Sejak pagi hujan telah membasahi bumi. Dingin..... Macam biasa waktu begini ibu sibuk di dapur menyiapkan sarapan anak bongsu ibu yang akan keluar bekerja. Dia masih kurang sihat. Secawan teh panas dan sepiring kecil mi kerinting yang digoreng mengikut citarasanya menjadi hidangan pagi ni...
Sambil menunggu aya panaskan enjin keretanya, kami berbual tetapi bukanlah perbualan yang serious. Selalunya jenaka murahan yang ibu dan permata hati saje yang faham. Saat-saat begini sangat ibu hargai. Walaupun cuma beberapa minit tetapi impaknya hebat. Mereka akan happy sehingga lambaian terakhir. Pesanan akhir untuk permata hati selalunya berbunyi......hati-hati memandu......jangan marah-marah di jalan raya....
Hujan yang turun tanpa henti menyebabkan suami ibu tidak meneruskan rutin hariannya. Kesempatan yang ada ibu ambil untuk bersembang sambil menemani beliau bersarapan. Perbualan berkisar isu semasa disulami gelak tawa. Bukan mudah nak dapatkan momen ini.... lazimnya waktu-waktu begini ibu sibuk mengemas rumah dan mengurus cucu kesayangan ibu, Haziq. Suami pula, keluar buat morning roundnya atau ke pasar.
Benarlah kata-kata, setiap kejadian Allah ada hikmahnya.
Kepada permata hati yang bertugas ,ibu ucapkan selamat bertugas dan kepada permata hati yang sedang 'bercuti nun di sana.....' selamat bercuti dan jangan lupa oleh-olehnya ya......



No comments:
Post a Comment