Inilah hasil yang ibu peroleh selepas mendengar ceramah ustazah Norhafizah dalam slot Usrati di radio Ikim.......
Seorang ahli saikologis Inggeris menyatakan antara cara untuk menghilangkan rasa keluh kesah atau perasaan cemas adalah dengan cara menyendiri dan menuliskan segala kebimbangan masa depan dan menyenaraikan resolusi yang dapat diambil. Hasilnya 30 % hingga 40 % keresahan itu akan hilang. Wah.... ini mamat yang bukan beragama Islam membuat kajian.
Seorang ahli saikologis Inggeris menyatakan antara cara untuk menghilangkan rasa keluh kesah atau perasaan cemas adalah dengan cara menyendiri dan menuliskan segala kebimbangan masa depan dan menyenaraikan resolusi yang dapat diambil. Hasilnya 30 % hingga 40 % keresahan itu akan hilang. Wah.... ini mamat yang bukan beragama Islam membuat kajian.
Sebenarnya elok sekali sekala kita duduk bertafakur memahami takdir hidup kita. Bayangkan kembali zaman anak2 dulu. Di mana kita bersekolah, bagaimana kita bertemu jodoh dan peristiwa2 yang berlaku sepanjang usia kita hidup. Ketika bertafakur itu kita melihat dengan mata hati memperhalusi dan memahami perjalanan takdir yang Allah dah tentukan untuk kita.
Subhanallah...kita pasti tersenyum andai kita memahami takdir yang Allah dah tentukan untuk kita. Allah yang maha menentukan perjalanan hidup kita. Apabila kita halusi takdir itu sebenarnya memberi impak yang besar dan baik kepada hati dan kehidupan kita. Itupun bagi mereka yang benar2 yakin dengan takdir Allah. Janganlah kita memberi respons yang kurang baik atau kurang adab terhadap takdir yang telah ditentukan oleh Allah swt dengan cara menyesal atau terkilan dengan apa yang berlaku. Malahan tanpa kita sedar,kata2 yang kita tutur seperti kalau aku tahu, andainya atau kalaulah mengambarkan penyesalan kita kepada takdir yang berlaku.
Ketika bertafakur, kita melihat dengan mata hati. Ketika itu mungkin terlintas dalam hati persoalan mengapa nasib masih tidak menyebelahi kita....kita masih menghadapi masalah dengan anak2 atau masih rasa tidak tenang walaupun banyak amalan yang dibaik telah kita tunaikan. Ketika bertafakur dalam suasana yang tenang itu dapatlah kita halusi mungkin amalan yang dilakukan pengisiannya masih belum ampuh dan belum cukup ikhlas. Perlu buat koreksi. Sebenarnya gangguan2 yang hadir dalam proses ubudiah ni sangat baik untuk mengingatkan kita mungkin itu isyarat dari Allah supaya kita buat yang lebih baik kerana di sisi-Nya masih belum cukup baik. Barangkali Allah mahu kita letakkan harapan yang lebih tinggi kepada-Nya. Kita kena fikir adakah kualiti zikir kita atau doa kita itu telah kita hayati sepenuhnya.
Taubat yang sebenar2nya,istiqfar yang berterusan, kebaikan yang benar2 dilakukan dengan ikhlas dan musibah sebagai penyucian dosa2 merupakan terminal yang betul untuk kita masuk ke zon yang lebih baik dan memperoleh keredhaan-Nya . Subhanallah....ada laluan untuk kita perbaiki diri. Betapa Allah maha penyayang dan maha pengasih.
Apabila kita berpeluang merenung kembali kehidupan ini. Bayangkan 57 tahun kita sudah hidup ( itu usia ibulah). Allah kurniakan kasih sayang-Nya dan sentiasa melindungi kita. Betapa lemahnya kita sebagai manusia, kadang kala kita tidak dapat istiqamah tanpa izinNya. Banyak lagi yang tidak dapat kita buat tanpa pertolongan-Nya.
Allah, zat yang maha penyayang sentiasa mendekati kita dengan pelbagai cara. Melalui ujian2 yang diturunkan. Contoh melalui kesakitan . Tapi kita tetap lupa. Kita berusaha memakan pelbagai ubat2an. Kalau sembuh kita lupa nak bersyukur dengan nikmat-Nya. Ubat juga yang dapat nama..... Sebenarnya kalau kita sentiasa bertakwa dan yakin dengan apa yang berlaku ada hikmah yang Allah nak tunjuk atau beri. Di kala itu kita yang terasa lemah dan kerdil ni akan cepat2 mengingati-Nya dan menadah tangan ke hadrat-Nya memohon petunjuk dan hidayah agar dipermydahkan urusan.
Ibu titipkan doa yang baik dibaca setiap pagi.........
"Wahai Tuhan yang tetap hidup, yang kekal memerintah selama-lamanya, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perelokkan segala urusanku dan janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun sekelip mata."


No comments:
Post a Comment