Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan
adalah kepunyaanMu yang tiada sekutu bagiMu."
Tidak pernah terlintas dalam hati untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dalam waktu terdekat. Namun seperti insan lain, ibu sentiasa berdoa agar diberi peluang untuk ke sana sebelum menutupkan mata ini. Alhamdulillah Allah Maha Pengasih dan Maha Mendengar. Tarikh 11 JULAI 2012 tarikh keramat.
Ibu dan suami ditemani anak-anak berada awal di lapangan terbang. Semua anak ibu ada melainkan kak long dan familinya. Mereka menetap di utara jadi tidak dapat bersama kami. Walau bagaimanapun mereka telah pulang beberapa minggu terdahulu untuk bertemu kami.
Itulah amalan kami sekeluarga sejak dahulu. Sentiasa bersama jika ada peluang dan ruang. Itu yang membuatkan ibu sentiasa bersyukur kerana diberi peluang olehNya untuk menjadi suri dalam keluarga ini. Ibu sentiasa merindui saat-saat bersama mereka.
Anehnya, apabila berada di Tanah Suci yang jauhnya lebih kurang 6 hingga 7 ribu km perasaan itu tidak langsung mengganggu ibu.
Anehnya, apabila berada di Tanah Suci yang jauhnya lebih kurang 6 hingga 7 ribu km perasaan itu tidak langsung mengganggu ibu.
Sepanjang 12 hari di sana ibu dan suami menginap di bilik yang agak kondusif. Kami menjadi teman yang akrab. Ke mana sahaja, kami tetap bersama. Terasa jalinan kasih sayang kurniaan Illahi. Inilah hikmah dan barakah berada di Tanah Suci. Maklumlah sejak berstatus atuk dan nenek kami mempunyai kesibukan sendiri dan kadang-kadang alpa terhadap komitmen terhadap pasangan. Alhamdulillah. Di sini ibu berpeluang melunaskan komitmen ibu terhadap pasangan ibu.Doa ibu, mudah-mudahan ibu akan terus berbakti kepada lelaki ini yang bergelar suami.
Ketika berada di Makkah, suami ibu sering sakit-sakit. Tidak dapat diungkapkan betapa risaunya ibu. Kami tiada siapa-siapa di sini. Ibu anggap ini sebagai dugaan yang diberiNya. Ibu percaya dan yakin Allah tahu apa yang mampu ibu tanggung. Ibu berasa sangat bertuah kerana ada teman dan anak-anak yang sentiasa memantau keadaan kami . Walaupun jauh beribu kilometer namun kecanggihan teknologi banyak membantu.
Kepada teman,adik-adik dan anak-anak yang tidak putus-putus memberikan semangat dan doa, sekalung budi ibu hulurkan.Mudah-mudahan amal murni anda dibalas Allah.
Ada waktu-waktu apabila suami ibu kurang sihat dan tidak berupaya untuk berjalan ke Masjidil Haram maka ibu akan ke sana sendirian. Teringat ibu kepada sms kak long. " Ma.. hati-hati apabila sendirian ke masjid. Kat sana tak ada orang jahatkan ?" Itulah mungkin gambarannya tentang Tanah Suci. Persepsi insan yang belum pernah menjejakkan kaki di Tanah Suci.
Wahai permata hati, ibu berdoa agar anak-anak diberi rezeki supaya segera menjadi tetamuNya. Semogl dapat menghayati dan menikmati keindahan dan kesyahduan berada di tempat-tempat suci seperti Baitullah dan Raudhah. Menikmati laungan azan yang datang dari Masjidil Haram dan bacaan imam ketika solat benar-benar buat jiwa kita terusik.
Tiap kali lepas solat di Masjidil Haram, ibu tidak pernah melepaskan peluang untuk bera
da di anjung paras dua masjid. Melihat lautan manusia sedang mengerjakan tawaf mengelilingi Baitullah. Tidak dapat hendak ibu titipkan di sini perasaan setiap kali melihat rumah Allah ini. Baitullah yang menjadi kiblat kepada umat Islam di seluruh pelosok alam. Rasa hiba, sayu dan terasa sungguh kerdilnya diri ini.
da di anjung paras dua masjid. Melihat lautan manusia sedang mengerjakan tawaf mengelilingi Baitullah. Tidak dapat hendak ibu titipkan di sini perasaan setiap kali melihat rumah Allah ini. Baitullah yang menjadi kiblat kepada umat Islam di seluruh pelosok alam. Rasa hiba, sayu dan terasa sungguh kerdilnya diri ini.
"Ya Allah, aku terasa malu untuk
mengadapMu.. SudikahKau menerima aku sebagai tetamuMu Ya Allah..
Sudikah kau mengampunkan dosa yang kugalas ini.. Ya Allah ampunkanlah
dosaku, biarlah ianya sebesar zahrah.. sekalipun. .kerana hanya Engkau
yang maha pemurah lagi maha pengampun... "
Air mata ini tertumpah lagi.. entah bila akan kering mengalir..
Ketika bait-bait ayat ini ditulis hati masih meruntun merindui Baitullah. Perasaan membuak-buak untuk menatapnya lagi.
Momen-momen indah ketika berada di Madinah dan Makkah tidak mudah luput daripada ingatan ibu. Hanya insan yang berpeluang ke sana akan dapat merasakan
betapa
nikmat menjadi tetamuNya.
Keindahan Baitullah dan Masjidil haram tidak dapat ibu gambarkan dengan kata-kata. Cahaya yang meneranginya seakan kita tidak sedar akan siang dan malam. Masjidil haram seakan satu pesta meraikan tetamu Allah. Baitullah tidak pernah sunyi dari kunjungan hamba Allah yang bertawaf mengelilinginya.
betapa
nikmat menjadi tetamuNya.Keindahan Baitullah dan Masjidil haram tidak dapat ibu gambarkan dengan kata-kata. Cahaya yang meneranginya seakan kita tidak sedar akan siang dan malam. Masjidil haram seakan satu pesta meraikan tetamu Allah. Baitullah tidak pernah sunyi dari kunjungan hamba Allah yang bertawaf mengelilinginya.
Ibu titipkan sebahagian daripada doa selepas solat sunat Tawaf Wida.' .
Kesedihan yang tidak terungkap tika saat-saat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Baitullah memang meruntun setiap jiwa insan yang menjadi tetamuNya
"Ya Allah, bekalilah aku ini dengan afiat pada tubuhku,tetap menjaga agamaku, baikkanlah kepulanganku dan berilah aku taat setia padaMu selama-lamanya, selagi Engkau membiarkan aku hidup dan kumpulkanlah bagiku kebaikan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah,janganlah jadikan masaku ini masa terakhir bagiku dengan rumahMu."










No comments:
Post a Comment