Waktu ni dah pukul 12.00 malam. Dah larut malam. Ibu yang masih belum lena. Suami dah lama dibuai mimpi. Sayup-sayup kedengaran suara cucu ibu di bilik depan. Malam ni dia ditemani ibunya, aan. Makciknya, aya sedang berkursus di Putrajaya.
Ibu baru selesai mengemas dapur. Biasalah sebelum tidur, pastikan dapur sudah bersih. Tak suka bangun pagi nanti tengok dapur tak terurus. Sinki ada pinggan atau cawan tak dibasuh. Nanti mood negatif waktu pagi . Seharian nanti ibu jadi marah. Cerewetkan?
Sebenarnya ibu sakit pinggang ni. Pagi tadi masa nak mencuci pakaian, ibu terpijak hose washing machine. Apa lagi, terjatuhlah beb.... Dahlah jatuh, terentak pula di bahagian ponggong. Aduhai....macam nangka busuklah. Dah malam ni baru terasa sengal. Itulah akibat kalau cuai. Entah2 sedang marah-marah....orang atas beri 'cash ' terus. Harap-harap tidaklah. Bercakap pasal ni, teringat kisah kelakar ibu dan suami puluhan tahun yang lalu. Masa tu kami dalam perjalanan nak ke Singapura. Ketika itu ibu menetap di Johor Bahru jadi seringlah ke Singapura. Waktu tu, ibu sedang bermasam muka dengan suami, Usia muda, cepat aje nak marah. Dosa pahala letak belakang.. Masa sedang marah tu, ibu mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Tiba-tiba lalulah sebuah kenderaan di sebelah ibu. Percikan air dari kenderaan tu 'menyimbah' muka ibu. Basah..... Busuk dan kotor. Ibu cepat2 lap dengan tisu. Sempat menjeling ke arah suami. Dia buat tak tahu aje.. Malunya ibu...
Derhaka kat suami.... Dapat cash juga. Sebenarnya suamipun menjadi penyebab untuk isteri jadi derhaka. Jadi suami kena buat sesuatu untuk mengelak isteri dari terus menderhaka terhadap mereka. Nanti penat buat amal murni tetapi tak dapat cium bau syurga.
Oklah permata hati ibu, ibu mahu berehat setelah seharian menunaikan tanggungjawab kepada keluarga dan komitmen kepada orang lain. Semoga kita dalam lindungan-Nya. Selamat malam.......♥♥♥♥♥♥
Kasih saudara semasa ada, kasih ayah sepanjang hayat, kasih ibu membawa ke syurga.

No comments:
Post a Comment