Sudah hampir setengah jam berlalu, ibu masih berjaga selepas menunaikan solat sunat. Entah kenapa tiba2 terasa sedih dan sayu. Terbayang wajah2 orang yang dikasihi. Terasa jauh daripada mereka tetapi sangat dekat di hati. Keadaan sunyi dan tenang di sekeliling menguatkan ingatan ibu terhadap mereka. Luahan rasa di alam maya ni diharap dapat mengurangkan rindu terhadap mereka. Sekurang2nya dapatlah ibu melelapkan mata sebelum fajar menjelma. Keheningan ini buat ibu menginsafi diri. Beri ibu banyak ruang untuk berfikir. Mungkin kesibukan waktu siang tidak memberi ruang dan peluang untuk ibu menyelami apa yang benar2 ada dalam jiwa dan minda ibu. Alhamdulillah ibu masih dapat menikmati perasaan halus ini, kerana inilah bukti kehadiran kasih sayang tanpa rasa benci sesama insan. Hanya doa dan harapan yang ibu mohon dari-Nya semoga semua insan yang ibu kasih berada dalam rahmat-Nya...amin.

No comments:
Post a Comment