Alhamdulillah baharu sahaja selesai rutin untuk hari ini. Jam di dinding dah pukul 11 malam. Sebelum ibu masuk tidur selalunya ibu pastikan anak, suami dan cucu kesayangan sudah ready untuk tidur. Yang sukar diuruskan sudah tentulah Haziq, cucu ibu. Sebelum tidur dah tukarkan pakaian tidur dan pampers . Susu 2 botol. Makciknya panggil berulang kali baru dia naik atas katil. Silap-silap tak tidur juga. Sebab musababnya????? Ada 'bekalan baru' dalam pampers. Haziq suka membuang pada waktu malam. Kalau makcik baik hati, relakslah neneknya. Kalau tidak neneklah kena uruskan.
Rutin rumahtangga taklah berat manapun tetapi memerlukan komitmen . Tak mahu buatpun tak menjadi problem. Tapi bagi ibu peranan ibu penting untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Melihat suami tenang dan anak-anak gembira apabila berada di rumah, ibu rasa cukup bahagia.Dah tak perlu dah mencari kebahagiaan di luar sana. Bayangkan segala keperluan mereka dah tersedia, rumah sentiasa kemas dan bersih. Biarlah letih sedikit asalkan semua terurus.
Cuma mereka kena tahan telinga sikitlah sebab ibu suka berleter. Bukanlah perfectionist tetapi mahu mendidik. Ibu dapat lihat kesannya. Permata hati yang telah berumahtangga pandai mengurus rumahtangga mereka. Alhamdulillah....syukur ya Allah.....
Ibu mahu permata hati faham dan mengerti ungkapan " rumahku syurgaku " sebenar2nya. Betapa kasih sayang dalam sesebuah rumah itu akan membawa keberkatan kepada penghuninya. Ibu juga mahu mereka tahu betapa dalam hati ibu ada posisi untuk setiap orang. Rasa saling mengharap di antara ahli keluarga akan menyemarakkan kasih sayang . Walaupun dah berpuluh tahun hidup dalam sebuah rumah yang sama, kita masih rasa rindu apabila berpisah dan sentiasa berkira2 untuk bertemu segera.
Emo pula ibu.... Sekadar luahan hati ajee...
Sudah jauh malam. Ibu juga perlu rehat yang cukup untuk meneruskan kehidupan esok. Mudah-mudahan Allah mengizinkan pertemuan kita esok..insha allah.
Untuk renungan permata hati , ibu titipkan maksud ayat daripada surah Al-Araf ayat 34 :
Dan bagi setiap umat ada ajalnya (masa kehancurannya) . Apabila ajal itu sudah datang tidak dapat mereka meminta dikemudiankan atau didahulukan walau sesaatpun.
Selamat malam permata hati........


No comments:
Post a Comment