Dah lama ibu tidak membaca secara serious. Malam ini berpeluang juga akhirnya. Sejak bersara ibu tidak berminat membaca buku-buku lain selain buku-buku bercorak agama.
Dulu semasa bertugas, ibu sentiasa bersedia menerima tugas sebagai guru perpustakaan. Setiap waktu free ibu sentiasa di perpustakaan. Buku...buku....buku dan buku..... Bukanlah dapat membaca sangat tetapi mengemas buku-buku, membaikpulih buku-buku rosak dan menguruskan pinjaman buku-buku.
Saat yang paling menyeronokkan adalah ketika diminta membuat pilihan buku-buku baru. Bayangkan dengan bajet yang agak besar ibu akan berada seharian di kedai-kedai buku. Tak boleh membuat pembelian sembarangan kerana ada kriteria yang wajib dipatuhi. Susah juga sebenarnya tetapi tugas yang kita minati akan tetap kita laksanakan sebaik mungkin. Tak gitu?????? Passion....
Biasanya kebanyakan buku-buku baharu tu ibu sensor dulu. Sebenarnya buku-buku untuk perpustakaan sekolah yang dijual di pasaran tu telah melalui sesi tapisan yang dibuat oleh jawatankuasa yang dilantik. Ibu pernah juga berpeluang menyertai jawatan kuasa ni. Agak bosan juga tugas jawatan kuasa tu. Dalam jangka masa yang ditetapkan, kami ditempatkan di dalam sebuah dewan dan diminta membaca dan meneliti ratusan buku yang telah diterbitkan. Bayangkan dari pagi hingga petang, membaca dan membuat penilaian!!!! Sebenarnya tugas tu amanah yang berat. Bayangkan andai terlepas di pasaran buku-buku yang tidak layak dibaca oleh anak-anak kita.........
Apapun tugas yang diamanahkan di bahu kita wajib kita laksanakan sebaik mungkin. Kepada permata hati, ibu berharap agar sentiasa menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggung jawab. Ingat....kita akan ditanya di sana nanti........
Oklah ibu nak teruskan membaca buku yang baru ibu beli ni... Nanti dalam entri lain ibu tulis tentang buku yang ibu baca ni iaitu Sirah as-Sayyidah Aisyah Ummu al-Mukminin.
Selamat malam....

No comments:
Post a Comment