Allah memberi walaupun kita tak pernah meminta. Ini menunjukkan Allah memberi tanpa perlu menunggu kita minta dan tidak minta dibalas. Allah tak mahu apa2 manfaat drp hambaNya. Kita berhutang kepada Allah paling banyak tetapi Allah tidak menarik balik pemberian itu. Allah memberi berulang-ulang. Proses pernafasan,proses perkumuhan dan jantung kita terus mengepam darah dalam badan kita. Allah terus mengatur alam ini tanpa tidur. Malulah kita sebagai hamba-Nya.
Dalam hidup ini kita perlu meniru hidup orang yang berjaya. Muhammadlah manusia yang paling berjaya. Rasulullah contoh yang terbaik untuk kita. Dalam hidup ini kita kena banyak memberi. Ikut logik manusia apabila memberi akan berkurangan. Bersedekah tidak akan membuat kita papa. Itu sabda rasulullah. Allah gandakan harta kita apabila kita memberi. Ini ketara. Allah juga memberi dalam bentuk tidak ketara. Kita memberi harta, Allah beri kita kesihatan. Insyaallah Allah balas dengan mengurniakan anak2soleh, isteri lembut dan baik kepada kita.
Jangan mengharap kepada ucapan terima kasih apabila memberi kerana Allah akan membalasnya. Andai menanti jua, alamatnya tidak ramai orang yang akan memberi.
Rumahtangga dibina dengan cinta,kasih sayang, rindu dan tanggung jawab. Apabila suami menunaikan peranannya dan isteri pula menjalankan peranannya maka hak masing2 akan tertunai dan diperoleh. Tetapi dalam realitinya sebaliknya pula . Sang suami menuntut haknya. Sang isteri juga menuntut haknya. Apabila kita asyik memikirkan hak kita , itu pertanda kita kurang berkasih sayang. Love is a verb not a word, itu tangapan orang lelaki.
Sayang tetapi tidak suka menunjuknya. Pesanan kepada sang suami, lontarkanlah sekali sekala kata2 sayang itu seperti suruhan nabi kepada sahabatnya suatu ketika.
Kena tambah ilmu dan kena mujahadah kalau nak jadi baik. Setiap yang rasulullah lakukan merupakan contoh yang baik. Hati pemaaf, pakaian sopan dan banyak lagi perbuatan baik.
Selagi berada dalam dunia kita tetap boleh memberi. Dalam bentuk doa dan material. Jadikan hidup ini bagai melakar pelangi.

No comments:
Post a Comment