Alhamdulillah bertemu kembali di alam maya.... Lama benar tidak update entri. Sibuk? Tak juga. Malas? Mungkin. Pagi ni terasa keheningannya ditemani lagu2 dari sinar fm melalui radio karat ibu. Pagi ni terasa bosan. Bosan dengan banyak benda. Tapi tak jelas. Nasib baik ada hubby yang baik hati. Sentiasa buat ibu gembira . Pagi2 beliau dah keluar untuk membeli sarapan apabila terpacul dari mulut ibu, " Malaslah nak buat sarapan pagi ni".
Ketika ini ibu masih melekap di kusyen empuk hadiah kak long masa dia balik hari tu. Terima kasih kak long. Ibu dah lama nak belikan kusyen ni untuk hubby tapi harganya dasyat!!!!! Lari daripada bajet ibu. Jadi terpaksa tinggal jadi impian aje. Masa kak long pulang hari tu ibu ada bercerita kepadanya keinginan ibu. Malam tu kusyen tu dibelinya. Waktu kusyen tu sampai, ibu dah tidur awal. Itu kisah kusyen.
Aya dan anak buahnya masih enak dibuai mimpi. Lepas solat subuh tidur balik anak bongsu ibu ni. Hari ni off day aya lagi. Hubby dah keluar ke pasar. Nak minta ibu buatkan hidangan kegemarannya. Ibu angguk aje. Issyyyy.....lagu2 di sinar fm ni mendayu2 pula....bosan....bosan lagi...
Oklah tak boleh layan perasaan ni. Jom kita ke laman rumah ibu. Tengok bunga2 Jepun yang comel mula berkembang. Seronok tengok pelbagai warna bunga tu.
Kasih saudara semasa ada, kasih ayah sepanjang hayat, kasih ibu membawa ke syurga.
Sunday, 3 February 2013
Keliru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment