Hari ini 24 Ogos , kak long dan anak-anaknya berangkat pulang ke Gerik. Mereka telah berada di sini selama lapan hari. Alhamdulillah. Gembira ibu walaupun letih melayan kerenah cucu-cucu.
Kak long , umi yang energetik. Tidak pernah duduk diam. Ada sahaja tempat yang hendak 'diterokai'. Asal sahaja ada penemannya, memandulah dia ke situ. Kata umi, dia bosan kalau seharian di rumah tanpa aktiviti. Ibu pula yang berasa lelah melihat kak long yang sentiasa sahaja merancang aktivitinya. Cucu-cucu ibu, Kak Eca dan Adik Aisya sangat rapat dengan pengasuh mereka yang dipanggil Kak Yani.
Kak Eca suka kepada aktiviti kraf tangan. Mungkin mewarisi minat umi. Entah berapa kali dia berkunjung ke kedai DIY di PD semata-semata untuk mendapatkan bahan bagi memenuhi minatnya.
Adik Aisya, si comel yang manja ni agak sensitif. Jika umi atau Kak Yani hilang sebentar daripada pandangannya, satu rumahlah suara esak tangisnya akan kedengaran. Ibu ucapkan terima kasih kepada permata hati kerana telah 'menghidupkan' suasana di rumah kami. Doa ibu agar kita dapat bertemu kembali pada cuti sekolah akan datang.
Kepada Kak Eca, nenek A ucapkan selamat belajar dan buat persediaan awal untuk peperiksaan akhir tahun ( umi, tolong sampaikan kepada Kak Eca ). Jangan lupa pesanan nenek A ketika kita berbual-bual tempoh hari. Apa pesan nenek A kepada Kak Eca ?
Kasih saudara semasa ada, kasih ayah sepanjang hayat, kasih ibu membawa ke syurga.



No comments:
Post a Comment