Friday, 7 September 2012

Diari Ibu

7 September, Jumaat - Alhamdulillah diberi nafas lagi oleh yang maha esa untuk meneruskan kehidupan. Pagi ini dah bangun seawal 4  pagi untuk menunaikan tanggung jawab. Bukan selalu dapat bangun awal. Niat memang dah pasang sejurus sebelum melelapkan mata tetapi kekadang hebat juga pengaruh musuh Allah ni. Masa bulan Ramadhan lalu, ok pula. Inilah dikatakan tingkatan iman. Kita ni insan yang lemah dan banyak kekurangan. Tetapi anihnya, nafsu banyak. Kepada-Nya ibu sentiasa memohon agar sentiasa diberi petunjuk serta hidayah.

Setakat jam 9.30 pagi ni, semua rutin ibu berjalan lancar . Sarapan dah buat, dalam rumah dah dibersihkan. Suraya anak bongsu ibu sudah ke tempat kerja. Hari ini dia berbaju kurung sebab ada majlis Hari Raya di pejabat. Wah!! Malam tadi, dah sibuk memilih baju apa nak pakai... Ibu yang jadi penasihatlah. Akhirnya ibu juga yang diminta mengosok bajunya. Hai...anak-anak..... Nasib baiklah ibu ni penyayang orangnya... Suami sudah bersarapan. Apa lagi lepas solat dhuha,macam biasa buat 'morning round' dialah. Tinggallah ibu keseorangan. Nasib baik ada alat canggih ini yang menjadi tumpuan ibu apabila keseorangan.

Sekejap lagi cucu ibu bangun. Dia ni tak boleh dikejutkan sembarangan. Nanti meragam. Tunggu sehingga dia terjaga sendiri dan menyapa ibu dengan tagline dia yang biasa tu "hai sayang" sambil tersenyum menampakkan barisan gigi susunya. Dialah penghibur hati ibu dan dialah juga yang selalu buat ibu hilang sabar. Sejak ibu dengar nasihat Dr  Mohaya yang mengatakan anak-anak kecil ni penghuni syurga dan kenapa kita mesti marah penghuni syurga ni , darjah kemarahan ibu dah turun banyak.

Oklah.....harapan dan doa ibu, semoga hari ini,Jumaat yang barakah ini akan terus melimpahkan rahmat dan hidayah kepada kita. Doa ibu semoga semua permata hati dipermudahkan dalam semua  urusan, insyaallah......

No comments:

Post a Comment