Tengah hari tadi tak buat apa-apa jadi layan aje siaran wanita hari ini di salah satu stesen tv. Tajuk diskusi - Ku Tunggu Jandamu.. Tertarik juga dengan isi perbualan antara pengacara, selebriti jemputan dan Ust Jazral Muhammad.
Bercinta dengan orang lain tetapi berkahwin dengan orang lain pula. Itulah jodoh namanya. Jodoh,rezeki dan ajal adalah rahsia Allah. Allah pencipta langit dan bumi. Apa yang telah direncanakan -Nya pasti ada hikmah. Ibu yakin semua orang Islam tahu akan hal ini. Jadi kena akur dan tidak boleh mempertikaikannya.
Ustaz kata berdosa kalau meruntuhkan rumahtangga orang lain. Andai kata pasangan yang pernah berkasih dahulu mahu mengambil kembali kekasihnya dan tindakannya menyebabkan berlaku penceraian maka itu haram dan berdosa. Melainkan pasangannya memang sudah bercerai ketika mereka bertemu semula.
Hairankan....dah bertahun-tahun berpisah tetapi cinta dan kasih tetap wujud..... Ustaz kata, itu cinta maut namanya sambil tersenyum . Yang ditakuti pasangan itu memandang bekas kekasihnya dengan pandangan nafsu. Maksudnya dia masih membayangkan karakter pasangannya ketika bercinta dahulu. Mungkin masa itu mereka dalam alam remaja. Sikap manja, penyayang, penggoda dan mcam2 lagilah. Maklumlah orang muda sedang bercinta. Tetapi dia terlupa ketika dia bertemu kembali bekas kekasihnya, kekasihnya dah berumur 40 tahun.....50 tahun atau lebih. Segala-segalanya telah berubah. Justeru itu, saranan ustaz tu patut jadi renungan. Pandanglah dengan pandangan iman.
Andai jodoh kita itu bukan di kalangan orang yang mematuhi perintah-Nya? Cabaran tu........
Kena bertindak!!!!! Tindakan yang positif. Nasihat, berdoa dan solat hajat..dan banyak lagi cara dan tindakan yang dapat diusahakan.
Yalah...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Yang paling penting ibu rasa kita perlu muhassabah diri kita. Mana tahu apa yang berlaku itu cerminan kepada kesalahan dan kealpaan kita juga sebagai pasangannya . Jadi maksudnya, kita tak patut menyalahkan satu pihak sahaja.
Kita berkahwin kerana mahu bahagia di dunia. Kebahagiaan itu juga akan menjadi titian untuk kita memperoleh kebahagiaan di akhirat. Insyaallah... Itupun andai agama menjadi tunjang kehidupan berkeluarga kita.
Kita juga mahu keberkatan daripada Allah SWT dalam perkahwinan yang kita bina. Keberkatan itu kita kena dapatkan melalui usaha dalam amalan dan tindakan kita. Sekali lagi amalan dan tindakan itu mestilah bertunjangkan agama.
Terfikir pula ibu tentang jodoh permata hati.. Walaupun mahu menjadi ibu yang berfikiran terbuka dalam hal ini, tetapi ibu rasa penting juga peranan ibu dan ayah dalam merestui jodoh anak-anak. Anak-anak itu amanah. Sudah pasti kita mahukan anak-anak dan cucu-cucu kita diberkati-Nya.
Andai dalam mencari jodoh ni harta dan kekayaan yang menjadi keutamaan, FAKIRlah yang akan kita dapat nanti. Luas maksud pesanan yang dilontarkan oleh ustaz ni. Fikir-fikirkanlah wahai permata hati.
Satu perkara lagi ibu tertarik nak share di sini. Ada pasangan yang dah berusia, contohnya warga emas bercerai dan alasan yang diberi takde jodoh atau jodoh dah tamat. Pada masa yang sama tidak pula berikhtiar untuk memanjangkan jodoh.
Macam mana tu??????
No comments:
Post a Comment