Sejak pagi tadi hujan turun tanpa henti. Hujan tu rahmat dari Allah swt. Jangan dipertikaikan. Ingatan ni untuk ibu jua........
Pagi-pagi lagi ibu dah bereskan semua kerja rumah termasuklah memasak untuk lunch. Aan pulang awal kerana bertugas tengah hari. Jadi ibu pack lunch untuk dia dan hubbynya. Tak perlu dia masak nanti. Journey ke rumahnya ambil masa satu jam setengah lebih kurang. Kesian nanti tergopoh-gapah pula. Ayapun bekerja hari ni.
Jadi sepanjang tengah hari bersama cucu sahaja. Cuaca sejuk. Apa lagi kami berdua menghabiskan masa atas katil aje. Haziq dengan gamenya. Ibu membaca buku yang baru ibu beli. Sekali-sekala haziq mengganggu. Sekejap air Ribena. Sekejap lagi susu pula. Sekejap turun menonton kartun. Lepas tu naik atas katil pula. Akhirnya ibu mengalah. Bangun terus ke ruang tamu menonton kartun bersama Haziq. Nasib baik ada cucu. Kalau tidak bosan juga tinggal sendirian ni.
Dulu masa anak-anak masih kecil, sibuknya tak terkata. 24 jam yang Allah kurniakan tu macam tak cukup-cukup. Sampaikan waktu tidur, minda masih bekerja, menyusun strategi untuk hari esok pula. Waktu bersama anak- anak dalam kereta merupakan waktu paling berkualiti. Masa itulah nak beri nasihat, masa itulah nak berleter. Sambil memandu sambil bercakap . Tak henti- henti bersyarah sampaikan jadi bahan gurauan anak-anak.
Di luar masih hujan. Sudah larut malam. Haziq yang masih aktif sedang sibuk membelek-belek buku dari rak buku ibu. Itulah aktiviti terbarunya. Atuk Haziq?????? Dah selamat sampai ke bulan...... siap berstokin dan berkardigan. Macam orang dalam pantang....khikhi....khi...
Selamat malam suamiku....mudah-mudahan kita diketemukan lagi fajar esok , insyaallah.



No comments:
Post a Comment