Sunday, 30 September 2012

Kerana kasih

Ketika ini ibu berada di rumah ibu Haziq. Kami sampai sejam tadi. Dari rumah ibu lepas solat isyak. Macam biasalah....tujuan ibu ke sini semata-mata mahu Haziq berjumpa ayahnya.

Malam ni ayah Haziq kena buli nampaknya. Dua beranak tu masih di ruang tamu. Siayah melayan kerenah anaknya.... Nampaknya malam ni ibu dapatlah tidur lena.

Atuk M tinggal sendirian sehingga hari Selasa ni. Mesti dia gembira kerana tak perlu rebut remote control  Astro dengan cucunya. Lepas asar hari Selasa atuk M akan datang menjemput kami pulang. Insyaallah.

Ok...selamat malam.....

Friday, 28 September 2012

Diari ibu

Baru saje habis tugas-tugas di dapur. Untuk malam ni.... Walaupun ibu hanya berempat sahaja di rumah tetapi tugas ibu sama aje macam ibu-ibu yang lain. Sebenarnya ibu suka menyibukkan diri ibu. Apabila dah bersara ni minda dah 'free' memang rasa lega. Tapi biasalah....pabila dah berusia ni banyak pula yang difikirkan. Yang remehpun mahu difikirkan. Dulu ibu selalu nasihatkan arwah mak supaya jangan fikirkan perkara-perkara yang remeh-temeh. Sekarang ni giliran ibu pula...

Ibu memang dah lama tidak menjamah nasi. Nak kuruslah. Dulu berat ibu 70 kg. Wow!!!berat tu.... Anak lelaki ibu selalu usik ibu.... Cuba juga macam-macam cara nak kuruskan badan tetapi tak berjaya. Ada satu ketika ibu jatuh sakit. Demam aje pada mulanya tetapi berlarutan dengan kemunculan penyakit lain. Rupanya ibu alah dengan antibiotik
yang tertentu. Berat badan menurun agak drastik.

Selepas pulih sepenuhnya berat ibu 61 kg. Ibu gembiralah... Jadi berusaha untuk kurangkan berat badan sehingga kini 59 kg. Oklah tu.... Tapi makan nasi sikit aje waktu siang . Ibu tidaklah mengamalkan crash diet. Itu cari penyakit namanya. Ibu makan buah dan sayuran banyak. Tapi ais krim dan coklat tidak dapat ibu elak sampai sekarang. How can I resist ???

Sekarang ibu ada rejim diet baru..... Setiap pagi lepas solat, ibu minum shake yang mengandungi 2 scoop fibre, 2 scoop oats dan 2 scoop susu tepung kurang lemak dan air kosong.  Tengah hari nanti baru makan. Power juga shake tu... Sebenarnya ibu nak 'show off ' kat hubby ibu yang dah sedia boroi perutnya. Ibu nak beri beliau minum shake ni supaya berat badannya stabil kembali. Lagipun tak perlu susah-susah nak sediakan breakfast. Shake ni dah cukup nutrisinya. Not to worry.

Baru rasa relax lepas menaip ni. Inilah cara ibu melepaskan lelah dan kerungsingan. Oklah.....selamat malam permata hati...

Thursday, 27 September 2012

Diari ibu

Dah lama ibu tidak membaca secara serious. Malam ini berpeluang juga akhirnya. Sejak bersara ibu tidak berminat membaca buku-buku lain selain buku-buku bercorak agama.

Dulu semasa bertugas, ibu sentiasa bersedia menerima tugas sebagai guru perpustakaan. Setiap  waktu  free ibu sentiasa di perpustakaan. Buku...buku....buku dan buku.....  Bukanlah dapat membaca sangat tetapi mengemas buku-buku, membaikpulih buku-buku rosak dan menguruskan pinjaman buku-buku.

Saat yang paling menyeronokkan adalah ketika diminta  membuat pilihan buku-buku baru. Bayangkan dengan bajet  yang agak besar ibu akan berada seharian di kedai-kedai buku. Tak boleh membuat pembelian sembarangan kerana ada kriteria yang wajib dipatuhi. Susah juga sebenarnya tetapi tugas yang kita minati akan tetap kita laksanakan sebaik mungkin. Tak gitu?????? Passion....

Biasanya kebanyakan buku-buku baharu tu ibu sensor dulu. Sebenarnya buku-buku untuk perpustakaan sekolah yang dijual di pasaran tu telah melalui sesi tapisan yang dibuat oleh jawatankuasa yang dilantik. Ibu pernah juga berpeluang menyertai jawatan kuasa ni. Agak bosan juga tugas jawatan kuasa tu. Dalam jangka masa yang ditetapkan, kami ditempatkan di dalam sebuah  dewan dan diminta membaca dan meneliti ratusan buku yang telah diterbitkan. Bayangkan dari pagi hingga petang, membaca dan membuat penilaian!!!! Sebenarnya tugas tu amanah yang berat. Bayangkan andai terlepas di pasaran buku-buku yang tidak layak dibaca oleh anak-anak kita.........

Apapun tugas yang diamanahkan di bahu kita wajib kita laksanakan sebaik mungkin. Kepada permata hati, ibu berharap agar sentiasa menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggung jawab. Ingat....kita akan ditanya di sana nanti........

Oklah ibu nak teruskan membaca buku yang baru ibu beli ni... Nanti dalam entri lain ibu tulis tentang buku yang ibu baca ni iaitu Sirah as-Sayyidah Aisyah Ummu al-Mukminin.
Selamat malam....

Aktiviti orang bosan

Setiap hari di rumah adakalanya membosankan juga. Jadi hari ni ibu buat sesuatu yang mengembirakan hati ibu. Mula-mula ibu cat  kabinet tv dan meja konsol lama dengan warna putih. Wah!!! Bila dah siap cantik pula. Mesti kak long cemburu. Dia tu penggemar gaya Inggeris. Lps tu inai kuku kaki. Sejak berada di Makkah hari tu, ibu suka pula dengan aktivit ni. Cantikkan....

Wednesday, 26 September 2012

Kemaafan


Jam di dinding hampir pukul 12 malam. Malam ini sekali lagi ibu kena buli dengan cucu. Ibu boleh aje guna kuasa ibu  untuk memaksa Haziq tidur tetapi ibu enggan. Dia akan tidur dalam keadaan merajuk. Masa ibu kecil dulu, ibu tak suka dimarahi terutama ketika sedang menikmati rezeki. Rajuk ibu akan berpanjangan sehingga ke tempat tidur. Esoknya mood swing sebab tak cukup tidur. Tak dapat tidur lena kerana perasaan terganggu dek kena marah. Mulalah cari pasal dengan semua orang.
Eh....dasyat juga ibu ni.. Itu masa remaja.
Ibu mahu emosi cucu ibu stabil. Biarlah tumbesarannya sempurna agar apabila dewasa dia menjadi insan yang seimbang. Ibu tahu  samaada tidur Haziq berkualiti atau tidak apabila melihat reaksinya tika bangun.
Kalau dia bangun dengan senyuman manis sambil menyapa, "Hai sayang" , oklah tu. Tetapi kalau dia bangun dan sambung berbaring atas sofa dan terhambur kata-kata "Tak nak....tak nak... , cepat-cepatlah beredar sebelum 'garfunya' bergerak...
Kitapun perlu tidur dalam keadaan tenang agar dapat tidur yang berkualiti. Sebelum tidur pastikan kita sudah memaafkan -
♥ suami atau isteri
♥ semua orang di sekeliling kita
♥ diri sendiri
♥ dan tidak menyimpan dendam
Oklah....selamat malam..

Tuesday, 25 September 2012

Sekilas pandang orang bijak pandai .....

Pandangan bernas Ketua Pegawai Eksekutif Fajr Capital Limited - Iqbal Khan :

1. Istilah tanggung jawab sosial ( CSR )

2. Kita boleh belajar daripada sesiapa sahaja. Setiap interaksi sesama 
    manusia adalah peluang untuk belajar.

3. Kerja keras dan dapatkan keseimbangan dalam hidup.
     Ketika belajar perlu menjadi yang terbaik, jangan fikirkan jalan mudah
     untuk sampai ke destinasi seterusnya.

4. Jangan terlalu mengejar kebendaan dalam hidup tetapi kejarlah
      kecemerlangan.

5.  Hormati kedua ibu bapa. Rasa hormat tersebut membolehkan kita
      mendapat perkara terbaik dlam hidup kerana syurga dibawah tapak
      kaki ibu dandoa ayah adalah terbaik.
     Jangan adakan ruang untuk ibu bapa berkecil hati.

Monday, 24 September 2012

Sahabat atau teman

Dulu kita selalu seirama dalam nada, satu dalam langkah,
Bahagia dalam tangis....
Kini...tangis dan tawa adalah bingkai kenangan kita....
Dalam rindu yang terlarang...
Kebisuan menjadi raja saat ini.
Adakah kau tahu....
Seorang sahabat dalam nyanyian tangis...
Cuba memanggilmu....
Dalam hembusan angin yang gersang.....
Yang sukar menerobos hatimu yang lembut itu..
Masihkah kau ingat....
Nada-nada yang pernah kunyanyikan...
Saat dunia berpaling daripadamu...
Hanya satu ungkapan untukmu....
Aku selalu ada untukmu !!!

Sunday, 16 September 2012

Hujung Minggu.....

Sejak dari pagi dah rasa tak sihat. Seluruh badan sakit-sakit. Hairan ya..sepatutnya bangun tidur terasa segar. Ini tidak... Tengah hari tadi keluar ke bandar dengan aya dan haziq.  Beli groceries dan ke farmasi beli koyok. Koyok yang cooling tu ditampal di bahu yang sengal. Kesannya ...oklah. Lepas solat zuhur, terus melabuhkan badan di atas katil . Tak tahan... Kepala yang berdenyut entah kenapa menambah derita hari Ahad ni.
Mood ibu tak normal juga. Nasib baik ada penawar hati, sicilik haziq. Gelagat dia menghiburkan...  Lepas solat isyak , membaca  sambil mendengar ceramah dari radio Ikim.
Dari ruang tamu kedengaran suara aya mengajak ibu menonton siaran tv bersamanya. Mungkin dia bosan agaknya tiada siapa nak diajak berbual. Tak sampai hati,keluarlah ibu. Nasib baik ada siaran menarik - 'Kate n William tour in Malaysia.'
Semoga hari esok keadaan akan bertambah baik.

Thursday, 13 September 2012

Diari ibu


Petang tadi membersihkan taman ibu yang cenoni aje tu. Tapi penat juga. Tak siap juga kerana Haziq sibuk mengacau. Nampak gaya kena sambung esok petang pula.

Teman atau sahabat ???

Petang tadi mengemas buku-buku lama ibu. Sambil membelek terjumpa buku catatan ibu tentang persahabatan. Nak share dengan permata hati......

Friendship is like a tree. It is not measured by how tall it could be, but how deep the roots have grown.

Friends are like balloons, once you let them go, you can never bring them back. That is why l tied them tight in my heart.

Sahabat bukan hanya mereka yang telah berada lama di samping kita, tetapi mereka yang telah lama berada dalam hati kita.

Wednesday, 12 September 2012

Mata Oh Mata.......

Sudah larut malam ni.. Mengantuknya..... Mata oh mata.....tahan sekejap boleh tak ???  Cucu kesayangan masih segar-bugar . Dia dah cukup tidur siang tadi. Suami ibu sudah lama lena. Mungkin sedang diulit mimpi agaknya.
Insan yang bergelar suami ni bertuah ya..... Sampai waktu tidur,tidurlah mereka. Jika tiba waktu makan, mereka dijemput dan dilayan oleh sang isteri. Apabila wajah kusut masai petanda letih, segera isteri tersayang datang memicit-micit bahu.

Lelaki oh lelaki......ladang syurga untuk sang isteri . Kalau kena caranya !!!!!!
Apabila bercakap tentang lelaki, mesti berkaitan dengan seksualiti. Tetapi bagi ibu naluri mereka memerlukan yang lain juga daripada seorang wanita. Ada waktunya suami ni seperti anak kecil yang mahu dimanjakan. Pada waktu lain pula mahu dikasihi dan dipujuk rayu bagai seorang kekasih. Ada ketika bagai tuan besar....semua arahannya perlu diikuti. Hebat betul watak yang perlu dimainkan oleh wanita bergelar isteri.
" Behind every man' s success there is a woman ". Betulke kata-kata ni ? Kena tanya orang lelakilah......
Dah hilang pula rasa mengantuk.....

Tuesday, 11 September 2012

Diari ibu

Hari ni dah masuk hari ke 4 ibu berada di rumah Aan di Bear Hill kat Melaka. Lama pula rasanya dah meninggalkan rumah ibu di PD. Suami ibu dan anak bongsu ibu yang ada di rumah tu. Waktu macam ni anak ibu bekerja. Jadi tinggallah suami ibu sendirian.
Hari ni suami ibu dah berjanji nak datang menjemput ibu pulang. Jadi pagi-pagi lagi ibu dah bereskan kerja rumah dan buat sarapan untuk Aan dan suami. Ibu ni suka mengemas dan memasak. Dulu masa permata hati kecil ,mereka suka makan. Tetapi apabila dah dewasa semua sibuk nak jaga body. Sebenarnya ibupun tak berani nak makan lebih-lebih. Maklumlah apabila usia dah meningkat ni metabolisma dah perlahan. Nanti banyaklah lemak yang terkumpul di kawasan-kawasan yang strategik.
Sekejap lagi ibu nak prepare lunch untuk mereka. Hari ni mereka berdua bertugas tengah hari nanti. Biarlah mereka lunch dahulu sebelum keluar rumah. Ibu rasa terkilan kalau permata hati keluar rumah tanpa alas perut. Sejak dahulu lagi kami telah dididik begitu oleh arwah emak. Tengok aje bagaimana adik-adik ibu melayan permata hati mereka. Sama macam ibu juga. Kami percaya air tangan ibu yang terbaik untuk permata hati.Macam selalu disebut orang; to win a man's heart is through his tummy.Ah macam tulah ibu baca. Tengok aje perut suami kami... Semua sudah maju ke hadapan........
Mudah-mudahan etika baik ini akan menjadi ikutan permata hati kami pula. Tetapi mungkin mereka menghadapi kekangan masa pula. Apapun ibu percaya dengan pepatah, kalau hendak seribu daya, tetapi kalau tak mahu buat seribu dalih....

Sunday, 9 September 2012

Fwd: Hujung Minggu

---------- Forwarded message ----------
From: "Haziqa Haze" <adisahbintiharon@gmail.com>
Date: Sep 9, 2012 11:53 PM
Subject: Hujung Minggu
To: "Blogger" <cikguadisah.haron636@blogger.com>

Meluangkan masa pada hujung minggu bersama permata hati sesuatu yang mengujakan. Pagi tadi ibu ke nursery berhampiran rumah Aan. Ibu suka ke kedai tu sebab anak muda yang menguruskan nursery tu peramah dan tak lokek memberi panduan menjaga tanaman hiasan. Rizal, anak muda dari Sabah ni pandai mengambil hati pelanggannya.

Lepas tu kami menghabiskan masa bersama ronda-ronda di JJ. Selepas membeli barangan yang ibu perlukan kami singgah sekejap untuk mengisi perut yang sudah mula berkeroncong. Tengok aje gelagat cucu ibu.

Petang tadi sesi berkebun. Sebenarnya tak ada apa sangat yang hendak dilakukan. Ibu cuma membantu Aan menukar pasu tanamannya . Sicelik Haziq tu yang nampak berlebih-lebih.

Saturday, 8 September 2012

Misi Istimewa

Alhamdulillah..jadi juga kami bertandang ke rumah bakal besan mak uda. Niat yang baik beserta izin-Nya menjadikan semuanya berjalan lancar. Tengok aje gelagat pakcik dan makcik anak buah ibu...

Contoh terbaik : Pasangan bahagia

Tak sangka pula Pak Joe sudi bersama kami dalam majlis petang tadi. Gembira hati ibu bukan kepalang apabila melihat team work kami. Walaupun ini permulaan misi , jalinan kemesraan antara dua pihak jelas kelihatan. Bagi ibu secara peribadi, yang penting adalah kerjasama kami adik-beradik. Mungkin arwah mak akan gembira andainya beliau ada. Al-fatehah buat arwah.....

Sekejap lagi nak ke rumah bakal menantu mak uda. Ni buah tangan untuk tuan rumah. Dalam beg tu ada coklat. Oklah agaknya. Puas ibu fikirkan apa nak diberi ..... Alhamdulillah nasib baik ada permata hati. Dapat juga diajak berbincang. Brain storming siap.......

Misi makan-makan

2 orang hero ini dihantar untuk menghadiri jemputan jamuan Hari Raya mewakili ibu. Selesai masalah ibu.....

Diari Ibu

Hari ni Sabtu. Bagi orang yang bekerja sudah pasti gembira kerana hari ni hari cuti bagi mereka. Suri rumah macam ibu tidak ada istilah cuti. Malahan pada hujung minggu begini selalunya tugas bertambah. Hujung minggu anak-anak berkumpul dan kadangkala kita menerima kunjungan tetamu. Saat-saat begini memang menyeronokkan tetapi penat juga.

Hari ni ibu ada beberapa tugas yang perlu dilunaskan. Ada jemputan Hari Raya daripada teman di hujung taman perumahan ibu. Kalau ikutkan hati memang malas hendak pergi tetapi dah menjadi kewajipan memenuhi undangan, insyaallah terpaksa hadirlah nampaknya.

Lepas asar petang nanti dah berjanji dengan mak uda nak temankan dia bertandang ke rumah bakal menantu. Mesti seronok misi ni. Sisi yang tidak menarik tu apabila nak berbual nanti. Wah!!! Nak kena fikirkan topik yang menarik ni... Maklumlah kami belum pernah bertemu. Insyaallah semua akan berjalan dengan baik. Nak bina masjid....kan baik niat tu????

Friday, 7 September 2012

Diari Ibu

7 September, Jumaat - Alhamdulillah diberi nafas lagi oleh yang maha esa untuk meneruskan kehidupan. Pagi ini dah bangun seawal 4  pagi untuk menunaikan tanggung jawab. Bukan selalu dapat bangun awal. Niat memang dah pasang sejurus sebelum melelapkan mata tetapi kekadang hebat juga pengaruh musuh Allah ni. Masa bulan Ramadhan lalu, ok pula. Inilah dikatakan tingkatan iman. Kita ni insan yang lemah dan banyak kekurangan. Tetapi anihnya, nafsu banyak. Kepada-Nya ibu sentiasa memohon agar sentiasa diberi petunjuk serta hidayah.

Setakat jam 9.30 pagi ni, semua rutin ibu berjalan lancar . Sarapan dah buat, dalam rumah dah dibersihkan. Suraya anak bongsu ibu sudah ke tempat kerja. Hari ini dia berbaju kurung sebab ada majlis Hari Raya di pejabat. Wah!! Malam tadi, dah sibuk memilih baju apa nak pakai... Ibu yang jadi penasihatlah. Akhirnya ibu juga yang diminta mengosok bajunya. Hai...anak-anak..... Nasib baiklah ibu ni penyayang orangnya... Suami sudah bersarapan. Apa lagi lepas solat dhuha,macam biasa buat 'morning round' dialah. Tinggallah ibu keseorangan. Nasib baik ada alat canggih ini yang menjadi tumpuan ibu apabila keseorangan.

Sekejap lagi cucu ibu bangun. Dia ni tak boleh dikejutkan sembarangan. Nanti meragam. Tunggu sehingga dia terjaga sendiri dan menyapa ibu dengan tagline dia yang biasa tu "hai sayang" sambil tersenyum menampakkan barisan gigi susunya. Dialah penghibur hati ibu dan dialah juga yang selalu buat ibu hilang sabar. Sejak ibu dengar nasihat Dr  Mohaya yang mengatakan anak-anak kecil ni penghuni syurga dan kenapa kita mesti marah penghuni syurga ni , darjah kemarahan ibu dah turun banyak.

Oklah.....harapan dan doa ibu, semoga hari ini,Jumaat yang barakah ini akan terus melimpahkan rahmat dan hidayah kepada kita. Doa ibu semoga semua permata hati dipermudahkan dalam semua  urusan, insyaallah......