ditentukan oleh Allah.




No comments:
Post a Comment