Selasa, 4 September- Pagi tadi lepas solat subuh buat rutin biasa, mengaji dan menonton TV. Pagi tadi tak buat sarapan sebab suami baik hati belikan nasi lemak dan karipap kegemaran cucu ibu. Relax pagi ni...
Sebahagian waktu pagi ibu habiskan mengemas dan menyusunatur perabot di ruang tamu. Apabila terasa bosan atau susah hati inilah aktiviti ibu. Lepas solat zuhur ingat nak bermalas-malas sambil membaca. Sayang hajat tak kesampaian. Haziq, cucu ibu merengek mahu ditemani bermain. Lepas main gelongsor, menunggang basikal pula. Ketika ini jam sudah menunjukkan 1.23 pagi. Ibu belum dapat melelapkan mata kerana Haziq masih aktif. Masalahnya dia dah tidur lepas maghrib tadi!!!!!!
Kasih saudara semasa ada, kasih ayah sepanjang hayat, kasih ibu membawa ke syurga.
Wednesday, 5 September 2012
Diari ibu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment