Anak ibu, Ariff telah bertugas semula selepas 3 bulan bercuti di darat. Kini sedang bertugas di atas kapal dan berada di perairan berhampiran. Pada malam raya Ariff call tapi ibu tak dengar kerana sibuk di dapur. Esokknya dia call lagi. Ibu tak jawab juga. Kali ini ibu sibuk melayan tetamu pula. Alahai....kesiannya.... Akhirnya petang tadi ibu dapat menjawab panggilan Ariff. Ketika itu dia berada di perairan Sabah. Ibu dapat rasakan kegembiraan yang hadir ketika itu. Ariff sudah dua hari menjalani ibadah puasa sunat. Menurutnya teman-teman banyak yang sudah mula berpuasa sunat dan momentum itu masih ada. Jadi diteruskannya. Wah!!! Rasa tercabar ibu. Tetapi, jauh di sudut hati ibu bersyukur kerana Ramadhan yang baru berlalu telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Ariff. Teruskan amalan murni itu Mr Sailor.

No comments:
Post a Comment