Sunday, 6 January 2013

Diari Ibu

Kali akhir update blog ibu pada 30 Disember yang lalu. Tak tahu ngapa jadi malas tiba-tiba nak menulis...... Nak kata sibuk, taklah sibuk sangat. Rutin rumah tangga macam biasa aje. Mood swings kot... Yang paling ketara reasonnya ialah cucu ibu yang mungil tu dah pandai berebut tab ibu ni. Jadi terpaksa sembunyi- sembunyi kalau hendak guna.

Sejak kebelakangan ni, ibu agak sibuk dengan urusan keluarga. Apabila ada masa terluang, ibu dan adik ibu ke rumah abah untuk bertanya khabar. Bulan depan anak saudara ibu akanmelangsungkan perkahwinan. Jadi, secara tak langsung ibu bertanggung jawab membantu dalam urusan walimatulurus itu.
Tak susah manapun sebab ibu suka dengan apa yang ibu buat.

Walau sibuk macam manapun, aktiviti hujung minggu bersama permata hati Aan dan Aya satu kemestian. Hanya dua orang ni yang sentiasa ada kerana anak-anak yang lain tinggal jauh dari tempat tinggal ibu. Entah kenapa tiba-tiba ibu berasa rindu akan mereka. Nasib baiklah ada foto-foto mereka sebagai pengubat rindu. Macam inilah kalau dah jadi nenek. Dulu masa anak-anak kecil, merungut penat, bingit dan tak cukup tidur. Apabila dah dewasa risau kalau tak bekerja. Lepas tu sibuk suruh cepat-cepat kahwin.  Akhirnya tinggallah atuk dan nenek di rumah. Sunyi dan sepi.....

Lepas isyak tadi kami keluar. Destinasi.....ronda-ronda bandar PD. Ooops.....ada pasar malam awal bulan. Cuma sekali sebulan. Peniaga Cina yang memenuhi ruang perniagaan di sini. Kami suka jalan-jalan di pasar malam ni kerana ada sesuatu yang mencuri perhatian kami bertiga. Setiap kali ke sini, mata kami liar mencari mereka. Seorang nyonya cina yang sudah uzur menolak troli. Dalam troli tu ada seorang pemuda cina OKU bersesak-sesak dengan sistem audio sedang memegang mikrofon mendendangkan lagu mandarin. Suaranya tak sedap ....perit telinga siapa yang mendengar. Banyak jugalah kutipan yang mereka dapat. Maklumlah rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah. Mula-mula dulu kami berasa geli hati apabila terdengar aje suara pemuda tu. Lama-kelamaan tiap kali terpandang  mereka berdua perasaan sedih dan hiba menyelinap ke jiwa ibu. Melihat wajah uzur nyonya tua dan anaknya membayangkan betapa mereka berusaha  untuk meneruskan kehidupan tanpa menanti rezeki datang bergolek. Rupa-rupanya buka ibu aje yang terkesan di jiwa , Aan dan Aya begitu juga. Semenjak itu, tiap kali ada peluang kami akan ke pasar malam itu.

No comments:

Post a Comment