Thursday, 13 December 2012

Suara hati

Dah lama tak update blog. Rasa tepu otak ni kerana tak dapat nak meluahkan apa yang terbuku . Alhamdulillah pagi ini ada masa sikit. Sambil-sambil mengemas rumah curi-curi menaip.

Sejak beberapa hari ni macam sibuk aje . Banyak pula kerja rumah yang perlu disiapkan. Mengganti langsir yang dah tergantung sejak raya dulu. Mengelap tingkap dan mengemas bilik anak-anak. Di bilik anak-anak cuma tukarkan cadar dan langsir dan polish perabot yang ada. Tu 'sampah' yang ada dalam drawer dan almari ibu tak usiklah. Takut2 ada yang penting atau mereka sayang. Ibu dah hint kepada mereka supaya sediakan masa luang untuk mengemas bersama ibu. Ibu beritahu mereka, ibu akan sediakan 3 kotak. Satu untuk rubbish nak simpan, satu untuk recycle dan satu untuk dibuang. Yang recycle tu bolehlah diberi kepada orang lain atau dijual kepada 'surat khabar lamaaaa'.

Sebenarnya ibu tak suka duduk aje sambil menonton tv atau membaca. Budaya kerja ni sejak ibu mengajar dulu. Dulu ibu guru home science . Dalam kehidupan harian ibu terbawa-bawa dengan ilmu home science tu. Di rumah ni tak adalah perabot atau hiasan yang mahal-mahal. Biasa aje tetapi ibu akan polish perabot ibu, mengganti sarung kusyen , alas meja atau langsir tanpa menunngu hari raya.  Tak perlu membeli yang baharu tetapi cukuplah sekadar mengganti dengan yang lama yang telah dibersihkan dan disimpan teliti.

Minggu ni ibu sibuk mengemas dalam kabinet dapur dan almari baju suami dan anak-anak. Tugas tu serampang dua mata. Selain mengemas dan menyusun , mana pakaian lama dan jarang dipakai ibu asingkan. Nanti bolehlah diberikan kepada yang memerlukan. Pakaian2 tu semua elok2 dan ada yang tag harga ada lagi. Itulah yang selalu buat ibu berleter. Membeli ikut nafsu bukan keperluan. Selalu ibu bisikkan di telinga anak-anak, " nanti malaikat persoal baru tahu". Itu task khas minggu ni. Selain tu tugas harian tetaplah macam biasa. Sambil menyelesaikan tugas-tugas tu, radio karat ibu tetap menjadi teman setia ibu. Sekarang ni ibu ada satu lagi gajet tambahan. Hari tu Aya belikan ibu mp3. Cucuk aje kat telinga dan klipkan di baju aje. Sambil mengemas sambil mendengar lagu2 kegemaran ibu atau surah2 pilihan. Lagi rancak bekerja....;-)

Hai....alangkah bahagianya hidup ni ya....... Syukur kepada Allah yang memberi kesempatan kepada ibu untuk menikmati kurniaan-Nya. Rugilah orang-orang yang nak makan gaji sehingga 60 tahun. Tetapi saku mereka bahagilah tak macam ibu yang terpaksa berpuas hati dengan pencen yang ada. Apa2pun syukran ya Allah.... masih sihat dan bahagia menikmati kehidupan ini dikelilingi insan tersayang.

Yang penting kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan-Nya. Apa sahaja ketentuan Ilahi kita kena redha dan jangan merungut  walaupun kekadang terbabas juga. Rahsia Allah tiada siapa yang boleh deny dan pertikai..

Ok...jom kita istiqamah dengan rutin kita. Ingat pesan bijak pandai....1/3 daripada masa kita untuk bekerja, 1/3 lagi untuk berehat dan 1/3 yang akhir untuk beribadah kepada -Nya...

No comments:

Post a Comment