Cinta hati.......
636 Jalan Anggerik 8...di situlah terletak mahligai kasih ibu dan permata hati. Sudah hampir 20 tahun menyulam kasih di teratak comel ini. Di sinilah gelak tawa, gurau senda dan tangisan kami diabadikan. Mungkin tika menatap entri ini permata hati ibu akan terbayang rentetan peristiwa yang sering berlaku sewaktu mereka masih dalam pelukan dan belaian ibu. Kini semuanya sudah dewasa dan jarang pulang kerana komitmen dan tanggung jawab.
Di setiap ruang ada aje kenangan. Tiap kali permata hati pulang, ruang istirehat ibu merupakan ruang paling popular. Mereka bercerita, bergurau senda dan kadangkala kami tidur bersama walaupun terpaksa bersesak-sesak.
Ada ruang tempat ibu letakkan ole-ole daripada permata hati. Yang paling 'hot' sudah pastilah fridge magnet tu. Permata hati aan.....yang pastinya awak sudah ada pesaing....
Satu lagi yang menjadi nadi ibu.. radio comel pemberian abang ngah. Pasti ada di mana ada ibu. 'Radio karat ma', itulah usikan permata hati.
Harapan ibu, andai ibu dijemput pulang ke kampung abadi kelak, teratak ini akan tetap menjadi titik pertemuan kasih sayang permata hati.
Pertama kali mahu memiliki rumah, ibu sudah berniat untuk mencari rumah yang berdekatan dengan mak dan abah. Memandangkan ibu anak perempuan yang sulung, ibu sudah bersedia untuk berkhidmat kepada kedua orang tua andai keadaan memerlukan. Alhamdulillah hasrat ibu tercapai. Setahun genap ibu dapat menguruskan keperluan arwah mak. Kini teratak comel ibu sering menjadi kunjungan adik-adik memandangkan abah sudah beristeri lagi....(macam sedih aje, ngapa tak tahu.....)
Entri hari ini, ibu mahu abadikan ruang-ruang kegemaran ibu dan permata hati. Tiada niat untuk menunjuk2 tetapi sekadar mahu membangkitkan nostalgia permata hati ibu.
There's no place like home.......
♥♥♥♥♥♥Home sweet home♥♥♥♥♥♥♥
No comments:
Post a Comment