Rambutnya ikal mayang. Pipinya bak pauh dilayang. Bibirnya bak delima merekah. Hidungnya mancung bak seludang. Itu gambaran yang selalu ibu temukan dalam novel-novel yang pernah ibu baca waktu remaja. Gambaran tentang kecantikan seorang gadis atau wanita.
Bagi ibu kecantikan ni sesuatu yang abstrak. Pandangan seorang individu dengan individu yang lain tentang kecantikan berbeza.
Kenapa orang sibuk-sibuk nak jaga kecantikan ? Orang tu termasuklah ibu..... Mungkin untuk kepuasan diri sendiri. Mungkin untuk membina keyakinan diri. Mungkin untuk orang yang dikasihi. Mungkin kerana tugas seseorang itu memerlukan dia sentiasa kelihatan cantik. Mungkin nak menunjuk-nunjuk...(Ya Allah....jauhkan aku daripada niat negatif ni) dan banyak lagi kemungkinan lain.
Bagi yang sudah dilahirkan cantik, bonus tu. Hanya perlu maintain aje. Bagi yang baru nak jadi cantik tiada istilah terlambat. Pelbagai cara tradisional dan moden ada. Yang penting ada fulus... Yang poketnya kempis bisa jugak dong jadi cantik..... Jenguk di dapur, ada banyak bahan yang dapat digunakan untuk jadi cantik. Hasilnya lambat sikitlah. Kena istiqomah jangan bosan.
Jom kita renung bersama cantik dari sudut pandangan Islam..
Firman Allah SWT dalam surah Al-Tin :
'Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya'
Islam memandang kecantikan dari dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Sesungguhnya kecantikan sejati itu terletak dalam hati yang bersih dan akhlak yang mulia. ( mengingatkan diri sendiri juga !!! )
Apabila mengadap cermin, kita dianjurkan mengucapkan doa yang maksudnya, " Segala puji hanya bagi Allah. Ya Allah sepertimana engkau cantikkan wajahku, maka cantikkan juga akhlakku..."
Wah....Dah jauh malam ni!!! Tidur yang cukup juga merupakan elemen penting dalam menjaga kecantikan. Tak gitu ???? Sebelum ibu berundur, ibu tinggalkan permata hati dengan kata-kata berikut,
♥ Matlamat tidak boleh menghalalkan cara
♥ Pastikan kita dalam frekuensi mencari redha Allah ( sekadar memetik kata-kata Dr Muhaya )
Renung-renungkanlah........
Selamat malam permata hati..

No comments:
Post a Comment