Aslamualaikum dan selamat pagi.. Ibu baru pulang dari Gerik rumah anak sulung ibu . Kali terakhir ke sana last Jun. Kali ni tergerak nak pergi apabila kak long call kata kak eca demam. Mula-mula hati batu ni tak tercuitpun dengan cerita kak long tu tapi malam tu sebelum tidoq teringat pula kat mereka. Kesian cucu ibu. Cuti sekolah dan uminya sibuk tak dapat bercuti.
Pagi-pagi esoknya ,cepat-cepat suarakan kepada mr hubby tentang niat ibu untuk ziarah cucu di Gerik. Yang best about mr hubby ni, tak pernah menghampakan ibu. Boleh aje.... Apa lagi ibupun berkemas macam lipas kudung ( kenapa lipas kudung jadi perumpaan?) Mula-mula kemas rumah dulu. Itu wajib bagi ibu. Kemudian bereskan laundry. Kalau boleh,ibu tak mahu susahkan anak ibu yang tinggal di rumah tu. Kemudian masak lauk yang simple tapi kegemaran Aya, sambal ayam. Lepas tu pack barang untuk dibawa ke Gerik. Kalau bepergiaan dengan cucu, alamatnya barang-barang yang dibawa double daripada biasa. Dah siap kemas...kena tunggu Haziq bangun.. Sikenit ni bangunnya agak lewat terutama kalau kita nak keluar awal pagi. Macam dah jadi habit dia pula.
Macam tu macam ni, pukul 12.30 tgh baru kami bergerak. Cuaca agak panas. Alhamdulillah perjalanan agak smooth. Mr hubby dapat memandu dengan baik. Cucu pula tak meragam. Dia ni suka sight seeing. Kalau dalam kereta, suka memandang ke luar menikmati pemandangan. Tak perlu susu atau makanan. Cukuplah air Ribena . Neneknya, sekejap-kejap zzzzzz.... tapi most of the time jagalah. Kena temankan mr hubby yang memandu, nanti kalau dia terlena susah kami... Alhamdulillah jam 7 petang lebih kurang kami sudah berada di luar pagar rumah kak long.
Oklah nanti ibu ceritakan aktiviti kami di Gerik dalam entri lain. Pagi ni ada banyak house chore yang perlu dibereskan.
Kepada permata hati, selamat menikmati hujung minggu anda......






















