Kasih saudara semasa ada, kasih ayah sepanjang hayat, kasih ibu membawa ke syurga.
Friday, 30 November 2012
Diari ibu
Pagi Jumaat yang nyaman.... Menikmati pagi Jumaat sambil mendengar celoteh berilmu 2 orang penyiar radio lkim. Suara penyiar yang lunak dan segar menyebabkan ibu terus melekat di sisi 'radio karat' ibu. Sambil menunggu siaran motivasi pagi, ibu baca buku yang bertajuk Antalogi orang berdosa - Dia memilihku. Antalogi yang mengandungi lima buah cerpen yang dipersembahkan dengan penuh rasa keinsafan atas peluang kedua yang diberikan TUHAN.
Demi masa, tajuk motivasi pagi ni. Masa itu adalah usia. Usia itu adalah amal. Segala apa yang dilakukan di dunia akan ada ganjarannya kelak. Andai kita tidak memburu masa manusia akan rugi. Setiap hari kita mesti ada pemikiran yang moving forward. Jangan buang masa. Ustaz penceramah membandingkan penduduk lslam di Perancis dengan kita di Malaysia. Bagaimana mereka tidak membuang masa khusus dalam aktiviti yang berbentuk lslamik. Daripada 65 juta penduduk negara itu lebih kurang 6 juta adalah lslam. Ini menggambarkan bagaimana proaktifnya mereka menarik orang lain untuk memeluk lslam.
Topik yang baik untuk jadi renungan pagi Jumaat ni.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran.
Sebagai mengambil iktibar daripada surah Al' Asr tersebut, ibu hentikan entri ini untuk menunaikan rutin pagi ibu sebagai suri..
Kepada permata hati salam Jumaat dan selamat menjalankan tugas.
Wednesday, 28 November 2012
Fwd: Cinta hati....
Cinta hati.......
636 Jalan Anggerik 8...di situlah terletak mahligai kasih ibu dan permata hati. Sudah hampir 20 tahun menyulam kasih di teratak comel ini. Di sinilah gelak tawa, gurau senda dan tangisan kami diabadikan. Mungkin tika menatap entri ini permata hati ibu akan terbayang rentetan peristiwa yang sering berlaku sewaktu mereka masih dalam pelukan dan belaian ibu. Kini semuanya sudah dewasa dan jarang pulang kerana komitmen dan tanggung jawab.
Di setiap ruang ada aje kenangan. Tiap kali permata hati pulang, ruang istirehat ibu merupakan ruang paling popular. Mereka bercerita, bergurau senda dan kadangkala kami tidur bersama walaupun terpaksa bersesak-sesak.
Ada ruang tempat ibu letakkan ole-ole daripada permata hati. Yang paling 'hot' sudah pastilah fridge magnet tu. Permata hati aan.....yang pastinya awak sudah ada pesaing....
Satu lagi yang menjadi nadi ibu.. radio comel pemberian abang ngah. Pasti ada di mana ada ibu. 'Radio karat ma', itulah usikan permata hati.
Harapan ibu, andai ibu dijemput pulang ke kampung abadi kelak, teratak ini akan tetap menjadi titik pertemuan kasih sayang permata hati.
Pertama kali mahu memiliki rumah, ibu sudah berniat untuk mencari rumah yang berdekatan dengan mak dan abah. Memandangkan ibu anak perempuan yang sulung, ibu sudah bersedia untuk berkhidmat kepada kedua orang tua andai keadaan memerlukan. Alhamdulillah hasrat ibu tercapai. Setahun genap ibu dapat menguruskan keperluan arwah mak. Kini teratak comel ibu sering menjadi kunjungan adik-adik memandangkan abah sudah beristeri lagi....(macam sedih aje, ngapa tak tahu.....)
Entri hari ini, ibu mahu abadikan ruang-ruang kegemaran ibu dan permata hati. Tiada niat untuk menunjuk2 tetapi sekadar mahu membangkitkan nostalgia permata hati ibu.
There's no place like home.......
♥♥♥♥♥♥Home sweet home♥♥♥♥♥♥♥
Wednesday, 21 November 2012
Diari Ibu
"Ya Allah, jadikanlah hari ini hari yang terbaik untukku, tolonglah aku untuk mencintai-Mu dan beribadah dengan amal yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.
Ya Allah, jauhkanlah bala dan musibah dari kehidupanku, keluarga dan orang yang aku kasihi, selamatkan kami daripada kejahatan makhluk-Mu dan kurniakanlah segala kebaikan pada sepanjang hari ini.....
Amin.....
Doa popular yang kita baca setiap pagi sebagai permulaan hari.
Pagi ini, ibu dikejutkan oleh suami tersayang. Tidur awal malam tadi...bagai batang kayu....tak sedar langsung sampailah dikejutkan oleh suami. Alhamdulillah, diberi nafas kembali oleh-Nya. Andai ditidurkan terus.........
Petang semalam ibu sudah rasa kurang sihat tetapi buat tak tahu aje.... Anak-anak dan cucu-cucu ada yang sudah dihinggapi demam selsema. Penyakit ni mudah aje merebak. Orang Gerik yang bawa kuman ni......
( jangan marah ya...ibu bergurau aje..)
Menjelang malam rasa tak sihat bertambah teruk. Anak-anak yang baru pulang dari bercuti tidak ibu hiraukan sangat. Hasrat hati mahu meraikan mereka terpaksa dipendam. Sudah menjadi kebiasaan anak-anak ibu, ibu tidak boleh tidur dahulu daripada mereka. Apakan daya anak-anakku.....kesan ubat yang ibu ambil lebih dasyat.
Dalam keriuhan cucu ibu, ica,haziq dan adik aisya, ibu terlena dan terus lena..............
Sebenarnya ibu rasa menyesal yang amat sangat pagi ini. Banyak rutin harian yang ibu selalu buat sebelum tidur tidak dapat ibu tunaikan. Mudah-mudahan ibu tidak akan melakukan 'kesilapan' yang sama...insyaallah.
Monday, 19 November 2012
Diari Ibu
Sejak pagi hujan telah membasahi bumi. Dingin..... Macam biasa waktu begini ibu sibuk di dapur menyiapkan sarapan anak bongsu ibu yang akan keluar bekerja. Dia masih kurang sihat. Secawan teh panas dan sepiring kecil mi kerinting yang digoreng mengikut citarasanya menjadi hidangan pagi ni...
Sambil menunggu aya panaskan enjin keretanya, kami berbual tetapi bukanlah perbualan yang serious. Selalunya jenaka murahan yang ibu dan permata hati saje yang faham. Saat-saat begini sangat ibu hargai. Walaupun cuma beberapa minit tetapi impaknya hebat. Mereka akan happy sehingga lambaian terakhir. Pesanan akhir untuk permata hati selalunya berbunyi......hati-hati memandu......jangan marah-marah di jalan raya....
Hujan yang turun tanpa henti menyebabkan suami ibu tidak meneruskan rutin hariannya. Kesempatan yang ada ibu ambil untuk bersembang sambil menemani beliau bersarapan. Perbualan berkisar isu semasa disulami gelak tawa. Bukan mudah nak dapatkan momen ini.... lazimnya waktu-waktu begini ibu sibuk mengemas rumah dan mengurus cucu kesayangan ibu, Haziq. Suami pula, keluar buat morning roundnya atau ke pasar.
Benarlah kata-kata, setiap kejadian Allah ada hikmahnya.
Kepada permata hati yang bertugas ,ibu ucapkan selamat bertugas dan kepada permata hati yang sedang 'bercuti nun di sana.....' selamat bercuti dan jangan lupa oleh-olehnya ya......
Wednesday, 14 November 2012
Syukran Jazeelan
Alhamdulillah nikmat Allah tidak henti-henti ibu terima. Syukur ya Allah. Mudah-mudahan ibu menerima segalanya seikhlas hati. Setiap kurniaan Allah tu ada hikmahnya. Ibu wajib redha dan sentiasa berbaik sangka dengan -Nya. Itu semua rahsia Allah. Yang penting kita perlu sentiasa istiqomah dalam membuat kebaikan. Ibu suka betul perkataan istiqomah tu.
Semalam merupakan antara hari yang paling sibuk buat ibu. Dari pagi menyiapkan rutin harian. Kemudian memasak untuk adik ipar yang tak sihat. Tekanan darah rendah !!!!! Dah berkali2 ibu sarankan agar dia cari suplemen yang sesuai selain dari makan menu yang sesuai. Mungkin terlalu sibuk menguruskan suami yang tak sihat selain kerja rumah menyebabkan dia ketepikan kesihatannya. Itulah pengorbanan seorang isteri dan ibu. Jadi ibu masakkan sup bayam merah dn sambal kerang. Dua hidangan ni rupanya menyebabkan anak2 keliur juga. Jadi masak pula untuk mereka.
Lepas solat zuhur, ibu ke hospital. Ziarah cucu baru..... Sebenarnya Ariff dah whats app foto baby baru sebelum tu. Ini buat ibu lagi teruja untuk menatapnya dari dekat. Riuh rendah suara anak2 dan cucu2 ibu di wad tu. Salutelah kat menantu ibu yang seorang ni. Relax aje keadaannya. Walaupun baru beberapa jam menyambung nyawa untuk membawa keluar seorang insan ke dunia. Hanya kami kaum wanita yang tahu betapa 'perit'nya situasi itu. Cerita banyak2 tak boleh nanti ada orang takut nak berkahwin dan beranak.
Oklah ....nanti ibu akan menulis lagi tetapi sekarang terpaksa hentikan entri ni kerana terpaksa ke dapur. Kepada permata hati, selamat bertugas dan jangan lupa petang nanti baca doa akhir tahun.
Sunday, 11 November 2012
Rahmat dan kecintaan Allah kepada sebuah rumahtangga
Tanda2 Allah merahmati dan meredhai sesebuah rumahtangga
Ada suasana tauhid dan iklim zikrullah. Sesiapa mengingati Allah menandakan jiwa kita hidup. Signal daripada Allah untuk kita mendekatkan diri kita kepada-Nya. Contoh apabila kita lapar menandakan kita perlu berusaha mencari makanan.Itu signal fizikal. Jika jiwa rasa risau dan gundah, itu signal rohani daripada Allah. Roh perlu makanan dan makanannya ialah zikrullah.
Jangan bawa semua masalah atau dosa2 semalam kepada hari ini dan seterusnya. Setiap hari perlu ada perasaan segar menghadapi hari baru dan mengadap Allah untuk menghindari rasa susah hati . Siang dan malam Allah menanti manusia memohon keampunan-Nya kerana Allah tahu hamba-Nya tidak dapat hidup dengan beban dosa semalam.
Setiap hari yang baru kita menyambutnya dengan penuh keinsafan dan permohonan ampun daripada Allah. Melihat masa depan dengan cahaya Allah dan sentiasa berpegang kepada tali Allah. Di antara konsep utama kehidupan adalah menyedari kesalahan diri. Pada saat2 kita menyedari dosa2 kita terhadap Allah dan insan lain maka itulah saat2 yang paling membahagiakan. Andainya kita berbuat salah dengan insan lain maka perlu memohon kemaafan daripadanya. Jika tidak bertemu atau sukar mencarinya maka buatlah banyak kebaikan dan niatkan pahala dari kebaikan itu untuk insan tersebut. Yang pasti kita tidak akan rugi sedikit pun.
Pada hari pembalasan nanti, Allah akan bertanya mana orang yang berkasih-sayang kerana Allah. Pada hari itu nanti Allah akan membalas sifat baik itu dengan syurga. Kita perlu memahami konsep kasih-sayang kerana Allah dan bukan kerana nafsu.
Tiap-tiap pagi tanamkan dalam hati keredhaan dan kecintaan kita kepada-Nya seperti dalam zikrullah yang kita amalkan :
'Aku redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad SAW sebagai nabi.'
Setiap dugaan yang berlaku ada hikmahnya. Allah mahu menguji ketaatan kita. Hanya kita tidak nampak cahaya dari Allah sedang menyinari kehidupan kita. Sentiasa memohon keampunan dan perbaiki diri.
Tahap menjadi manusia dewasa :
1. Sedari hakikat hidup.
2. Hadapi kesulitan dengan tabah
3. Kendali hidup ,nafsu amarah dengan baik
4. Cari ilmu
5 Perbaiki sisi yang lemah
6 Jangan cari kelemahan orang lain
7 Konsentrasi kepada kekuatan diri
( Catatan ibu ketika mengikuti usrati dari radio ikim )
Thursday, 8 November 2012
Suraya, Aya, Adik, Maktin
Berkenalan dengan anak bongsu ibu.... Dalam entri pada bulan Mac yang lalu ibu ada menulis profilenya. Setiap pagi inilah rutin Aya. Itupun kalau dia bertugas pada awal pagi. Kalau bertugas waktu tengah hari, tak keluar bilik jawabnya. Sama naik dengan anak buahnya.
Kalau Aya kerja pagi, ibu akan menyediakan sarapan. Aya tak cerewet. Apa-apapun boleh. Kalau ibu malas, Aya akan makan corflakes dan susu segar aje... Sebenarnya dia tak berselera sangat nak makan waktu pagi tapi ibu paksa kerana ibu tahu kepentingan sarapan pagi ni...
Ibu galakkan Aya ambil suplemen yang sesuai untuknya. Alhamdulillah mudah kerja ibu kerana Aya akur aje malah konsisten . Oklah tu....
Selalu orang kaitkan anak bongsu dengan sifat manja. Mungkin bukan semua. Ibu percaya sifat itu tidak mempengaruhi tindakan Aya. Kalau ibu tiada di rumah, Aya dapat menguruskan diri dan rumah seadanya.
Ibu harap Aya akan terus berjaya dalam kerjayanya dan berusaha untuk mempersiapkan diri untuk menjadi suri di hati seorang jejaka bergelar suami..insyaallah..
Tuesday, 6 November 2012
Diari ibu
Seperti biasa selepas solat subuh, ibu mengaji dan membaca. Waktu pagi yang hening ini ibu gunakan untuk melakukan apa sahaja yang terlintas di minda ibu. Selalunya siaran dari radio ikim jadi teman setia ibu. Dari muda hingga kini ibu suka kepada muzik. Tak kira genre.. Tapi kini ibu sesuaikanlah dengan usia ibu. Kini ibu suka akan muzik yang segar dan menenangkan. Ceramah dari radio ikim kerap ibu ikuti . Ibu suka dengan sesi motivasi paginya juga. Kalau tiada slot menarik ibu beralih ke radio Sinar atau apa2 sahaja yang menarik.Ada masa ibu dengar lagu-lagu yang ibu simpan dalam tab ibu.
Kadang2 menonton siaran Tanyalah Ustaz dari tv9. Itupun tengok isu yang dibincangkan. Kalau menarik dan ibu kurang info tentang isu tersebut maka ibu ikutilah slot itu. Apabila menonton selalunya aktiviti lain tak dapat dibuat pula. Ada masa2 pening nak buat keputusan. Mengadap tab itu satu kewajipan. Kadang-kadang malu apabila hubby tengok. Itu sebabnya ibu suka buat waktu awal pagi. Sebenar hubby ibu understanding. Tak kisahpun tapi kita sebagai surinya peka tanggung jawab kitakan???? Suami didahulukan. 35 tahun berkongsi kasih, hubby ibu tidak merungut. Alhamdulillah.... Ibu bebas bersuara dan melakukan apa yang ibu mahu tetapi adalah batasannya.
Aktiviti yang paling menyeronokkan ibu ialah sesi baring 2 lepas solat subuh. Baring2 sambil merenung kembali perjalanan hidup ibu. Waktu lain tak sempat nak memikirkan tentang diri kerana komitmen tugas rumah tangga . Sibuk bagaikan VIP.......
Kadang-kadang kalau cerita kepada teman2 mereka tak percaya. Memandang di rumah cuma ada ibu,hubby, cucu dan anak gadis ibu. Percaya atau tidak, tugas rumahtangga memang tiada nokhtah. Ibu ni memang tak boleh duduk diam. Cepat jemu dengan sesuatu keadaan.
Masa bersama hubby?? Kalau bandingkan dahulu dan sekarang memang banyak bezanya. Dahulu ketika bertugas , masa bersamanya terhad kerana sibuk dengan aktiviti sekolah. Tak pernah tak bawa balik kerja sekolah. Tapi pandailah pula kami mencari waktu untuk berinteraksi. Kini kami ada ample time tetapi anehnya kurang pula berinteraksi. Bukan usia yang menjadi penghalang tetapi ibu rasa minat kami yang berbeza menjadi penyebab. Ibu masih aktif dan punya banyak hobi. Hubby ibu tak berminat dengan alat-alat yang berteknologi tinggi ni. Rutin hariannya baca surat khabar( semua berita dibaca...) mengaji,ke surau, menonton berita dan siaran kegemarannya,animal planet (bosannya....) . Setiap pagi beliau pasti meronda pekan PD. Walau bagaimanapun ibu sentiasa mengadakan ruang untuk kami berdua..
Oklah.....terpaksa tamatkan coretan ibu di sini. Panggilan tugas!!!!!!!!
Saturday, 3 November 2012
Dua hati satu rasa
Tugas seorang suri sentiasa dan berterusan menasihati suaminya. Mesti ada dua ciri penting ketika menasihatinya iaitu sabar dan kebijaksanaan. Selain daripada itu jangan lupa berdoa.
Dalam mencari pasangan, jadilah yang baik supaya dapat yang terbaik. Ikut pilihan orang yang baik. Gunakan cara yang terbaik.
Ingatlah Allah akan jaga kita, andai kita jaga-Nya.
Orang beriman sentiasa percaya bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya. Ishtikharah cara yang baik dalam menentukan pilihan daripada dua pilihan yang baik. Ketika itu sebenarnya kita menyerahkan segala2nya kepada Allah dan mengaku tika itu betapa lemahnya kita. Perlu juga mujahadah. Walaupun ia jawapan selepas kita ishtikharah tetapi dugaan dalam rumahtangga tetap ada. Di situ mujahadah penting.
Dalam rumah tangga andai ada iman maka akan ada kasih sayang. Hukum kasih sayang ialah beri kasih sayang dahulu barulah kita dapat kembali kasih sayang. Tandus kasih sayang kerana pasangan menunggu kasih sayang masing2.Ego merupakan penyebabnya. Lunturkan dan leburkan ego yang menebal itu. Hanya hati yang lunak dapat merasakan kasih sayang. Zikrullah penting untuk melunakkan hati. Justeru itu sentiasa amalkan zikrullah dalam rumah tangga kerana cara ini kita dapat merasakan betapa hampirnya kita dengan Pencipta yang maha esa.
Jaga solat kita kerana solat dapat melunakkan hati. Menjaga solat dalam erti kata menjaga waktu solat dan khusyuk dalam solat. Majlis ilmu juga ada kepentingan dalam rumah tangga. Membaca quran menghidupkan suasana rumah tangga. Amalkan membaca quran di kalangan ahli keluarga.
Makan bersama-sama dalam famili menimbulkan kasih sayang juga. Dalam kesibukan dan kesuntukan masa,kita perlu adakan ruang untuk makan bersama kerana ketika itu kita bertemu dengan pasangandan anak-anak.












































