Salam sayang buat permata hati ibu layangkan melalui alam maya. Cukup lama rasanya tidak menulis di blog ni. Rindu sangat tapi apakan daya ada komitmen yang lebih penting perlu ibu selesaikan.
Maca-macam peristiwa yang berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ni. Yang paling penting sekarang adalah memberi tumpuan kepada kenduri walimatulurus anak mak uda yang akan berlangsung pada 2 Mac. Tumpuan kami adik-beradik ketika ini adalah membantu beliau mengendalikan majlis tersebut. 24 Februari ni angah Aizat akan menamatkan zaman bujangnya. Kahwin dah angah ya......... Persiapan barang hantaran telah kak long saliza siapkan. Cuma sehari sebelum majlis ibu minta menantu ibu, Yana tolong buatkan sirih junjung dan betulkan yang mana perlu. Ibu boleh juga buat tu semua tapi sengaja mahu semua ahli keluarga terlibat. Empowerment itu penting juga selain team work.
Ibu dengan bantuan aan dan aya dah siapkan buah tangan untuk tetamu dan rossettes untuk orang pangkal. Tak sangka juga ya, aan kreatif. Dengan keadaan yang pening dan mual dapat juga dia bantu ibu. Alhamdulilah.
Hubby ibu memantau aje. Tugas beliau lebih penting pada hari langsung nanti. Ketua chef tau....... Ibu tahu bukan mudah untuk mengendalikan hidangan untuk seribu tetamu. Tetapi ibu yakin dengan kerjasama jiran dan kawan-kawan insyaallah pasti tugas menjadi mudah.
Mak uda dan anak2nya juga tak menang tangan sejak sebulan lalu. Atas dasar perihatin ibu menghulurkan pertolongan. Kesian bakal pengantin yang terpaksa ke sana ke sini . Kini kebanyakan tugas2 besar sudah hampir beres. Hanya menanti harinya aje. Pesan ibu kepada adik dan anak2 saudara agar sentiasa memanjatkan doa kepada Ilahi memohon dipermudahkan segala tugas dan diberikan kesihatan dan keselamatan.
Ok ibu tinggalkan permata hati dengan zikir yang Rasulullah berikan kepada puteri baginda , Aisyah R.A . Elok diamalkan pagi dan petang dalam kesibukan mengalas tanggungjawab harian.
"Wahai Rabb Yang Maha hidup, wahai Rabb Yang Maha berdiri sendiri dengan rahmatMu aku meminta pertolongan, perbaikilah segala keadaan dan urusanku dan jangan Engkau serahkan kepadaku meski sekejap mata sekalipun ( tanpa mendapat pertolongan dari-Mu )."


No comments:
Post a Comment