Seperti biasa selepas solat subuh, ibu mengaji dan membaca. Waktu pagi yang hening ini ibu gunakan untuk melakukan apa sahaja yang terlintas di minda ibu. Selalunya siaran dari radio ikim jadi teman setia ibu. Dari muda hingga kini ibu suka kepada muzik. Tak kira genre.. Tapi kini ibu sesuaikanlah dengan usia ibu. Kini ibu suka akan muzik yang segar dan menenangkan. Ceramah dari radio ikim kerap ibu ikuti . Ibu suka dengan sesi motivasi paginya juga. Kalau tiada slot menarik ibu beralih ke radio Sinar atau apa2 sahaja yang menarik.Ada masa ibu dengar lagu-lagu yang ibu simpan dalam tab ibu.
Kadang2 menonton siaran Tanyalah Ustaz dari tv9. Itupun tengok isu yang dibincangkan. Kalau menarik dan ibu kurang info tentang isu tersebut maka ibu ikutilah slot itu. Apabila menonton selalunya aktiviti lain tak dapat dibuat pula. Ada masa2 pening nak buat keputusan. Mengadap tab itu satu kewajipan. Kadang-kadang malu apabila hubby tengok. Itu sebabnya ibu suka buat waktu awal pagi. Sebenar hubby ibu understanding. Tak kisahpun tapi kita sebagai surinya peka tanggung jawab kitakan???? Suami didahulukan. 35 tahun berkongsi kasih, hubby ibu tidak merungut. Alhamdulillah.... Ibu bebas bersuara dan melakukan apa yang ibu mahu tetapi adalah batasannya.
Aktiviti yang paling menyeronokkan ibu ialah sesi baring 2 lepas solat subuh. Baring2 sambil merenung kembali perjalanan hidup ibu. Waktu lain tak sempat nak memikirkan tentang diri kerana komitmen tugas rumah tangga . Sibuk bagaikan VIP.......
Kadang-kadang kalau cerita kepada teman2 mereka tak percaya. Memandang di rumah cuma ada ibu,hubby, cucu dan anak gadis ibu. Percaya atau tidak, tugas rumahtangga memang tiada nokhtah. Ibu ni memang tak boleh duduk diam. Cepat jemu dengan sesuatu keadaan.
Masa bersama hubby?? Kalau bandingkan dahulu dan sekarang memang banyak bezanya. Dahulu ketika bertugas , masa bersamanya terhad kerana sibuk dengan aktiviti sekolah. Tak pernah tak bawa balik kerja sekolah. Tapi pandailah pula kami mencari waktu untuk berinteraksi. Kini kami ada ample time tetapi anehnya kurang pula berinteraksi. Bukan usia yang menjadi penghalang tetapi ibu rasa minat kami yang berbeza menjadi penyebab. Ibu masih aktif dan punya banyak hobi. Hubby ibu tak berminat dengan alat-alat yang berteknologi tinggi ni. Rutin hariannya baca surat khabar( semua berita dibaca...) mengaji,ke surau, menonton berita dan siaran kegemarannya,animal planet (bosannya....) . Setiap pagi beliau pasti meronda pekan PD. Walau bagaimanapun ibu sentiasa mengadakan ruang untuk kami berdua..
Oklah.....terpaksa tamatkan coretan ibu di sini. Panggilan tugas!!!!!!!!




No comments:
Post a Comment