Hari ni dah masuk hari ke 4 ibu berada di rumah Aan di Bear Hill kat Melaka. Lama pula rasanya dah meninggalkan rumah ibu di PD. Suami ibu dan anak bongsu ibu yang ada di rumah tu. Waktu macam ni anak ibu bekerja. Jadi tinggallah suami ibu sendirian.
Hari ni suami ibu dah berjanji nak datang menjemput ibu pulang. Jadi pagi-pagi lagi ibu dah bereskan kerja rumah dan buat sarapan untuk Aan dan suami. Ibu ni suka mengemas dan memasak. Dulu masa permata hati kecil ,mereka suka makan. Tetapi apabila dah dewasa semua sibuk nak jaga body. Sebenarnya ibupun tak berani nak makan lebih-lebih. Maklumlah apabila usia dah meningkat ni metabolisma dah perlahan. Nanti banyaklah lemak yang terkumpul di kawasan-kawasan yang strategik.
Sekejap lagi ibu nak prepare lunch untuk mereka. Hari ni mereka berdua bertugas tengah hari nanti. Biarlah mereka lunch dahulu sebelum keluar rumah. Ibu rasa terkilan kalau permata hati keluar rumah tanpa alas perut. Sejak dahulu lagi kami telah dididik begitu oleh arwah emak. Tengok aje bagaimana adik-adik ibu melayan permata hati mereka. Sama macam ibu juga. Kami percaya air tangan ibu yang terbaik untuk permata hati.Macam selalu disebut orang; to win a man's heart is through his tummy.Ah macam tulah ibu baca. Tengok aje perut suami kami... Semua sudah maju ke hadapan........
Mudah-mudahan etika baik ini akan menjadi ikutan permata hati kami pula. Tetapi mungkin mereka menghadapi kekangan masa pula. Apapun ibu percaya dengan pepatah, kalau hendak seribu daya, tetapi kalau tak mahu buat seribu dalih....
Kasih saudara semasa ada, kasih ayah sepanjang hayat, kasih ibu membawa ke syurga.

No comments:
Post a Comment