Sejak dari pagi dah rasa tak sihat. Seluruh badan sakit-sakit. Hairan ya..sepatutnya bangun tidur terasa segar. Ini tidak... Tengah hari tadi keluar ke bandar dengan aya dan haziq. Beli groceries dan ke farmasi beli koyok. Koyok yang cooling tu ditampal di bahu yang sengal. Kesannya ...oklah. Lepas solat zuhur, terus melabuhkan badan di atas katil . Tak tahan... Kepala yang berdenyut entah kenapa menambah derita hari Ahad ni.
Mood ibu tak normal juga. Nasib baik ada penawar hati, sicilik haziq. Gelagat dia menghiburkan... Lepas solat isyak , membaca sambil mendengar ceramah dari radio Ikim.
Dari ruang tamu kedengaran suara aya mengajak ibu menonton siaran tv bersamanya. Mungkin dia bosan agaknya tiada siapa nak diajak berbual. Tak sampai hati,keluarlah ibu. Nasib baik ada siaran menarik - 'Kate n William tour in Malaysia.'
Semoga hari esok keadaan akan bertambah baik.
Kasih saudara semasa ada, kasih ayah sepanjang hayat, kasih ibu membawa ke syurga.

No comments:
Post a Comment