Wednesday, 21 November 2012

Diari Ibu

"Ya Allah, jadikanlah hari ini hari yang terbaik untukku, tolonglah aku untuk mencintai-Mu dan beribadah dengan amal yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.
Ya Allah, jauhkanlah bala dan musibah dari kehidupanku, keluarga dan orang yang aku kasihi, selamatkan kami daripada kejahatan makhluk-Mu dan kurniakanlah segala kebaikan pada sepanjang hari ini.....
Amin.....

Doa popular yang kita baca setiap pagi sebagai permulaan hari.

Pagi ini, ibu dikejutkan oleh suami tersayang. Tidur awal malam tadi...bagai batang kayu....tak sedar langsung sampailah dikejutkan oleh suami. Alhamdulillah, diberi nafas kembali oleh-Nya. Andai ditidurkan terus.........

Petang semalam ibu sudah rasa kurang sihat tetapi buat tak tahu aje.... Anak-anak dan cucu-cucu ada yang sudah dihinggapi demam selsema. Penyakit ni mudah aje merebak. Orang Gerik yang bawa kuman ni......
( jangan marah ya...ibu bergurau aje..)

Menjelang malam rasa tak sihat bertambah teruk. Anak-anak yang baru pulang dari bercuti tidak ibu hiraukan sangat. Hasrat hati mahu meraikan mereka terpaksa dipendam. Sudah menjadi kebiasaan anak-anak ibu, ibu tidak boleh tidur dahulu daripada mereka. Apakan daya anak-anakku.....kesan ubat yang ibu ambil lebih dasyat.

Dalam keriuhan cucu ibu, ica,haziq dan adik aisya, ibu terlena dan terus lena..............

Sebenarnya ibu rasa menyesal yang amat sangat pagi ini. Banyak rutin harian yang ibu selalu buat sebelum tidur tidak dapat ibu tunaikan. Mudah-mudahan ibu tidak akan melakukan 'kesilapan' yang sama...insyaallah.

No comments:

Post a Comment