Pagi Jumaat yang nyaman.... Menikmati pagi Jumaat sambil mendengar celoteh berilmu 2 orang penyiar radio lkim. Suara penyiar yang lunak dan segar menyebabkan ibu terus melekat di sisi 'radio karat' ibu. Sambil menunggu siaran motivasi pagi, ibu baca buku yang bertajuk Antalogi orang berdosa - Dia memilihku. Antalogi yang mengandungi lima buah cerpen yang dipersembahkan dengan penuh rasa keinsafan atas peluang kedua yang diberikan TUHAN.
Demi masa, tajuk motivasi pagi ni. Masa itu adalah usia. Usia itu adalah amal. Segala apa yang dilakukan di dunia akan ada ganjarannya kelak. Andai kita tidak memburu masa manusia akan rugi. Setiap hari kita mesti ada pemikiran yang moving forward. Jangan buang masa. Ustaz penceramah membandingkan penduduk lslam di Perancis dengan kita di Malaysia. Bagaimana mereka tidak membuang masa khusus dalam aktiviti yang berbentuk lslamik. Daripada 65 juta penduduk negara itu lebih kurang 6 juta adalah lslam. Ini menggambarkan bagaimana proaktifnya mereka menarik orang lain untuk memeluk lslam.
Topik yang baik untuk jadi renungan pagi Jumaat ni.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran.
Sebagai mengambil iktibar daripada surah Al' Asr tersebut, ibu hentikan entri ini untuk menunaikan rutin pagi ibu sebagai suri..
Kepada permata hati salam Jumaat dan selamat menjalankan tugas.


No comments:
Post a Comment