Petang tadi call abah. Dah lama kami tak bertemu. Abah berjanji nak datang ke rumah ibu selepas maghrib. Adalah hal yang hendak kami bincangkan selain bertanya khabar.
Memang dah lama betul kami tak bersua. Beberapa hari lalu ibu call abah. Masa itu beliau sedang memandu ke Melaka. Jadi ibu rasa tidak begitu sesuai untuk berbual panjang. Jadi sekadar bertanya khabar sahaja.
Tak sangka pula dah tua-tua ni ibu masih rindu akan abah. Abah ibu ni garang orangnya tapi ibu tahu soft spotnya. Senang aje....
Berbalik kepada kisah abah nak datang lepas maghrib. Ibu segera tunaikan solat maghrib. Lepas tu cepat-cepat buka pintu . Risau nanti apabila beliau panggil kami tak dengar. Sementara itu ibu tunaikan solat sunat. Abah belum sampai lagi....... Ibu terus solat isyak. Ibu jengukkan kepala dari bilik. Ngak ada lagi.... Takpe tunggu....tunggu...bisik hati.
Lepas solat, ibu duduk di kerusi malas di luar sambil melayan Haziq. Merenung dada langit yang cerah dengan sinaran cahaya sang rembulan tetapi sayang tiada taburan bintang-bintang sebagai peneman. Malap....bagai hati ibu tika itu. Dingin malam memaksa ibu dan Haziq masuk ke dalam rumah. Jam di dinding dah pukul 10.
Takdelah tu.... suami ibu bersuara.
Sedih pula rasa hati ibu. Abah mungkir janji.....terpacul ayat itu.
Ibu pasti abah akan datang esok. Anak-anak kecil merajuk pasti ada yang akan memujuknya. Ibu merajuk ni siapa nak pujuk?????
Layan sendirilah........
Teringat pula kepada arwah mak. Al-Fatihah buat arwah......
Oh ibu
Jika engkau adalah matahari
Aku tak ingin datang malam hari
Jika engkau adalah embun
Aku ingin selalu pagi
Ibu
Derhakalah aku
Jika di telapak kakimu
Tidak aku temui syurga itu
( kumpulan puisi Papyrus - Fatin Hamama )
Selamat malam Permata Hati ♥♥♥7



No comments:
Post a Comment