Baby Haris sudah berusia 32 hari. Bertambah chubby dan cerdik. Bondanya dan ibu sudah faham rutin tidurnya. Malam tadi baby Haris lambat tidur. Ini bermakna kamipun lewatlah tidur.
Sambil berbual -bual kami menonton tv Al Hijrah. Ada siaran langsung dari Masjidil Haram Makkah. Ketika itu waktu Isya di sana. Tiba-tiba rasa rindu menerjah ke jiwa ibu. Agaknya macam tulah perasaan nenek dan mak kita yang pernah ke sana. Masa remaja dahulu, ibu bosan kadang-kadang apabila mendengar arwah nenek dan arwah mak asyik bercerita tentang pengalaman mereka di sana. Kini ibu mengalami situasi yang sama. Walaupun sudah tiga kali berpeluang menjejakkan kaki ke sana namun rasa rindu untuk ke sana lagi meruntun jiwa ibu. Mudah-mudahan ibu diberi peluang untuk ke sana lagi, inshaallah.
Ketika baby Haris lena dalam dakapan ibu, jam sudah 1 pagi. Mata ibu tak mahu lelap. Macam-macam yang bermain dalam minda ibu. Biasalah title 'ibu' menjadikan kita individu yang bersemangat kental walaupun fizikal sudah mula menurun prestasinya.
Ibu teringat bait-bait ayat dari Ust Pahrol. Menurut beliau........
Memburu selain-Nya hanya akan mengecewakan. Pergilah setinggi puncak karier, rebutlah setinggi nama, carilah sebanyak harta, tanpa hati emas, kau hanya akan meninggikan tempat jatuh.
Hati emas ialah hati yang mengenal Allah dan jatuh cinta kepada-Nya. Hati itu dicipta oleh Allah dengan kemampuan "melihat" dan merasa sesuatu yang sangat seni dan maknawi sifatnya. ♥♥♥♥♥
Pandangan mata hati yang dapat menjangkau kebesaran Allah dan ' daerah-daerah' rohani yang tinggi. Seperti firman-Nya :
Ertinya : " Sesungguhnya bukan mata yang buta, tetai yang buta ialah hati yang ada dalam dada. "
( Surah al- Hajj 22:46 )
Sebenarnya ibu ni menonton siaran agama dari tv Al H5ijrah sambil menaip entri blog ibu ni. Tak mahu rugi . Mahu berada di salah satu 'taman2 syurga ' -majlis ilmu.........
Mudah-mudahan ada ilmu yang dapat ibu manfaatkan.
Selamat berhujung minggu untuk permata hati

No comments:
Post a Comment