Rasulullah s.a.w bersabda, "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya".
Bahasa paling mudah ialah apabila kita bercerita tentang keburukan seseorang. Perbuatan ini sering kita lakukan apabila kita marah,jealous atau dah memang sikap yang datang dari jiwa keladak...
Dosa mengumpat hanya layak dimaafkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak memaafkan, dosa itu akan kekal dan bersedialah untuk menerima pembalasannya di akhirat. Ini part yang paling sukar... Andai individu yang diumpat tu ada berdekatan dapatlah kita approach dia nak minta maaf. Itupun kalau ada gut nak buat macam tu.. Ada orang berani buat tapi tak berani tanggung. Kalau orang yang diumpat di luar jangkauan. Macam mana tu???? Kadang2 apabila menonton tv, mulut sedap ajee menyusun ayat -ayat busuk mengata atau mencaci sesedap rasa selebriti atau mana2 individu yang terpacul di kaca tv. Bayangkan di akhirat nanti kita tercari-cari mereka untuk memohon kemaafan. Kalau tidakpun, tunggulah Allah balas perbuatan kita tu dengan mendedahkan keaiban kita kepada orang lain.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Hujarat, ayat 12,
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan
( supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagjan daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? ( Jika demikian keadaan mengumpat ) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. ( Oleh itu, patuhilah larangan yang tersebut ) dan bertakwalah kamu kepada ALLAH Penerima taubat lagi Maha Mengasihani."
Petikan daripada buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah :
Rasulullah s.a.w pernah ditanya, "Apakah kelakuan yang paling banyak dilakukan sehingga menyebabkan seseorang itu masuk ke syurga?"
" Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak."
Kemudian Rasulullah s.a.w ditanya lagi, "Apakah kelakuan yang menyebabkan seseorang itu masuk ke neraka ?
Rasulullah s.a.w menjawab, "Kejahatan mulut dan kemaluannya."
- Hadis riwayat al-Tirmizi.
Apa-apa yang ibu titipkan dalam entri ini sebenarnya untuk mengingatkan diri ibu dan juga permata hati . Walaupun kita jarang bersua kerana jarak dan kekangan masa, ibu yakin permata hati akan meluangkan masa untuk membaca dan mengambil ikhtibar daripada entri ibu ni..
Semoga kita sentiasa berpesan-pesan kepada kebaikan dan sentiasa melihat kekurangan diri agar dapat memperbaiki kelemahan. Insyaallah......
Selamat malam permata hati semoga lenamu dalam rahmat-Nya......


No comments:
Post a Comment