Hati ibu berbunga gembira . Ketika ibu hendak menunaikan solat isyak semalam tiba -tiba fon ibu berdering. Panggilan daripada seseorang yang ibu kenal. Intipati perbualan kami bukan sekadar bertanya khabar tetapi mahu menyampaikan ucapan penghargaannya kepada ibu kerana telah melakukan sesuatu yang telah mendatangkan kebaikan kepadanya dan juga individu yang paling hampir dengannya. Wah....tika itu tersenyum malu sendirian. Ibu akui ketika itu dalam hati mengucapkan syukur kerana telah memberi kebahagiaan kepada orang lain. Usai aje perbualan itu, ibu menceritakan kepada mr hubby. Macam biasalah, expression mr hubby......cool... . Inilah kelebihan beliau tetapi kekadang menyakitkan hati.....
Apabila bersendirian terasa hati ini bergoncang. Kerana apa? Dah datanglah penyakit riak tu!!!!! Teringat akan kata-kata Dr Zairuddin.net ; satu kebaikan yang kita lakukan kadangkala akan menimbulkan banyak kemungkaran..
Hanya kita aje yang tahu apa sebenar yang ada dalam hati kita. Kita tak dapat menipu diri kita sendiri. Kita aje yang tahu samada perbuatan yang kita lakukan itu ikhlas atau sebaliknya.
Beristiqfarlah yang mampu ibu lakukan tika itu. Itulah kelemahan hamba-Mu Ya Allah. Terasa malu kepada diri sendiri. Susahnya nak jaga 'daging yang seketul' ni . Hati ialah tempat jatuh "pandangan" Allah. Justeru itu, untuk meraih kasih sayang Allah kenalah bekerja keras untuk mengurus hati ni .
Pesanan kepada permata hati.....
Perasaan RIAk akan menghapuskan semua amalan baik.
Jom kita teliti soal hati di dunia ni sebelum kita dinilai oleh Allah di sana.
Salam pagi Ahad ♡♡♡♡♡

No comments:
Post a Comment