Petang tadi rumah ibu dikunjungi sepasang tetamu dari Kuala Lumpur. Sebagai tuan rumah, ibu layan mereka sebaik mungkin sebagai tanda syukur atas kesudian mereka bertandang ke teratak ibu.
Petang tadi ibu tinggal bertiga aje. Mr hubby, suami ibu yang sentiasa cool aje, Haziq, cucu ibu yang bijak dan tak takut dengan sesiapapun, dan yang pasti ibu yang selalu kelam-kabut takut sangat tetamu tak comfortable. Bayangkan ibu sibuk entertain tetamu, pada masa yang sama ke dapur menyediakan juadah dan pada ketika yang sama mata liar memerhatikan Haziq yang sedang' berusaha keras meraih perhatian 'tetamu. Keluar peluh jantan......
Kehadiran anak , menantu dan cucu2 buat ibu rasa secure dan relaks sedikit. Perhatian tetap diberikan kepada Haziq. Dia bercermin mata sambil berkasut tinggi kepunyaan tetamu. Wow....pandai tu balance badan dengan menggayakan kasut tinggi 3". Gelagatnya yang selamba buat tetamu dan ibu leka memerhati sambil memberi komentar.
Terima kasih cucu2 ibu. Kehadiran kalian yang pada mulanya ditakuti akan mengganggu tetamu, rupa2nya menjadi penyelamat nenek A. Perbualan kami banyak berkisar tentang cucu2 ibu yang comel, gelagat mereka dan penjagaan mereka. Rasanya tiada perbualan yang dimurkai-Nya. Alhamdulillah..... Mudah2an kedatangan mereka membawa rahmat kepada kami.
Tiada ruang untuk ibu curi2 pandang penampilan tamu ibu. Tak sempat nak bermonologpun....
Moral of the story............... sudah tentu permata hati sudah dapat membuat rumusannya.. Betullah tu.
Momen yang paling best..........
Selepas tetamu beredar..
Ibu terdengar komen Mr hubby, oklah tu ada rupa ( komen bersahaja dan ikhlas daripada 63 yrs old man).
Sedia maklum kepada siapa ditujukan kenyataan itu, ibu terus tersenyum sambil menjawab, Wow! Mesti ok kalau apresiasi datang dari seorang lelaki.
Lantunan suara ibu kuat tanpa ibu sedari. Mungkin kaget dengan komen Mr hubby.
Tiba2 ibu terdengar menantu ibu giggled happily dalam bilik.
Berakhir satu lagi episod kehidupan kurniaan llahi. Alhamdulillah ya Rabb......pemilik kehidupan ini.

No comments:
Post a Comment