Alhamdulillah....ada ruang dan peluang untuk menulis lagi di blog ibu. Tulisan ni sekadar luahan rasa agar tidak terbuku dalam hati. Bukan untuk diceriterakan kepada umum. Cuma kadang-kadang desakan permata hati agar dishare untuk tatapan mereka. Justeru ibu ikutkan aje.
Sejak beberapa hari ni banyak hal yang berlaku dalam hidup ibu. Biasakan.....kalau monotanous aje tentu tak thrill pula life ni. Alasan kot nak sedapkan hati.
Kita cerita tentang baby Haris dulu. Baby Haris dah 17 hari usianya. Dah berisi sikit. Alhamdulillah.....tak banyak kerenah. Kuat menyusu... Tiap kali ibu menjenguk ke kamar tidur, tiada lain senarionya.....samada baby Haris sedang menyusu atau bondanya sedang mengepam susu. Heheee...fresh dari kilang!!!! Jadi bahan gurauan ibu dan anak-anak.
Setiap pagi rutin ibu bermula selepas subuh . Cuma sekarang kena buat kerja pantas2. Penat juga. Maklumlah usia semakin meningkat ........ Masa baru2 dapat cucu hari tu, macam menyertai explore race...... Sekarang dah ok sebab baby Haris dah dapat adapt dengan 'dunia' barunya dan bondanya sudah bertambah sihat. Lega ibu.
Cucu ibu Haziq sudah bertambah matang. Dah ada hobby baru......suka membaca. Tetapi awas!!!! Kalau ada peluang, dia usik baby Haris juga. Ditekan perut baby atau dicubit tangan comel baby tu. Waktu mandi baby merupakan waktu yang paling riuh. Haziq sentiasa ' mengganggu'.
Mengantuklah.....berhenti dahulu....



No comments:
Post a Comment