Pagi tadi lepas solat sunat, tinjau-tinjau fb ibu. Beberapa hari ni agak sibuk dengan hal keluarga. Itulah fokus utama dalam kehidupan ibu. Fb tu sekadar penghibur rindu ketika berjauhan dengan permata hati. Mana info penting yang tak sempat nak baca, ibu simpan di time line. Jadi apabila berpeluang nanti ibu baca semula.
Pagi tadi lepas solat subuh, hujan lebat di tempat ibu. Apa lagi Mr hubby dan 2 orang anak ibu , masing2 tak keluar dari biliklah. Tinggallah ibu sendirian. Ibu luangkan sedikit masa membaca majalah Solusi yang baru Aya belikan. Dah beberapa hari ibu cari majalah tu di PD tapi tiada. Anak yang baik tak pernah menghampakan ibunya. Terima kasih daun keladi.....
Apabila cahaya matahari pagi sudah mula mencuri-curi masuk ke ruang tamu,ibu segera beredar untuk memulakan tugas yang telah diamanahkan-Nya. Pening juga nak fikir apalah nak dihidangkan sebagai sarapan. Kalau ibu berdua, senang aje. Butter crackers memang kegemaran Haziq dan ibu. Sejak berangan nak slim ni ibu jarang menjamah makanan yang dikasifikasikan berat2.
Memikirkan Aan yang akan pulang ke Melaka, ibu buat keputusan untuk menyediakan hidangan untuk lunch aje. Ternampak nenas madu tergolek-golek dekat tepi kabinet dapur. Teringat pula Lan menantu ibu. Dia suka makan pajeri nenas. Ok....kita masak pajeri nenas. Hidangan ni kalau tak silap ibu, berasal dari Johor. Agak kelasik tapi semua anak ibu suka. Alhamdulillah semua bahan yang diperlukan ada. Bersemangat ibu di dapur walaupun hanya bertemankan radio karat.
Sambil menunggu lauk tu merenih, ibu layan perasaan ibu. Teringat anak ibu, Mr Sailor. Ini lauk kegemarannya juga. Biasalah ibu..... Anak2 sentiasa dalam ingatan. Tak tahulah kaum bapa macam mana..... Ibu ni dikenali sebagai orang yang suka senyum dan ketawa sokmor. Tapi cembeng juga.
Suara gelak tawa Pak Nil dari radio karat ibu mengejutkan ibu dari lamunan. Rindu ni kata orang bijak pandai, mainan emosi. Tapi nak buat macam mana? Rindu tu lahir dari rasa kasih dan sayang. Kalau kita benci seseorang, adake kita nak rindu akan dia? Tiadalah jawabnya.
Dah siap pajeri ibu.... Nampak sedap dan menarik warnanya ( maklumlah guru masak....warna hidanganpun ambil kira;-) )
Teringat pula udang dalam freezer. Hari tu minta suami belikan. Kononnya nak goreng masa Ayep dan Nurman ada. Tak sempat pula. Ibu ni kalau anak2 ada baru suka masak macam2 kerana tukang makannya ramai. Buat prawn fritters dengan tepung tempura. Bau udang kena goreng......yummy....
Tiba-tiba terpancul Aan dan abahnya. Senyum sampai ke telinga. Aan yang telah bersiap-siap ,ibu suruh bersarapan dahulu.
Hisssyyyy...mengancamlah pajeri nenas ma !!! Senyum ibu mendengar komen Aan. Dia tak tahu macam mana emo ibu ketika menyiapkan lauk tu.. Alhamdulillah mereka tahu menghargai air tangan ibu. Pewittt.........permata hati, ibu bukan minta dipuji. Apapun ibu tahu permata hati semua telus dan berani. Tak main cakap belakang punya. Betul?????
Tak kisahlah tu semua. Yang penting bag ibu ketika meniti usia senja ni, berbahagia dan membahagiakan orang yang kita sayang adalah fokus ibu. Nak berjihad di luar sana tak mampu. Eloklah berjihad membentuk 'khalifah2 kecil' yang ada di sisi kita ni. Boleh jadi pencen kubur kita nanti ( ini tag line Dr Muhaya ) Bagi ibu, kaum hawa merupakan insan kerdil yang punya jiwa halus yang Allah jadikan tetapi punya aura luar biasa membentuk keluarga demi membantu memakmurkan bumi ini.

No comments:
Post a Comment