
Alhamdulillah.....baru selesai solat sunat ditemani cucu cilik yang tak pernah bosan berkepit dengan nenek A. Hari ni ibu berjaya menjahit langsir untuk tingkap depan rumah adik ibu. Anak saudara ibu akan melangsungkan perkahwinannya pada 2 MAC ni. Ibu telah menghulurkan tangan untuk membantu adik ibu menjahit langsir untuk rumahnya. Tak susahpun sebab patternnya simple aje. Banyak juga yang perlu dijahit sebab ada day and night curtains. Ibu mula menjahit agak awal juga takut2 ada halangan nanti kesian mereka.
Tiap kali menjahit sudah pastilah Haziq akan menyelit. Nak duduk atas ribalah, tolong pusingkan roda imbang mesin jahit ibulah. Yang paling kecoh apabila ibu membentang fabrik untuk mengukur panjang langsir. Ketika ibu sedang sibuk meratakan fabrik, tup...tup...Haziq dah ada bersila atas fabrik dengan koleksi kereta mainannya. Masa mood ibu ok tak ngapalah tapi apabila dahi dah mula berpeluh siaplah Haziq kena jerkah.
Petang tadi mr hubby bawa kami ronda2 sekitar taman berdekatan. Dah lama ibu tak pergi meronda pada waktu petang. Release tensionlah konon. Dalam kehidupan kita ni nak bina ladang pahala tak sukar tapi apabila hati dibelenggu prasaan negatif maka berkeladaklah jiwa dan hati. Apabila usia menginjak senja ni kepingin sekali punya jiwa yang tenang dan bahagia serta dapat membahagiakan orang di sekeliling ibu. Sekarang ni memang ibu dalam proses koreksi diri ibu.Mudah2an dipermudahkan niat suci ibu.
Berbalik kepada kisah menjahit langsir, masalah utama ibu adalah untuk mendapatkan garisan lurus dan rata serta dapat tension mata jahitan yang betul. Kali ni sebab niat membantu orang lain semua kerja dipermudahkan. Wah.....kali ini ibu menyiapkan jahitan ibu smoothly. Kalau ada kekurangan, sorrylah izat.....
Ibu ni ada kelemahan dalam pengagihan tugas. Sejak bertugas sebagai pendidik lagi selalu aje jadi pak sanggup..... Bukan lemah dengan pujuk rayu atau gila glamor tapi lebih kepada tak sampai hati. Dahulu semasa mengajar, ibu selalu dilantik sebagai guru teknologi. Ibu suka betul dengan tugas tu. Apabila ada pertandingan bahan bantu mengajar (BBM) ibu turut sibuk membantu teman2 yang ditugaskan menyediakan bahan. Tolong sikit2 aje. Kalau teman2 tu lelaki, siaplah ibu kena tolong daripada A sampai Z. Kita yang menjadi panik nak mengejar dateline, member relaks aje. Itulah kelebihan kaum Adam, tak gentar dengan ugutan.
Walaupun terpaksa bersengkang mata tapi seronok melihat hasilnya. Ibu bertuah kerana anak2 ibu berbakat juga jadi banyak kerja ibu mereka bantu. Kak long yang selalu jadi mangsa. Apapun kredit patut ibu berikan kepada mr hubby kerana beliau sentiasa ada andai ibu memerlukan bantuan. Tak pernah merungutpun. Suatu ketika, berhari2 ibu pulang lewat malam dari sekolah kerana menyiapkan bahan untuk pertandingan. Anak2 jadi peneman manakala suami membereskan tugas di rumah. Special delivery untuk lunch dan dinner oleh suami yang dikasihi. Mana nak dapat layanan istimewa macam ni ? Itulah keluhan teman2 yang selalu menumpang ration ibu.
Oklah.....memori indah ni, ibu nak share dengan permata hati. Ibu tahu mereka akan dapat mengingati saat2 itu andai mereka membaca entri ibu kali ini.
Esok ibu nak berpuasa sunat jadi nak zzzzzzz.... Cukuplah untuk malam ini. Selamat malam permata hati......