Tuesday, 26 February 2013

Diari ibu

Waktu ni dah pukul 12.00 malam. Dah larut malam. Ibu yang masih belum lena. Suami  dah lama dibuai mimpi. Sayup-sayup kedengaran suara cucu ibu di bilik depan. Malam ni dia ditemani ibunya, aan. Makciknya, aya sedang berkursus di Putrajaya.
Ibu baru selesai mengemas dapur. Biasalah sebelum tidur, pastikan dapur sudah bersih. Tak suka bangun pagi nanti tengok dapur tak terurus. Sinki ada pinggan atau cawan tak dibasuh. Nanti mood negatif waktu pagi . Seharian nanti ibu jadi marah. Cerewetkan?
Sebenarnya ibu sakit pinggang ni. Pagi tadi masa nak mencuci pakaian, ibu terpijak hose washing machine. Apa lagi, terjatuhlah beb.... Dahlah jatuh, terentak pula di bahagian ponggong. Aduhai....macam nangka busuklah. Dah malam  ni baru terasa sengal. Itulah akibat kalau cuai. Entah2 sedang marah-marah....orang atas beri 'cash ' terus. Harap-harap tidaklah. Bercakap pasal ni, teringat kisah kelakar ibu dan suami puluhan tahun yang lalu. Masa tu kami dalam perjalanan nak ke Singapura. Ketika itu ibu menetap di Johor Bahru jadi seringlah ke Singapura. Waktu tu, ibu sedang bermasam muka dengan suami, Usia muda, cepat aje nak marah. Dosa pahala letak belakang.. Masa sedang marah tu, ibu mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Tiba-tiba lalulah sebuah kenderaan di sebelah ibu. Percikan air dari kenderaan tu 'menyimbah' muka ibu. Basah..... Busuk dan kotor.  Ibu cepat2 lap dengan tisu. Sempat menjeling ke arah suami. Dia buat tak tahu aje.. Malunya ibu...
Derhaka kat suami.... Dapat cash juga. Sebenarnya suamipun menjadi penyebab untuk isteri jadi derhaka. Jadi suami kena buat sesuatu untuk mengelak isteri dari terus menderhaka terhadap mereka. Nanti penat buat amal murni  tetapi tak dapat cium bau syurga.
Oklah permata hati ibu, ibu mahu berehat setelah seharian menunaikan tanggungjawab kepada keluarga dan komitmen kepada orang lain. Semoga kita dalam lindungan-Nya. Selamat malam.......♥♥♥♥♥♥

Monday, 25 February 2013

Diari ibu

Semalam 24 Februari 2013 merupakan hari bahagia buat anak saudara ibu. Seronok berkumpul bersama adik-adik ibu dan anak-anak saudara serta rakan taulan. Saat yang jarang-jarang diperolehi.
Majlis di pihak pengantin perempuan berlangsung dengan meriah. Yang ibu kagum ialah majlis diadakan begitu teratur. Kami rasa cukup selesa walaupun terpaksa menghabiskan hampir seharian di situ. Ditambah dengan cuaca yang sangat panas. Keramahan tuan rumah beserta penduduk di situ membuatkan hati ibu tersentuh.
Majlis akad nikah merupakan kemuncak sesuatu majlis perkahwinan. Nak tengok betapa panik pengantin lelaki menanti untuk akad nikah. Aizat,anak saudara ibu ni memang terkenal dengan paniknya di kalangan kami. Peluh sentiasa membasahi dahi dan hidung. Kami asyik memerhatikannya dari jauh. Sesekali nampak dia mengelap peluhnya. Bukan dengan tisu atau sapu tangan tapi dengan tuala. Tok imam yang segak berbaju melayu coklat cukup bijak mententeramkan keadaan. Dengan suaranya yang lembut bagai seorang ayah yang sedang memberi nasihat terkesan di hati sesiapa yang mendengar. Keadaan menjadi sunyi sepi. Semua yang hadir senyap menghayati nasihat beliau yang berupa khutbah nikah. 'Pengantin yang sudah veteran' termenung jauh mungkin sedang membandingkan perjalanan  rumahtangga mereka dengan apa yang disampaikan oleh tok imam.
Mungkin ada yang hairan dengan tindakan ibu yang all out memberi kerjasama dalam persiapan kenduri anak saudara ibu ini. Ibu tahu permata hati ibu juga kurang selesa dengan tindakan ibu ini. Malah anak2 saudara ibu turut hairan dan rasa bersalah. Tapi ibu percaya dan yakin dengan taufik dan hidayah dari-Nya. Kalau kita sentiasa berdoa untuk mendapat petunjuk serta bantuan-Nya dalam mengendalikan hati kita, insyaallah Allah tak pernah mengecewakan. Benarlah nasihat ustazah Hafizah, kita uruskan kehidupan kita untuk bekalan mati kita.
Kita tidak boleh berbangga dengan apa sahaja kebaikan yang telah kita lakukan kerana tanpa redha-Nya tak jadi semua itu. Sebab itu Rasullullah  berpesan kepada Mua'az r.a. ;
"Wahai Mua'az, demi Allah bahawa saya kasihkan engkau. Saya berpesan kepadamu jangan kamu tinggalkan membaca doa ini setiap kali selepas solat."
Doanya bermaksud : Ya Allah,bantulah aku dalam mengingati-Mu dan bersyukur kepada-Mu serta melakukan ibadat yang terbaik kerana-Mu.

Doa ini juga yang dianjurkan kepada kita untuk dibaca selepas solat.

Kepada anak saudara ibu yang telahpun bergelar suami serta pasanganya Raihanna, ibu harap akan melayari bahtera kehidupan dengan mentaati perintah-Nya dan mengikut sunnah2 junjungan yang kita kasihi.
Selamat pengantin baru.........

Thursday, 21 February 2013

Pesanan untuk diri.....

Berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w berpesan :
1. Sebarkanlah salam
2. Perkuatkan silaturahim
3. Kasihanilah golongan fakir miskin
4. Jangan tinggalkan solat malam

Tujuan pesanan ini supaya umat Islam terus bersatu.
Masa kini tiada kesatuan ummah kerana ketakwaan yang lemah kepada Allah dan mengabaikan perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya.

( hasil bacaan sementara menanti azan subuh )

Tuesday, 19 February 2013

Diari ibu

Salam sayang buat permata hati ibu layangkan melalui alam maya. Cukup lama rasanya tidak menulis di blog ni. Rindu sangat tapi apakan daya ada komitmen yang lebih penting perlu ibu selesaikan.
Maca-macam peristiwa yang berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ni. Yang paling penting sekarang adalah memberi tumpuan kepada kenduri walimatulurus anak mak uda yang akan berlangsung pada 2 Mac. Tumpuan kami adik-beradik ketika ini adalah membantu beliau mengendalikan majlis tersebut. 24 Februari ni angah Aizat akan menamatkan zaman bujangnya. Kahwin dah angah ya......... Persiapan barang hantaran telah kak long saliza siapkan. Cuma sehari sebelum majlis ibu minta menantu ibu, Yana tolong buatkan sirih junjung dan betulkan yang mana perlu. Ibu boleh juga  buat tu semua tapi sengaja mahu semua ahli keluarga terlibat. Empowerment itu penting juga selain team work.
Ibu dengan bantuan aan dan aya dah siapkan buah tangan untuk tetamu dan rossettes untuk orang pangkal. Tak sangka juga ya, aan kreatif. Dengan keadaan yang pening dan mual dapat juga dia bantu ibu. Alhamdulilah.
Hubby ibu memantau aje. Tugas beliau lebih penting pada hari langsung nanti. Ketua chef tau....... Ibu tahu bukan mudah untuk mengendalikan hidangan untuk seribu tetamu. Tetapi ibu yakin dengan kerjasama jiran dan kawan-kawan insyaallah pasti tugas menjadi mudah.
Mak uda dan anak2nya juga tak menang tangan sejak sebulan lalu. Atas dasar perihatin ibu menghulurkan pertolongan. Kesian bakal pengantin yang terpaksa ke sana ke sini . Kini kebanyakan tugas2 besar sudah hampir beres. Hanya menanti harinya aje. Pesan ibu kepada adik dan anak2 saudara agar sentiasa memanjatkan doa kepada Ilahi memohon dipermudahkan segala tugas dan diberikan kesihatan dan keselamatan.

Ok ibu tinggalkan permata hati dengan zikir yang Rasulullah berikan kepada puteri baginda , Aisyah R.A . Elok diamalkan pagi dan petang dalam kesibukan mengalas tanggungjawab harian.

"Wahai Rabb Yang Maha hidup, wahai Rabb Yang Maha berdiri sendiri dengan rahmatMu aku meminta pertolongan, perbaikilah segala keadaan dan urusanku dan jangan Engkau serahkan kepadaku meski sekejap mata sekalipun ( tanpa mendapat pertolongan dari-Mu )."

Sunday, 3 February 2013

Keliru

Alhamdulillah bertemu kembali di alam maya.... Lama benar tidak update entri. Sibuk? Tak juga. Malas? Mungkin. Pagi ni terasa keheningannya ditemani lagu2 dari sinar fm melalui radio karat ibu. Pagi ni terasa bosan. Bosan dengan banyak benda. Tapi tak jelas. Nasib baik ada hubby yang baik hati. Sentiasa buat ibu gembira . Pagi2 beliau dah keluar untuk membeli sarapan apabila terpacul dari mulut ibu, " Malaslah nak buat sarapan pagi ni".
Ketika ini ibu masih melekap di kusyen empuk hadiah kak long masa dia balik hari tu. Terima kasih kak long. Ibu dah lama nak belikan kusyen ni untuk hubby tapi harganya dasyat!!!!!  Lari daripada bajet ibu. Jadi terpaksa tinggal jadi impian aje. Masa kak long pulang hari tu ibu ada bercerita kepadanya keinginan ibu. Malam tu kusyen tu dibelinya. Waktu kusyen tu sampai, ibu dah tidur awal. Itu kisah kusyen.
Aya dan anak buahnya masih enak dibuai mimpi. Lepas solat subuh tidur balik anak bongsu ibu ni. Hari ni off day aya lagi. Hubby dah keluar ke pasar. Nak minta ibu buatkan hidangan kegemarannya. Ibu angguk aje. Issyyyy.....lagu2 di sinar fm ni mendayu2 pula....bosan....bosan lagi...
Oklah tak boleh layan perasaan ni. Jom kita ke laman rumah ibu. Tengok bunga2 Jepun yang comel mula berkembang. Seronok tengok pelbagai warna bunga tu.