Tugas seorang suri sentiasa dan berterusan menasihati suaminya. Mesti ada dua ciri penting ketika menasihatinya iaitu sabar dan kebijaksanaan. Selain daripada itu jangan lupa berdoa.
Dalam mencari pasangan, jadilah yang baik supaya dapat yang terbaik. Ikut pilihan orang yang baik. Gunakan cara yang terbaik.
Ingatlah Allah akan jaga kita, andai kita jaga-Nya.
Orang beriman sentiasa percaya bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya. Ishtikharah cara yang baik dalam menentukan pilihan daripada dua pilihan yang baik. Ketika itu sebenarnya kita menyerahkan segala2nya kepada Allah dan mengaku tika itu betapa lemahnya kita. Perlu juga mujahadah. Walaupun ia jawapan selepas kita ishtikharah tetapi dugaan dalam rumahtangga tetap ada. Di situ mujahadah penting.
Dalam rumah tangga andai ada iman maka akan ada kasih sayang. Hukum kasih sayang ialah beri kasih sayang dahulu barulah kita dapat kembali kasih sayang. Tandus kasih sayang kerana pasangan menunggu kasih sayang masing2.Ego merupakan penyebabnya. Lunturkan dan leburkan ego yang menebal itu. Hanya hati yang lunak dapat merasakan kasih sayang. Zikrullah penting untuk melunakkan hati. Justeru itu sentiasa amalkan zikrullah dalam rumah tangga kerana cara ini kita dapat merasakan betapa hampirnya kita dengan Pencipta yang maha esa.
Jaga solat kita kerana solat dapat melunakkan hati. Menjaga solat dalam erti kata menjaga waktu solat dan khusyuk dalam solat. Majlis ilmu juga ada kepentingan dalam rumah tangga. Membaca quran menghidupkan suasana rumah tangga. Amalkan membaca quran di kalangan ahli keluarga.
Makan bersama-sama dalam famili menimbulkan kasih sayang juga. Dalam kesibukan dan kesuntukan masa,kita perlu adakan ruang untuk makan bersama kerana ketika itu kita bertemu dengan pasangandan anak-anak.

No comments:
Post a Comment