Tanda2 Allah merahmati dan meredhai sesebuah rumahtangga
Ada suasana tauhid dan iklim zikrullah. Sesiapa mengingati Allah menandakan jiwa kita hidup. Signal daripada Allah untuk kita mendekatkan diri kita kepada-Nya. Contoh apabila kita lapar menandakan kita perlu berusaha mencari makanan.Itu signal fizikal. Jika jiwa rasa risau dan gundah, itu signal rohani daripada Allah. Roh perlu makanan dan makanannya ialah zikrullah.
Jangan bawa semua masalah atau dosa2 semalam kepada hari ini dan seterusnya. Setiap hari perlu ada perasaan segar menghadapi hari baru dan mengadap Allah untuk menghindari rasa susah hati . Siang dan malam Allah menanti manusia memohon keampunan-Nya kerana Allah tahu hamba-Nya tidak dapat hidup dengan beban dosa semalam.
Setiap hari yang baru kita menyambutnya dengan penuh keinsafan dan permohonan ampun daripada Allah. Melihat masa depan dengan cahaya Allah dan sentiasa berpegang kepada tali Allah. Di antara konsep utama kehidupan adalah menyedari kesalahan diri. Pada saat2 kita menyedari dosa2 kita terhadap Allah dan insan lain maka itulah saat2 yang paling membahagiakan. Andainya kita berbuat salah dengan insan lain maka perlu memohon kemaafan daripadanya. Jika tidak bertemu atau sukar mencarinya maka buatlah banyak kebaikan dan niatkan pahala dari kebaikan itu untuk insan tersebut. Yang pasti kita tidak akan rugi sedikit pun.
Pada hari pembalasan nanti, Allah akan bertanya mana orang yang berkasih-sayang kerana Allah. Pada hari itu nanti Allah akan membalas sifat baik itu dengan syurga. Kita perlu memahami konsep kasih-sayang kerana Allah dan bukan kerana nafsu.
Tiap-tiap pagi tanamkan dalam hati keredhaan dan kecintaan kita kepada-Nya seperti dalam zikrullah yang kita amalkan :
'Aku redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad SAW sebagai nabi.'
Setiap dugaan yang berlaku ada hikmahnya. Allah mahu menguji ketaatan kita. Hanya kita tidak nampak cahaya dari Allah sedang menyinari kehidupan kita. Sentiasa memohon keampunan dan perbaiki diri.
Tahap menjadi manusia dewasa :
1. Sedari hakikat hidup.
2. Hadapi kesulitan dengan tabah
3. Kendali hidup ,nafsu amarah dengan baik
4. Cari ilmu
5 Perbaiki sisi yang lemah
6 Jangan cari kelemahan orang lain
7 Konsentrasi kepada kekuatan diri
( Catatan ibu ketika mengikuti usrati dari radio ikim )



No comments:
Post a Comment