Sunday, 30 December 2012

Diari Ibu

Pagi tadi lepas solat sunat, tinjau-tinjau fb ibu. Beberapa hari ni agak sibuk dengan hal keluarga. Itulah fokus utama dalam kehidupan ibu. Fb tu sekadar penghibur rindu ketika berjauhan dengan permata hati. Mana info penting yang tak sempat nak baca, ibu simpan di time line. Jadi apabila berpeluang nanti ibu baca semula.
Pagi tadi lepas solat subuh, hujan lebat di tempat ibu. Apa lagi Mr hubby dan  2 orang anak ibu , masing2 tak keluar dari biliklah. Tinggallah ibu sendirian. Ibu luangkan sedikit masa membaca majalah Solusi yang baru Aya belikan. Dah beberapa hari ibu cari majalah tu di PD tapi tiada. Anak yang baik tak pernah menghampakan ibunya. Terima kasih daun keladi.....
Apabila cahaya matahari pagi sudah mula mencuri-curi masuk ke ruang tamu,ibu segera beredar untuk memulakan  tugas yang telah diamanahkan-Nya. Pening juga nak fikir apalah nak dihidangkan sebagai sarapan. Kalau ibu berdua, senang aje. Butter crackers memang kegemaran Haziq dan ibu. Sejak berangan nak slim ni ibu jarang menjamah makanan yang dikasifikasikan berat2.
Memikirkan Aan yang akan pulang ke Melaka, ibu buat keputusan untuk  menyediakan hidangan untuk lunch aje. Ternampak nenas  madu tergolek-golek dekat tepi kabinet dapur. Teringat pula Lan menantu ibu. Dia suka makan  pajeri nenas. Ok....kita masak pajeri nenas. Hidangan ni kalau tak silap ibu, berasal dari Johor. Agak kelasik tapi semua anak ibu suka. Alhamdulillah semua bahan yang diperlukan ada. Bersemangat ibu di dapur walaupun hanya bertemankan radio karat.
Sambil menunggu lauk tu merenih, ibu layan perasaan ibu. Teringat anak ibu, Mr Sailor. Ini lauk kegemarannya juga. Biasalah ibu..... Anak2 sentiasa dalam ingatan. Tak tahulah kaum bapa macam mana..... Ibu ni dikenali sebagai orang yang suka senyum dan ketawa sokmor. Tapi cembeng juga.
Suara gelak tawa Pak Nil dari radio karat ibu mengejutkan ibu dari lamunan. Rindu ni kata orang bijak pandai, mainan emosi. Tapi nak buat macam mana? Rindu tu lahir dari rasa kasih dan sayang. Kalau kita benci seseorang, adake kita nak rindu akan dia? Tiadalah jawabnya.
Dah siap pajeri ibu.... Nampak sedap dan menarik warnanya ( maklumlah guru masak....warna hidanganpun ambil kira;-)  )
Teringat pula udang dalam freezer. Hari tu minta suami belikan. Kononnya nak goreng masa Ayep dan Nurman ada. Tak sempat pula. Ibu ni kalau anak2 ada baru suka masak macam2 kerana tukang makannya ramai. Buat prawn fritters dengan tepung tempura. Bau udang kena goreng......yummy....
Tiba-tiba terpancul Aan dan abahnya. Senyum sampai ke telinga. Aan yang telah bersiap-siap ,ibu suruh bersarapan dahulu.
Hisssyyyy...mengancamlah pajeri nenas ma !!!  Senyum ibu mendengar komen Aan. Dia tak tahu macam mana emo ibu ketika menyiapkan lauk tu.. Alhamdulillah mereka tahu menghargai air tangan ibu. Pewittt.........permata hati, ibu bukan minta dipuji. Apapun ibu tahu permata hati semua telus dan berani. Tak main cakap belakang punya. Betul?????
Tak kisahlah tu semua. Yang penting bag ibu ketika meniti usia senja ni, berbahagia dan membahagiakan orang yang kita sayang adalah fokus ibu. Nak berjihad di luar sana tak mampu. Eloklah berjihad membentuk 'khalifah2 kecil' yang ada di sisi kita ni. Boleh jadi pencen kubur kita nanti ( ini tag line Dr Muhaya )  Bagi ibu, kaum hawa merupakan insan kerdil yang punya jiwa halus yang Allah jadikan tetapi punya aura luar biasa membentuk keluarga demi membantu memakmurkan bumi ini.

Thursday, 27 December 2012

Suka-Suka Aje

Petang tadi rumah ibu dikunjungi sepasang tetamu dari Kuala Lumpur. Sebagai tuan rumah, ibu layan mereka sebaik mungkin sebagai tanda syukur atas kesudian mereka bertandang ke teratak ibu.

Petang tadi ibu tinggal bertiga aje. Mr hubby, suami ibu yang sentiasa cool aje, Haziq, cucu ibu yang bijak dan tak takut dengan sesiapapun, dan yang pasti ibu yang selalu kelam-kabut takut sangat tetamu tak comfortable. Bayangkan ibu sibuk entertain tetamu, pada masa yang sama ke dapur menyediakan juadah dan pada ketika yang sama mata liar memerhatikan Haziq yang sedang' berusaha keras meraih perhatian 'tetamu. Keluar peluh jantan......

Kehadiran anak , menantu dan cucu2 buat ibu rasa secure dan relaks sedikit. Perhatian tetap diberikan kepada Haziq. Dia bercermin mata sambil berkasut tinggi kepunyaan tetamu. Wow....pandai tu balance badan dengan menggayakan kasut tinggi 3".  Gelagatnya yang selamba buat tetamu dan ibu leka memerhati sambil memberi komentar.

Terima kasih cucu2 ibu. Kehadiran kalian yang pada mulanya ditakuti akan mengganggu tetamu, rupa2nya menjadi penyelamat nenek A. Perbualan kami banyak berkisar tentang cucu2 ibu yang comel, gelagat mereka dan penjagaan mereka. Rasanya tiada  perbualan yang dimurkai-Nya. Alhamdulillah.....  Mudah2an kedatangan mereka membawa rahmat kepada  kami.
Tiada ruang untuk ibu curi2 pandang penampilan tamu ibu. Tak sempat nak bermonologpun....

Moral of the story............... sudah tentu permata hati sudah dapat membuat rumusannya.. Betullah tu.

Momen yang paling best..........
Selepas tetamu beredar..
Ibu terdengar komen Mr hubby, oklah tu ada rupa ( komen bersahaja dan ikhlas daripada 63 yrs old man).

Sedia maklum kepada siapa ditujukan kenyataan itu, ibu terus tersenyum sambil menjawab, Wow! Mesti ok kalau apresiasi datang dari seorang lelaki.

Lantunan suara ibu kuat tanpa ibu sedari. Mungkin kaget dengan komen Mr hubby.
Tiba2 ibu terdengar menantu ibu giggled happily dalam bilik.

Berakhir satu lagi episod kehidupan kurniaan llahi. Alhamdulillah ya Rabb......pemilik kehidupan ini.

Monday, 17 December 2012

Wanita berwatak muslimah

1.Penampilan .Allah melaknat wanita yang menipiskan atau mencukur bulu kening. Tiada  keberkatan atas perbuatan itu.

2. Berhiaslah untuk suami.Loceng kaki- Zaman jahiliah wanita pakai loceng kaki untuk menarik perhatian lelaki. Rujuk surah Nur. Boleh pakai rantai, cincin dan lain-lain.

3. Memakai bau-bauan. Ini  isu penting. Jangan pakai bau-bauan ketika keluar untuk merangsang orang lain . Sebaik2 wanita bauan2 yang mudah dibuang. Boleh memakai bauan tetapi tidak sampai menarik perhatian lelaki lain.

4. Bahagian dada wanita. Wanita yang mempunya dada yangbesar hendaklah melabuhkan tudungnya. Kaum lelaki mudah terpikat dengan bahagian tersebut. Surah an Nur ayat 30 Allah sudah menjelaskan tentang isu ini. Kerlingan mata seseorang hamba itu Allah sudah tahu.

5. Gigi wanita. Sunnah bersugi. Rasulullah menyuruh kita menjaga kebersihan gigi tetapi jangan diubahsuai seperti dikikir atau mengubah kejadian demi tujuan kecantikan semata-mata. Perbuatan ini dilaknati Allah.

6. Muka dan leher. Leher sebahagian daripada aurat. Tutuplah dengan tudung yang bukan jarang sehingga menampakkan warna kulit.

7. Berpakaian yang baik. Menutup aurat dan labuh serta warna yang sesuai. Senang cakap mengikut sunnahlah.. Tidaklah kita meniru gaya orang kafir.

Seorang muslimah sangat penting dijaga dengan baik. Seorang wanita yang rosak akidahnya,buruk imejnya akan rosaklah komunitinya. Jagalah wanita mengikut anjuran al-Quran dan sunnah.

Sunday, 16 December 2012

Di bawah langit-Mu

Sudah larut malam ni tapi ibu mahu merakamkan dua peristiwa yang berlaku siang tadi. Siang tadi ibu memenuhi dua jemputan kahwin. Penatnya tak terhingga walaupun hanya duduk jadi mem dalam kereta. Macam biasa, ibu jarang sendirian jika menghadiri majlis. Mesti sibuk cari teman . Hari ni ibu serta suami ditemani mak uda, adik ibu dan anaknya yang jadi pemandu..

Kami tuju ke destinasi yang paling hampir dahulu. Dekat dengan kampung ibu.  Macam biasalah apabila hadir ke majlis kahwin bertemulah kita dengan teman-teman sejawat ataupun jiran setaman. Yang tak close tu cukup sekadar senyuman atau  anggukan aje. Yang terlalu mesra tu , berboraklah sampai terlupa partner sebelah dah gelisah menanti.  Kebetulan..ibu bertemu dengan En. X ( bukan nama sebenar ) . Seorang yang bertanggung jawab menguruskan kampung di situ. Kebetulan memang ibu memerlukan khidmat beliau untuk membantu ibu menyelesaikan urusan keluarga. Sebenarnya ibu tidak begitu berkenan dengan perangainya. Mungkin ibu silap tapi suara hati ibu...... Pandangan matanya dan gesturenya  yang 'itchy' itu membuatkan ibu berhati-hati apabila berbual dengannya.

Selepas  menyampaikan hasrat hati kami berjanji untuk berjumpa di rumah ibu. Beliau meminta nombor telefon supaya mudah menghubungi ibu apabila beliau hendak datang nanti. Tanpa berfikir panjang, ibu terus menyerahkan nombor telefon ibu. Ketika makan, terfikir ibu...mengapa beri nombor telefon ibu kepada orang yang kita ragu2 dengan tingkah lakunya. Aduh....pening juga. Bayangkan kalau diganggu dengan panggilan gila atau sms merapu...
Nak tukar sim card baru? Tak boleh nanti anak-anak dan teman-teman perlu dimaklumkan.

Dalam perjalanan ke tempat kenduri yang ke dua, ibu beritahu mak uda tindakan tak cerdik tadi. Mak uda bisinglah kerana kami berdua ada instinct yang sama tentang Mr X. Lepas tu ibu tiba2 senyum. Baru check nombor fon ibu. Rupanya ibu tersilap beri nombor telefon. 3 digit terakhir tu terbalik. 937 atau 397 ? Itu selalu jadi problem ibu. Ibu beritahu mak uda. Kami berpandangan sambil ketawa berterusan tanpa menghiraukan pemandu dan penumpang di hadapan. Pengajaran untuk ibu.....alhamdulillah blessing in disguise. Kelemahan kadangkala memberi impak positif juga :-P:-P:-P:-P:-P

Tuan rumah majlis ke dua ni merupakan saudara ibu yang bau2 bacang aje tapi keluarga ibu rapat dengannya. Kami melalui zaman anak dara bersama-sama. Jadi banyak suka duka yang kami kongsi bersama. Kehidupannya semasa anak dara agak getir. Dia melunaskan semua tugas rumah tangga emak angkatnya. Di samping itu mengembala lembu kepunyaan keluarga tersebut. Walau bagaimanapun, kami sempat juga bergelak ketawa dan berkongsi 'majalah filem' yang kami curi2 baca. Kalau abah ibu nampak, pedih telinga kena jerkah... Dah dewasa baru sedar mengapa abah marah. Baca majalah yang tak akademik tu macam makan biskut kering.

Apabila ibu berumah tangga dan abah berpindah ke tempat baru, kami terpisah. Kesibukan ibu dengan tugas guru dan isteri menyebabkan ibu terus melupakannya. Sekali-sekala ada juga ibu dengar tentang dia daripada arwah mak. Selepas hampir 30 tahun terpisah ibu mendapat kad undangan dan panggilan telefon daripadanya.

Siang tadi ibu bertentang mata dengannya setelah begitu lama terpisah.
Riak wajahnya bersahaja. Dia menjerit kegirangan apabila terpandang wajah mak uda dan ibu. Kami berpelukan. Dalam pelukannya ibu rasa sebak dan sayu. Macam biasalah...menangis tapi under control. Yang hairannya dia tak sedihpun tapi ibu yang lebih2 pula. Semenjak ibu mendapat kad undangan hari tu, kisah sedih dia melalui kehidupan remajanya bermain di minda ibu. Mungkin dia sedang melalui saat - saat bahagia bersama keluarganya .
Bahagia setelah derita..... Alhamdulillah..

Kami berpisah dan berjanji untuk bertemu kembali. Mungkin pertemuan akan datang dapat mengungkap kembali memori silam.

Syukran ya Allah kerana sentiasa ada kasih- sayang daripada-Mu walaupun kita sebagai hamba-Nya selalu terlupa untuk memohon. Betapa Ya Rabb maha Pemberi. Tidak perlu hamba-Nya meminta-minta. Bayangkan kalau kita perlu sentiasa meminta baru Allah beri. Bayangkan aje sistem dalam badan kita ni...
Renungkanlah wahai permata hati...

Thursday, 13 December 2012

Suara hati

Dah lama tak update blog. Rasa tepu otak ni kerana tak dapat nak meluahkan apa yang terbuku . Alhamdulillah pagi ini ada masa sikit. Sambil-sambil mengemas rumah curi-curi menaip.

Sejak beberapa hari ni macam sibuk aje . Banyak pula kerja rumah yang perlu disiapkan. Mengganti langsir yang dah tergantung sejak raya dulu. Mengelap tingkap dan mengemas bilik anak-anak. Di bilik anak-anak cuma tukarkan cadar dan langsir dan polish perabot yang ada. Tu 'sampah' yang ada dalam drawer dan almari ibu tak usiklah. Takut2 ada yang penting atau mereka sayang. Ibu dah hint kepada mereka supaya sediakan masa luang untuk mengemas bersama ibu. Ibu beritahu mereka, ibu akan sediakan 3 kotak. Satu untuk rubbish nak simpan, satu untuk recycle dan satu untuk dibuang. Yang recycle tu bolehlah diberi kepada orang lain atau dijual kepada 'surat khabar lamaaaa'.

Sebenarnya ibu tak suka duduk aje sambil menonton tv atau membaca. Budaya kerja ni sejak ibu mengajar dulu. Dulu ibu guru home science . Dalam kehidupan harian ibu terbawa-bawa dengan ilmu home science tu. Di rumah ni tak adalah perabot atau hiasan yang mahal-mahal. Biasa aje tetapi ibu akan polish perabot ibu, mengganti sarung kusyen , alas meja atau langsir tanpa menunngu hari raya.  Tak perlu membeli yang baharu tetapi cukuplah sekadar mengganti dengan yang lama yang telah dibersihkan dan disimpan teliti.

Minggu ni ibu sibuk mengemas dalam kabinet dapur dan almari baju suami dan anak-anak. Tugas tu serampang dua mata. Selain mengemas dan menyusun , mana pakaian lama dan jarang dipakai ibu asingkan. Nanti bolehlah diberikan kepada yang memerlukan. Pakaian2 tu semua elok2 dan ada yang tag harga ada lagi. Itulah yang selalu buat ibu berleter. Membeli ikut nafsu bukan keperluan. Selalu ibu bisikkan di telinga anak-anak, " nanti malaikat persoal baru tahu". Itu task khas minggu ni. Selain tu tugas harian tetaplah macam biasa. Sambil menyelesaikan tugas-tugas tu, radio karat ibu tetap menjadi teman setia ibu. Sekarang ni ibu ada satu lagi gajet tambahan. Hari tu Aya belikan ibu mp3. Cucuk aje kat telinga dan klipkan di baju aje. Sambil mengemas sambil mendengar lagu2 kegemaran ibu atau surah2 pilihan. Lagi rancak bekerja....;-)

Hai....alangkah bahagianya hidup ni ya....... Syukur kepada Allah yang memberi kesempatan kepada ibu untuk menikmati kurniaan-Nya. Rugilah orang-orang yang nak makan gaji sehingga 60 tahun. Tetapi saku mereka bahagilah tak macam ibu yang terpaksa berpuas hati dengan pencen yang ada. Apa2pun syukran ya Allah.... masih sihat dan bahagia menikmati kehidupan ini dikelilingi insan tersayang.

Yang penting kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan-Nya. Apa sahaja ketentuan Ilahi kita kena redha dan jangan merungut  walaupun kekadang terbabas juga. Rahsia Allah tiada siapa yang boleh deny dan pertikai..

Ok...jom kita istiqamah dengan rutin kita. Ingat pesan bijak pandai....1/3 daripada masa kita untuk bekerja, 1/3 lagi untuk berehat dan 1/3 yang akhir untuk beribadah kepada -Nya...

Monday, 3 December 2012

Abah...Oh Abah.....

Petang tadi call abah. Dah lama kami tak bertemu. Abah berjanji nak datang ke rumah ibu selepas maghrib. Adalah hal yang hendak kami bincangkan selain bertanya khabar.

Memang dah lama betul kami tak bersua. Beberapa hari lalu ibu call abah. Masa itu beliau sedang memandu ke Melaka. Jadi ibu rasa tidak begitu sesuai untuk berbual panjang. Jadi sekadar bertanya khabar sahaja.

Tak sangka pula dah tua-tua ni ibu masih rindu akan abah. Abah ibu ni garang orangnya tapi ibu tahu soft spotnya. Senang aje....

Berbalik kepada kisah abah nak datang lepas maghrib. Ibu segera tunaikan solat maghrib. Lepas tu cepat-cepat buka pintu . Risau nanti apabila beliau panggil kami tak dengar. Sementara itu ibu tunaikan solat sunat. Abah belum sampai lagi....... Ibu terus solat isyak. Ibu jengukkan kepala dari bilik. Ngak ada lagi....  Takpe tunggu....tunggu...bisik hati.

Lepas solat, ibu duduk di kerusi malas di luar sambil melayan Haziq. Merenung dada langit yang cerah dengan sinaran cahaya sang rembulan tetapi sayang tiada taburan bintang-bintang sebagai peneman. Malap....bagai hati ibu tika itu. Dingin malam memaksa ibu dan Haziq masuk ke dalam rumah. Jam di dinding dah pukul 10.

Takdelah tu.... suami ibu bersuara.

Sedih pula rasa hati ibu. Abah mungkir janji.....terpacul ayat itu.
Ibu pasti abah akan datang esok. Anak-anak kecil merajuk pasti ada yang akan memujuknya. Ibu merajuk ni siapa nak pujuk?????
Layan sendirilah........

Teringat pula kepada arwah mak. Al-Fatihah buat arwah......

Oh ibu
Jika engkau adalah matahari
Aku tak ingin datang malam hari
Jika engkau adalah embun
Aku ingin selalu pagi
Ibu
Derhakalah aku
Jika di telapak kakimu
Tidak aku temui syurga itu

( kumpulan puisi Papyrus - Fatin Hamama )

Selamat malam Permata Hati ♥♥♥7

Sunday, 2 December 2012

Suka-suka aje......


Dulu aku pernah berharap jadi orang terpenting dalam hidupmu....
Kerana itu permintaan yang besar buatku.
Aku hanya berharap
Kelak saat kau melihatku
Di kala bertemu semula....
Kau akan tersenyum dan berkata, dialah orang yang pernah menyayangiku..
Pada tarikh ini, lambaian serta senyummu dapatku lihat kembali
Setelah terpisah begitu lama...

♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡

Berpuisilah pula waktu pagi-pagi ni....

Diari ibu

Pagi Jumaat yang nyaman.... Menikmati pagi Jumaat sambil mendengar celoteh berilmu 2 orang penyiar radio lkim. Suara penyiar yang lunak dan segar menyebabkan ibu terus melekat di sisi 'radio karat' ibu. Sambil menunggu siaran motivasi pagi, ibu baca buku yang bertajuk Antalogi orang berdosa - Dia memilihku. Antalogi yang mengandungi lima buah cerpen yang dipersembahkan dengan penuh rasa keinsafan atas peluang kedua yang diberikan TUHAN.

Demi masa, tajuk motivasi pagi ni. Masa itu adalah usia. Usia itu adalah amal. Segala apa yang dilakukan di dunia akan ada ganjarannya kelak. Andai kita tidak memburu masa manusia akan rugi. Setiap hari kita mesti ada pemikiran yang moving forward. Jangan buang masa. Ustaz penceramah membandingkan penduduk lslam di Perancis dengan kita di Malaysia. Bagaimana mereka tidak membuang masa khusus dalam aktiviti yang berbentuk lslamik. Daripada 65 juta penduduk negara itu lebih kurang 6 juta adalah lslam. Ini menggambarkan bagaimana proaktifnya mereka menarik orang lain untuk memeluk lslam.
Topik yang baik untuk jadi renungan pagi Jumaat ni.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran.

Sebagai mengambil iktibar daripada surah Al' Asr tersebut, ibu hentikan entri ini untuk menunaikan rutin pagi ibu sebagai suri..

Kepada permata hati salam Jumaat dan selamat menjalankan tugas.

Wednesday, 28 November 2012

Fwd: Cinta hati....


Cinta hati.......


636 Jalan Anggerik 8...di situlah terletak mahligai kasih ibu dan permata hati.  Sudah hampir 20 tahun menyulam kasih di teratak comel ini. Di sinilah gelak tawa, gurau senda dan tangisan kami diabadikan. Mungkin tika menatap entri ini permata hati ibu akan terbayang rentetan peristiwa yang sering berlaku sewaktu mereka masih dalam pelukan dan belaian ibu. Kini semuanya sudah dewasa dan jarang pulang kerana komitmen dan tanggung jawab.

Di setiap ruang ada aje kenangan. Tiap kali permata hati pulang, ruang istirehat ibu merupakan ruang paling popular. Mereka bercerita, bergurau senda dan kadangkala kami tidur bersama walaupun terpaksa bersesak-sesak.

Ada ruang tempat ibu letakkan ole-ole daripada permata hati. Yang paling 'hot' sudah pastilah fridge magnet tu. Permata hati aan.....yang pastinya awak sudah ada pesaing.... 
Satu lagi yang menjadi nadi ibu.. radio comel pemberian abang ngah. Pasti ada di mana ada ibu. 'Radio karat ma', itulah usikan permata hati.
Harapan ibu, andai ibu dijemput pulang ke kampung abadi kelak, teratak ini akan tetap menjadi titik pertemuan kasih sayang permata hati.
Pertama kali mahu memiliki rumah, ibu sudah berniat untuk mencari rumah yang berdekatan dengan mak dan abah. Memandangkan ibu anak perempuan yang sulung, ibu sudah bersedia untuk berkhidmat kepada kedua orang tua andai keadaan memerlukan. Alhamdulillah hasrat ibu tercapai. Setahun genap ibu dapat menguruskan keperluan arwah mak. Kini teratak comel ibu sering menjadi kunjungan adik-adik memandangkan abah sudah beristeri lagi....(macam sedih aje, ngapa tak tahu.....)
Entri hari ini, ibu mahu abadikan ruang-ruang kegemaran ibu dan permata hati. Tiada niat untuk menunjuk2 tetapi sekadar mahu membangkitkan nostalgia permata hati ibu.
There's no place like home.......
♥♥♥♥♥♥Home sweet home♥♥♥♥♥♥♥

Saturday, 24 November 2012

Aksi cucu-cucu semasa bercuti.....

Wednesday, 21 November 2012

Diari Ibu

"Ya Allah, jadikanlah hari ini hari yang terbaik untukku, tolonglah aku untuk mencintai-Mu dan beribadah dengan amal yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.
Ya Allah, jauhkanlah bala dan musibah dari kehidupanku, keluarga dan orang yang aku kasihi, selamatkan kami daripada kejahatan makhluk-Mu dan kurniakanlah segala kebaikan pada sepanjang hari ini.....
Amin.....

Doa popular yang kita baca setiap pagi sebagai permulaan hari.

Pagi ini, ibu dikejutkan oleh suami tersayang. Tidur awal malam tadi...bagai batang kayu....tak sedar langsung sampailah dikejutkan oleh suami. Alhamdulillah, diberi nafas kembali oleh-Nya. Andai ditidurkan terus.........

Petang semalam ibu sudah rasa kurang sihat tetapi buat tak tahu aje.... Anak-anak dan cucu-cucu ada yang sudah dihinggapi demam selsema. Penyakit ni mudah aje merebak. Orang Gerik yang bawa kuman ni......
( jangan marah ya...ibu bergurau aje..)

Menjelang malam rasa tak sihat bertambah teruk. Anak-anak yang baru pulang dari bercuti tidak ibu hiraukan sangat. Hasrat hati mahu meraikan mereka terpaksa dipendam. Sudah menjadi kebiasaan anak-anak ibu, ibu tidak boleh tidur dahulu daripada mereka. Apakan daya anak-anakku.....kesan ubat yang ibu ambil lebih dasyat.

Dalam keriuhan cucu ibu, ica,haziq dan adik aisya, ibu terlena dan terus lena..............

Sebenarnya ibu rasa menyesal yang amat sangat pagi ini. Banyak rutin harian yang ibu selalu buat sebelum tidur tidak dapat ibu tunaikan. Mudah-mudahan ibu tidak akan melakukan 'kesilapan' yang sama...insyaallah.

Monday, 19 November 2012

Diari Ibu

Sejak pagi hujan telah membasahi bumi. Dingin..... Macam biasa waktu begini ibu sibuk di dapur menyiapkan sarapan anak bongsu ibu yang akan keluar bekerja. Dia masih kurang sihat. Secawan teh panas dan sepiring kecil mi kerinting yang digoreng mengikut citarasanya menjadi hidangan pagi ni...

Sambil menunggu aya panaskan enjin keretanya, kami berbual tetapi bukanlah perbualan yang serious. Selalunya jenaka murahan yang ibu dan permata hati saje yang faham. Saat-saat begini sangat ibu hargai. Walaupun cuma beberapa minit tetapi impaknya hebat. Mereka akan happy sehingga lambaian terakhir. Pesanan akhir untuk permata hati selalunya berbunyi......hati-hati memandu......jangan marah-marah di jalan raya....

Hujan yang turun tanpa henti menyebabkan suami ibu tidak meneruskan rutin hariannya. Kesempatan yang ada ibu ambil untuk bersembang sambil menemani beliau bersarapan. Perbualan berkisar isu semasa disulami gelak tawa. Bukan mudah nak dapatkan momen ini.... lazimnya waktu-waktu begini ibu sibuk mengemas rumah dan mengurus cucu kesayangan ibu, Haziq. Suami pula, keluar buat morning roundnya atau ke pasar.

Benarlah kata-kata, setiap kejadian Allah ada hikmahnya.

Kepada permata hati yang bertugas ,ibu ucapkan selamat bertugas dan kepada permata hati yang sedang 'bercuti nun di sana.....' selamat bercuti dan jangan lupa oleh-olehnya ya......

Wednesday, 14 November 2012

Syukran Jazeelan

Alhamdulillah nikmat Allah tidak henti-henti ibu terima. Syukur ya Allah. Mudah-mudahan ibu  menerima segalanya seikhlas hati. Setiap kurniaan Allah tu ada hikmahnya. Ibu wajib redha dan sentiasa berbaik sangka dengan -Nya. Itu semua rahsia Allah. Yang penting kita perlu sentiasa istiqomah dalam membuat kebaikan. Ibu suka betul perkataan istiqomah tu.

Semalam merupakan antara hari yang paling sibuk buat ibu. Dari pagi menyiapkan rutin harian. Kemudian memasak untuk adik ipar yang tak sihat. Tekanan darah rendah !!!!! Dah berkali2 ibu sarankan agar dia cari suplemen yang sesuai selain dari makan menu yang sesuai. Mungkin terlalu sibuk menguruskan suami yang tak sihat selain kerja rumah menyebabkan dia ketepikan kesihatannya. Itulah pengorbanan seorang isteri dan ibu. Jadi ibu masakkan sup bayam merah dn sambal kerang. Dua hidangan ni rupanya menyebabkan anak2 keliur juga. Jadi masak pula untuk mereka.

Lepas solat zuhur, ibu ke hospital. Ziarah cucu baru..... Sebenarnya Ariff dah whats app foto baby baru sebelum tu. Ini buat ibu lagi teruja untuk menatapnya dari dekat. Riuh rendah suara anak2 dan cucu2 ibu di wad tu. Salutelah kat menantu ibu yang seorang ni. Relax aje keadaannya. Walaupun baru beberapa jam menyambung nyawa untuk membawa keluar seorang insan ke dunia. Hanya kami kaum wanita yang tahu  betapa 'perit'nya situasi itu. Cerita banyak2 tak boleh nanti ada orang takut nak berkahwin dan beranak.

Oklah ....nanti ibu akan menulis lagi tetapi sekarang terpaksa hentikan entri ni kerana terpaksa ke dapur. Kepada permata hati, selamat bertugas dan jangan lupa petang nanti baca doa akhir tahun.

Sunday, 11 November 2012

Rahmat dan kecintaan Allah kepada sebuah rumahtangga

Tanda2 Allah merahmati dan meredhai sesebuah rumahtangga

Ada suasana tauhid dan iklim zikrullah. Sesiapa mengingati Allah menandakan jiwa kita hidup. Signal daripada Allah untuk kita mendekatkan diri kita kepada-Nya. Contoh apabila kita lapar menandakan kita perlu berusaha mencari makanan.Itu signal fizikal. Jika jiwa rasa risau dan gundah, itu signal rohani daripada Allah.  Roh perlu makanan dan makanannya ialah zikrullah.

Jangan bawa semua masalah atau dosa2 semalam  kepada hari ini dan seterusnya. Setiap hari perlu ada perasaan segar menghadapi hari baru dan mengadap Allah untuk menghindari rasa susah hati . Siang dan malam Allah menanti manusia memohon keampunan-Nya kerana Allah tahu hamba-Nya tidak dapat hidup dengan beban dosa semalam.

Setiap hari yang baru kita menyambutnya dengan penuh keinsafan dan permohonan ampun daripada Allah. Melihat masa depan dengan cahaya Allah dan sentiasa berpegang kepada tali Allah. Di antara  konsep utama kehidupan adalah menyedari kesalahan diri. Pada saat2 kita menyedari dosa2 kita terhadap Allah dan insan lain  maka itulah saat2 yang paling membahagiakan. Andainya kita berbuat salah dengan insan lain maka perlu memohon kemaafan daripadanya. Jika tidak bertemu atau sukar mencarinya maka buatlah banyak kebaikan dan niatkan pahala dari kebaikan itu untuk insan tersebut. Yang pasti kita tidak akan rugi sedikit pun.

Pada hari pembalasan nanti, Allah akan bertanya mana orang yang berkasih-sayang kerana Allah. Pada hari itu nanti Allah akan membalas sifat baik itu dengan syurga. Kita perlu memahami konsep  kasih-sayang kerana Allah dan bukan kerana nafsu.

Tiap-tiap pagi tanamkan dalam hati keredhaan dan kecintaan kita kepada-Nya seperti dalam zikrullah yang kita amalkan :
'Aku redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad SAW sebagai nabi.'

Setiap dugaan yang berlaku ada hikmahnya. Allah mahu menguji ketaatan kita. Hanya kita tidak nampak cahaya dari Allah sedang menyinari kehidupan kita. Sentiasa memohon keampunan dan perbaiki diri.

Tahap menjadi manusia dewasa :

1. Sedari hakikat hidup.
2. Hadapi kesulitan dengan tabah
3. Kendali hidup ,nafsu amarah dengan baik
4. Cari ilmu
5  Perbaiki sisi yang lemah
6  Jangan cari kelemahan orang lain
7  Konsentrasi kepada kekuatan diri

( Catatan ibu ketika mengikuti usrati dari radio ikim )