Sudah larut malam ni tapi ibu mahu merakamkan dua peristiwa yang berlaku siang tadi. Siang tadi ibu memenuhi dua jemputan kahwin. Penatnya tak terhingga walaupun hanya duduk jadi mem dalam kereta. Macam biasa, ibu jarang sendirian jika menghadiri majlis. Mesti sibuk cari teman . Hari ni ibu serta suami ditemani mak uda, adik ibu dan anaknya yang jadi pemandu..
Kami tuju ke destinasi yang paling hampir dahulu. Dekat dengan kampung ibu. Macam biasalah apabila hadir ke majlis kahwin bertemulah kita dengan teman-teman sejawat ataupun jiran setaman. Yang tak close tu cukup sekadar senyuman atau anggukan aje. Yang terlalu mesra tu , berboraklah sampai terlupa partner sebelah dah gelisah menanti. Kebetulan..ibu bertemu dengan En. X ( bukan nama sebenar ) . Seorang yang bertanggung jawab menguruskan kampung di situ. Kebetulan memang ibu memerlukan khidmat beliau untuk membantu ibu menyelesaikan urusan keluarga. Sebenarnya ibu tidak begitu berkenan dengan perangainya. Mungkin ibu silap tapi suara hati ibu...... Pandangan matanya dan gesturenya yang 'itchy' itu membuatkan ibu berhati-hati apabila berbual dengannya.
Selepas menyampaikan hasrat hati kami berjanji untuk berjumpa di rumah ibu. Beliau meminta nombor telefon supaya mudah menghubungi ibu apabila beliau hendak datang nanti. Tanpa berfikir panjang, ibu terus menyerahkan nombor telefon ibu. Ketika makan, terfikir ibu...mengapa beri nombor telefon ibu kepada orang yang kita ragu2 dengan tingkah lakunya. Aduh....pening juga. Bayangkan kalau diganggu dengan panggilan gila atau sms merapu...
Nak tukar sim card baru? Tak boleh nanti anak-anak dan teman-teman perlu dimaklumkan.
Dalam perjalanan ke tempat kenduri yang ke dua, ibu beritahu mak uda tindakan tak cerdik tadi. Mak uda bisinglah kerana kami berdua ada instinct yang sama tentang Mr X. Lepas tu ibu tiba2 senyum. Baru check nombor fon ibu. Rupanya ibu tersilap beri nombor telefon. 3 digit terakhir tu terbalik. 937 atau 397 ? Itu selalu jadi problem ibu. Ibu beritahu mak uda. Kami berpandangan sambil ketawa berterusan tanpa menghiraukan pemandu dan penumpang di hadapan. Pengajaran untuk ibu.....alhamdulillah blessing in disguise. Kelemahan kadangkala memberi impak positif juga :-P:-P:-P:-P:-P
Tuan rumah majlis ke dua ni merupakan saudara ibu yang bau2 bacang aje tapi keluarga ibu rapat dengannya. Kami melalui zaman anak dara bersama-sama. Jadi banyak suka duka yang kami kongsi bersama. Kehidupannya semasa anak dara agak getir. Dia melunaskan semua tugas rumah tangga emak angkatnya. Di samping itu mengembala lembu kepunyaan keluarga tersebut. Walau bagaimanapun, kami sempat juga bergelak ketawa dan berkongsi 'majalah filem' yang kami curi2 baca. Kalau abah ibu nampak, pedih telinga kena jerkah... Dah dewasa baru sedar mengapa abah marah. Baca majalah yang tak akademik tu macam makan biskut kering.
Apabila ibu berumah tangga dan abah berpindah ke tempat baru, kami terpisah. Kesibukan ibu dengan tugas guru dan isteri menyebabkan ibu terus melupakannya. Sekali-sekala ada juga ibu dengar tentang dia daripada arwah mak. Selepas hampir 30 tahun terpisah ibu mendapat kad undangan dan panggilan telefon daripadanya.
Siang tadi ibu bertentang mata dengannya setelah begitu lama terpisah.
Riak wajahnya bersahaja. Dia menjerit kegirangan apabila terpandang wajah mak uda dan ibu. Kami berpelukan. Dalam pelukannya ibu rasa sebak dan sayu. Macam biasalah...menangis tapi under control. Yang hairannya dia tak sedihpun tapi ibu yang lebih2 pula. Semenjak ibu mendapat kad undangan hari tu, kisah sedih dia melalui kehidupan remajanya bermain di minda ibu. Mungkin dia sedang melalui saat - saat bahagia bersama keluarganya .
Bahagia setelah derita..... Alhamdulillah..
Kami berpisah dan berjanji untuk bertemu kembali. Mungkin pertemuan akan datang dapat mengungkap kembali memori silam.
Syukran ya Allah kerana sentiasa ada kasih- sayang daripada-Mu walaupun kita sebagai hamba-Nya selalu terlupa untuk memohon. Betapa Ya Rabb maha Pemberi. Tidak perlu hamba-Nya meminta-minta. Bayangkan kalau kita perlu sentiasa meminta baru Allah beri. Bayangkan aje sistem dalam badan kita ni...
Renungkanlah wahai permata hati...



No comments:
Post a Comment